Neelofa tiup semangat buat Siti Sarah. Siap buat bacaan yassin secara maya.

Selebriti terkenal, Neelofa mengajak orang ramai memanjatkan doa agar rakan penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 36, diberikan kesembuhan dan kekuatan bertarung dengan wabak Covid-19. Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan perkara itu menerusi muat naik status dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat. Pada hari yang penuh kemuliaan ini, saya nak mengajak semua, untuk sama-sama mendoakan rakan saya, Siri Sarah Raisuddin dan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sedang berjuang menentang Covid-19 agar segera sembuh dan kuat semangat. Semoga doa kita semua diperkenankan. Insya-Allah,” ujar Neelofa.

Selain Neelofa, ramai rakan artis lain termasuk Mark Adam, Zanarul Hisyam, Zalif Sidek, Sari Yanti, Jep Sepahtu dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut mengajak orang ramai memanjatkan doa agar Siti Sarah serta anak dalam kandungannya diberikan kesembuhan melawan virus mavt tersebut. Dalam pada itu, satu bacaan Yassin dan doa secara maya menerusi pautan https://meet.google.com/fzk-zatr-hng untuk penyanyi tersebut telah diadakan tengah hari ini  diketuai oleh pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf.

Pagi tadi, suami Sarah, Shuib memberitahu, isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi  berikutan tahap oksigen yang semakin tidak stabil akibat jangkitan Covid-19. Selasa lalu, Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun akibat virus Covid-19.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber – K! ONLINE.

Siti Sarah belum stabil daripada sakit Covid 19. Ini keadaan bayi dalam kandungannya.

“Siti Sarah masih belum stabil”. Pelawak Shuib berkongsikan keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini semalam gara-gara tahap oksigen yang semakin menurun.

Menerusi hantaran di laman instagram, Shuib berkongsikan tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi tersebut. ” Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat okay. Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran Instagram story ada memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka. Rindu anak-anak ibu. Ya allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” Katanya.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam. Namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Oksigen menurun, doakan Siti Sarah dan kandungan selamat.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah dibawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini.” katanya kepada harian metro.

Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaru di instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan. “Saya mohon doakan isteri saya. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah maha segalanya,” katanya. Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak positif Covid 19

Pasangan selebriti popular, Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan positif Covid 19 semalam. Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu semakin itu menerusi laman instagram, tengahari ini.

Siti Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid 19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan pada Ahad lalu. “Dukacita dimaklumkan kami sekeluarga positif Covid 19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada Allah,” Tulisnya.

Siti Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap bayi dalam kandungannya. ” Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

” Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG. untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman iG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya. Sumber : My Sumber

Disebabkan tahap oksigen yang semakin menurun. Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang semalam (Rabu) bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana. Sementara itu, suaminya Shuib turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”,tulis Shuib menerusi satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium  anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/?utm_source=ig_web_copy_link

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber – K! ONLINE.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.