3 negeri ini dijangka bakal masuk fasa 2 mulai minggu depan. Tiada lagi total lockdown di sini.

Bermula minggu depan, beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut sumber Pentadbiran di Putrajaya telah membuat keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri, setelah berpandu kepada nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

 

 

 

 

 

 

 

Perincian mengenai peralihan negeri-negeri itu dah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu lapor AWANI. “Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes COVID-19 yang masih tinggi di negeri Selangor. Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber.

Oleh kerana kes Covid-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya selepas berdasarkan kepada PPN di peringkat pusat.