Berita baik untuk pasangan yang nak bernikah di Negeri Selangor. Jais dah benarkan akad nikah mulai 1 julai. Ini syarat yang ditetapkan oleh pihak jais.

Berita baik buat pasangan yang mahu bernikah di negeri Selangor apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran bagi pasangan di negeri berkenaan untuk menjalankan majlis akad nikah bermula 1 Julai 2021.
di halaman Facebook rasmi jabatan tersebut, kebenaran perlaksanaan majlis akad nikah ini akan dilaksanakan dengan beberapa syarat dan ketetapan SOP terkini iaitu : 1. Perlaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.