Ramai yang berhati mulia sampai nilai sumbangan dapat cecah nilai ini. Pemuda kurang upaya dapat sumbangan beli motor baru atas sebab ini.

Allahu, tersentvh hati menyaksikan kebaikan hati budi rkyat Malaysia di dalam membantu seorang lelaki yang kehilangan mata pencarian sebagai rider Grabfood setelah motornya lesap dicvri beberapa hari lepas. Menurut laman Peon Jb, pngutan d3rma tersebut turut menerima sumbangan daripada golongan non Muslim yang turut berslmpati dengan nasib mngs4.


Terima kasih buat yang mendrma seikhlas hati kepada lelaki orang kurang upaya tersebut. Moga menjadi suri teldan yang baik buat yang lain. Kepada lelaki tersebut, Jal (Faizal), usahlah bersed1h lagi, dah boleh angkat motor baru tu… Tahniah kepada semua, anda memang HEBAT!

Malng sungguh nasib sahabat kita dari Johor ni. Dia yang merupakan seorang orang kurang upaya pendengaran telah kehilangan sebuah motor yang digunakannya untuk mencari sesuap nasi dengan menjadi rider Grabfood. Memang jh4t sungguh pelku jnyh ni, langsung tidak berhati pervt. Kepada bro, pohon banyak bersabar, insya Allah, Tuhan akan gantikannya dengan yang lebih baik…

Peon_JB wrote…

Assalamualaikum rider2 semua, kalau ada kenal Jal (Faizal) dalam group ni, dia baru kehilangan motor 135 LC v1 nombor plat WFW9854 bewarna hitam oren dan rim warna merah. Hilang di Leisure Mall, Taman Pelangi 8 Jul tengahari tadi. Jika ada ternampak, tolong pegang motor nya dan contact owner. Motor hari2 pakai untuk cari rezeki, buat grab sana sini. Admin dpt tau owner moto seorg orang kurang upaya (pkak & blsu). Mohon sbarkan.

Motor dah jumpa semula

Maklumat awal yg diterima motosikal rider Grad Food Bro Faizal yg orang kurang upaya (pkak dan blsu) yg telah hilang tengahari semalam telah ditemui di Jalan Gagah, Kampung Sri Paya, Larkin Johor Bahru..

 

Sumber dari Infor0adbl0ck dan Seplt Biru Via gf news

Terkejut rider food panda ini. Tak sangka tiba tiba rupanya golongan ini yang dia menempah padanya.

Setiap hari keluar cari rezeki, tak pernah terfikir siapa yang bakal kita bertemu oleh setiap rider yang hantar makanan bukan? Mungkin jumpa artis, mungkin jumpa orang biasa. Tak kisah lah siapa pun bakal pelanggan, yang penting tanggungjawab dilaksana penuh ikhlas.

Di laman Tiktok milik Adam Mukhriz, beliau sempat berkongsi, abang rider yang terkejut, pelanggan beliau sebenarnya bukan calang-calang orang. Orangnya penuh dengan senyuman, berdiri di hadapan pintu sambil menyapa abang rider yang menghantarkan pesanan makanannya. Penuh rendah diri, itulah Tun Dr Mahathir Mohamad! Setelah bertegur sapa seketika, abang rider terus berlalu meneruskan pekerjaan beliau. Musim PKP ini, jagalah diri masing-masing, usah berlama-lama bila menghantarkan pesanan, jaga SOP ya?

Komen Warganet:

Sumber : riverbed.me

Sampai cecah 2 angka pekerja pos rider hilang kerja. Sekali ini luahan kecewa pekerja.

Seramai 23 pekerja Pos Rider Pos Malaysia mendkwa menerima notis pemberhentian perkhidmatan sebagai kakitangan Pos Malaysia dalam tempoh singkat. Pos Rider, Abdul Malik Husin, 47, berkata, lebih mengecewakan notis yang diterima melalui emel pada 21 Jun lalu memaklumkan kontrak akan ditamatkan pada 1 Julai ketika sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Abdul Malik, bukan mudah untuk menerima keputusan itu lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga dan anak-anak yang masih belajar.

ABDUL MALEK

“Bagaimana kami mahu mencari kerja lain selepas menerima notis yang singkat dalam keadaan umur yang semakin meningkat. Lagipun sebelum menyertai keluarga Pos Malaysia kami dikenakan syarat perlu memiliki van sendiri dan saya terpaksa membeli van baharu namun baharu setahun lebih bekerja kami telah diberhentikan,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis. Mengulas lanjut, Abdul Malik yang pernah bekerja di bahagian promosi pelancongan berkata, atas sifat kemanusiaan sepatutnya pihak berkenaan lebih bertoleransi dan bertimbang rasa dengan tidak membuang pekerja ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

IZADDIN

Rakannya Izaddin Yunus, 47, berkata, notis ringkas itu turut membuatkan dia terkesan dan terjejas pendapatan lebih-lebih lagi lima orang anaknya masih bersekolah dan tiga baru tamat pengajian. Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara untuk membeli van namun baru setahun bekerja sudah menerima surat pemberhentian.

“Kita keluarkan modal untuk semua kos penyenggaraan dan kerana tawaran menarik bekerja di Pos Malaysia menyebabkan saya sanggup meninggalkan jualan buah-buahan sebelum ini. Tapi malngnya ini yang saya dan rakan-rakan dapat selepas setahun bekerja,” katanya.

Izaddin berharap Pos Malaysia mengambil kira semua aspek termasuk kesetiaan ditunjukkan selama ini selain tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mencalarkan imej Pos Malaysia.

Sumber : sinar

PDRM umum hanya surat pengesahan tertentu ini sahaja akan diterima untuk pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja mulai pada tarikh ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang kukuh membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi. Surat kebenaran yang diterima pakai sebagai bukti untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja adalah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, surat pengesahan yang turut diterima adalah daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi.

“MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil dan bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0). Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang mempamerkan surat pengesahan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah atau sebagainya,” ujar beliau.

Jelas beliau, bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.

“Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0). Turut diterima adalah surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi institusi kewangan serta insurans dan Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urusniaga saham,” katanya.

Tambah Acryl Sani, surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan juga ‘food truck’ turut diterima dan lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).

“PDRM juga turut menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran serta Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan turut diterima pakai,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah pergerakan rentas sempadan iaitu ziarah kehilangan keluarga, kecemasan dan mereka yang bekerja sendiri.

“Dokumen pengesahan yang dikemukakan di SJR juga haruslah bertarikh mulai 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti dinyatakan atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan untuk berpatah balik. Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one off’ untuk tempoh dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021,” tambah beliau.

Acryl Sani berkata, bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois, pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja dan surat pengesahan daripada majikan juga perlu dikemukakan sebagai bukti.

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri JPM melalui MITI (CIMS 3.0) dan bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR. PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke 80008000@myggcc.gov.my serta aduan.pematuhan@mkn.gov.my. Sumber – K! ONLINE

Ada pula pihak yang dedahkan PDRM luluskan 12k permohonan permit rentas dalam sehari. Sekali ini penjelasannya mengapa boleh sebanyak itu diluluskan.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dikuatkuasakan 1 Jun lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu adalah bagi permohonan membabitkan kehilangan, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri.Mengulas lanjut, Hamzah berkata PDRM juga menutup 118 jalan kecil yang sebelum ini digunakan orang awam sebagai jalan alternatif untuk merentas daerah dan negeri di seluruh negara.

“Tinjauan di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara juga mendapati kadar aliran kenderaan menurun kepada sekitar 500,000 kenderaan sehari berbanding 1.3 juta kenderaan sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media secara dalam talian, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau memaklumkan kira-kira 85,000 pemeriksaan harian dilaksanakan PDRM dan agensi-agensi berkaitan sejak 1 Jun selaras pelaksanaan SPP. Beliau berkata, hampir 35,000 premis diperiksa termasuk pasar raya, restoran, kilang dan tempat-tempat yang dibenar beroperasi di seluruh negara.

Hamzah berkata sebanyak 3,514 kompaun dikeluarkan termasuk 117 dikenakan terhadap perbadanan atau syarikat dan 163 tangkapan dilakukan atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP dalam tempoh 1 Jun sehingga 4 Jun.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.