Nonny Nadirah akhirnya tampil mohon maaf dan mohon doa dari semua. Ini apa yang diperkatakan olehnya

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia sementara ini. Setiap orang ada masalah tersendiri, Allah uji dengan pelbagai ujian dalam hidup tetapi sebabnya adalah sama.

Sama ada hendak meningkatkan iman kita atau hendak menguji sejauh mana tahap keimanan kita. Hanya Allah sahaja maha mengetahui sebabnya. Wallahu’alam.

Tetapi, janganlah menjadi ‘penghukum’ dalam sesuatu ujian yang menimpa seseorang insan pula. Pahala berkurang, dosa pula bertambah nanti.

Mohon maaf sempena Ramadan

Sempena kehadiran bulan Ramadan mulia ini, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang hangat dikaitkan dengan kontroversi tampil menjernihkan suasana dengan memohon maaf kepada semua di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Selain itu, pemilik nama Nonny Nadirah memohon agar semua orang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Luahan hati wanita berusia 32 tahun itu disampaikan menerusi ruangan Insta Story di laman sosial Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun yang tersembunyi.
“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat maaf dan terima kasih untuk segalanya,” tulis Nonny.

Terima segala teguran dengan hati terbuka

Dalam pada itu, bintang drama Melankolia itu menjelaskan bahawa dia menerima segala teguran dan setiap kata yang dilemparkan kepadanya dengan hati terbuka.

Bagaimanapun, dia masih mengunci mulut dan memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan apa yang berlaku terhadap dirinya.

“I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf,” tulisnya lagi.

Setiap orang lalui ujian berbeza..

Sebelum mengakhiri penulisan, Nonny sempat mengingatkan orang ramai agar sentiasa menunaikan perkara fardhu dan menganggap segala yang baik datang dari Allah.

Manakala semua yang buruk itu datang dari dirinya sendiri.

“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya.
“Setiap individu melalui fasa ujian berlainan. Apapun yang korang cakap, saya terima dengan hati terbuka. Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Jaga diri,” luahnya.

Terdahulu, Nonny mengejutkan ramai orang apabila memuat naik tiga video seksi, seorang wanita berseluar pendek, seorang wanita berendam dalam baldi dan seorang wanita memakai ‘dress’ pendek dikelilingi burung merpati.

Sumber: Instagram Nonny Nadirah