NoorKhiriah Dituduh mahu menunjuk nunjuk dengan amal jariah. Ada sahaja komen yang tidak puas hati. Ini jawapan dari khiriah sendiri.

PETALING JAYA – Pelakon Noorkhiriah terkilan apabila dituduh mahu menunjuk-nunjuk dengan amal jariah yang digerakkan Pertubuhan menerusi Amal Nur by Khiriah.

Pelakon itu turut menerima komen-komen tidak puas hati daripada warganet seolah-olah mempersoalkan kebaikan yang cuba diusahakan bersama suaminya sejak Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP1).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Khiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, mengakui selama ini dia langsung tidak pernah bercakap tentang ‘saham akhirat’ atas kerja amal yang dilakukan, namun masih tetap disalah anggap oleh masyarakat.

“Assalamualaikum. Serba salah nak tulis apa-apa dalam Instagram. Sebab bila ada blogger berkongsi (kerja amal yang dilakukan), saya amat hargai, tetapi kadang-kadang tajuk yang ditulis seperti tidak kena.

“Saya tidak pernah cakap tentang ‘saham akhirat’ sebab dosa saya melambak (banyak). Kadang-kadang orang tidak faham. Bila share bab van jenazah ada cakap saya menunjuk,” tulisnya.

Ujar pelakon drama Nur itu lagi, dia menjadi serba salah kerana jika tidak diuar-uarkan, orang ramai yang susah tidak tahu bantuan yang dibuat olehnya.

“Kalau saya tidak beritahu, bagaimana orang ramai nak tahu, kalau saya tidak diberitahu bantuan ini percuma, orang pun tidak tahu juga.

“Malah ada yang menangis bila telefon saya beritahu ada yang tidak mampu. Bukan murah dik (uruskan pengebumian). Semuanya duit,” katanya.

Ujarnya lagi, atas dasar itulah, dia bersama suami tidak mengenakan sebarang caj (bayaran) dengan niat untuk membantu.

“Saya tiada niat lain. Saya sudah merasa segala macam jenis nikmat dunia dahulu. Buat van ini pun (perkhidmatan van jenazah) pun belum tentu Allah SWT pandang.

“Cuma saya usahakan, selebihnya kuasa Allah SWT,” jelasnya.

Gara-gara pernah disalah anggap segelintir warganet , Khiriah mengakui berasa serba salah untuk berkongsi tentang kerja amal yang dia lakukan walaupun niatnya hanya mahu memudahkan urusan waris yang meninggal dunia.

Sekadar info, Khiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan menguruskan jenazah daripada keluarga yang kurang berkemampuan secara percuma sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa satu (PKP Fasa 1) pada tahun lalu.

Katanya, sesiapa yang memerlukan khidmat berkenaan boleh menghubungi pihaknya untuk membantu sebagai sebahagian usaha ketika rata-rata masyarakat berdepan kesukaran melalui tempoh pandemik Covid-19 ini.

Sumber: – K! ONLINE

Noorkhiriah turut tampil ucap selamat tinggal buat Benjy. Sekali siap tunjukkan satu rakaman Benjy yang buat ramai sebak.

Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram miliknya tampil mengucapkan selamat tinggal buat rakan seperjuangan, allhyrh4m Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim di atas kehilangannya, semalam. Pernah bergandingan bersama dalam drama bersiri Kerana Cintaku Saerah, Noorkhiriah dalam hantaran tersebut menulis kata-kata akhir buat Benjy yang memegang watak sebagai Jibek.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRLXYpGnFx1/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Memuat naik sedikit sedutan video drama bersiri tersebut, ternyata ia telah membuat peminat mengimbas kembali tawa sendu kedua pelakon ini dalam drama meruntun hati tersebut. “Nomi tak tunggu Jibek lagi tau..Nomi doakan Jibek bahagia di rumah baru. Al-fatihah sahabat..” tulisnya di hantaran tersebut.

Terdahulu, kehilangan Benjy secara mengejut itu dipercayai akibat peny4kit asma. Allhyrh4m Benjy menghembuskan nafas terakhir di sebuah h0sp1tal di Medan Indonesia dan pengurusannya turut akan dilakukan di sana.

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Benjy dikatakan telah pergi buat selamanya di Medan. Sekali ini punca sebenar kehilangannya.

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad. Berita kehilangan Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) telah pergi buat selamanya di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi. Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu telah pergi buat selamanya akibat sakit Asma.

Karl yang diuji dengan penyakit str0k ketika dihubungi berkata, pengurusan terakhir Benjy akan dilakukan di Medan. “Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben telah pergi selamanya pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dd4h jenis sy4bv. Berikut khabar terakhir dari Benjjy

Benjy oh Benjy… Apa khabar di sebalik tirai besi

Penularan wabak COVID-19 telah menjarakkan lagi hubungan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan pelakon, Benjy yang menjalani hukuman di Indonesia. Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata walaupun mereka tidak dapat menziarahi Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, namun mereka masih saling berkomunikasi sama ada menerusi panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp. Beliau akui, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi moral.

“Ramai sedia maklum yang dia (Benjy) mengalami masalah asma. Alat sedut (inhaler) yang dia perlukan kosnya agak mahal di sana. Sebelum ini kami pernah belikan, harganya sekitar RM300. Ubat ini tidak disediakan pihak penjara, perlu dibeli kerana jenis yang digunakan itu bukan seperti biasa. Jadi selalunya, dalam komunikasi antara saya dan dia lebih kepada masalah kesihatan dan keperluan wang untuk menampung kos ubat-ubatannya,” katanya ketika dihubungi Astro.

Pada Disember 2018, Presiden Seniman, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan. Ini disusuli kunjungan Mohd Hafiz yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit, April tahun 2019. Mohd Hafiz pada masa sama akui khuatir akan kesihatan mental Benjy yang telah lebih tiga tahun menerima hukuman di penjr4 itu.

“Apa yang kami (Seniman) dengar menerusi perbualan, dari segi kesihatan mental itu boleh saya katakan dia agak tertekan. Penjr4 di sana sangat berbeza jika dibandingkan dengan fasiliti, keselesaan, cara layanan dan sebagainya di Malaysia ini,” ujarnya.

Mewakili Seniman, Mohd Hafiz mengalu-alukan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dilalui Benjy. Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.