Akhirnya instafamous ni tampil bersuara selepas kec0h artis langgr SOP masa majlis berbuka puasa

Tindakan instafamous dan pelakon baru Nurin Afiqah, 25, berkongsi momen ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 telah mengundang kecaman daripada netizen.

Menerusi foto yang tular di Twitter, Nurin didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Malah, ketika acara berkenaan Nurin bersama segelintir tetamu yang hadir kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Di mana SOP nya? Dekat Kelantan semua majlis tak boleh buat, bazar pun tak ada, dine-in pun tak dibenarkan lagi. Mana adilnya untuk abang burger?

“Ini majlis berbuka puasa, kalau niat tak menghalalkan cara, adakah niat membenarkan pengabaian SOP?” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @ixyanimohd.

Tampil mengakui akan kesilapan yang dilakukan, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu memohon maaf kepada semua orang dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

“Kepada semua orang, dari lubuk hati saya. Saya betul-betul minta maaf. Saya harus lebih berhati-hati bila berada di tempat awam.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk jaga SOP. Saya terima dengan kesalahan yang diperkatakan.

“Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak. Thank you for pointing out,” tulisnya.

Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan antaranya Mawar Rashid, Raf Yaakob dan Iman Troye.

Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).

Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: