1 Kluarga P0sitif C0vid, Paling Muda 3Thn. Ni Kenyataan Mentri Sama Ada Bakal Laksana PKPDP Atau Tidak

PERLIS mempertimbangkan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sanglang dan daerah lain jika jumlah kes C0vid-19 di negeri itu bertambah.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, sebanyak 10 kes dikesan p0sitif, semalam membabitkan sekeluarga di Sanglang yang dikaitkan dengan klaster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu, Kedah.

Katanya, pihaknya akan menghantar perakuan kepada Sekretariat Bencana Persekutuan bagi memastikan langkah keselamatan dapat diambil termasuk cadangan pelaksanaan Temco.

“Kes terkini itu membabitkan individu pelbagai peringkat usia, seawal tiga tahun hingga warga emas dan mereka semua tinggal serumah. Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat keluarga ini.

“Manakala 560 penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan 312 di Kampung Tanah Timbul akan diminta menjalani ujian saringan.

“Jadi keputusan sama ada pelaksanaan Temco di Sanglang hanya akan diketahui dalam masa terdekat, memandangkan ada pesakit yang bersek0lah di Sek0lah Kebangsaan Sanglang dan Sek0lah Menengah Kebangsaan Sanglang,” katanya dalam sidang media khas di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Mengulas keperluan pelaksanaan Temco di kawasan tertentu di Perlis, Azlan berkata, buat masa ini pihaknya menumpukan kawasan di Sanglang dahulu.

Beliau meminta penduduk di kawasan itu bersedia mental dan fizikal sekiranya Temco dilaksana selain berjaga-jaga dan mematuhi arahan.

“Cuma keputusan untuk menutup dua sekolah berkenaan belum diputuskan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Fokus kita sekarang kenal pasti kontak pesaklt melalui saringan,” katanya.

Sehingga semalam, dua kes p0sitif C0vid-19 sudah dilaporkan di Perlis membabitkan kawasan di Sanglang dan Padang Siding menjadikan jumlah keseluruhan 20 kes sejak Mac lalu.

Sumber : hm