Ramai yang tak sabar dan teruja beli tiket penerbangan ke Langkawi. Sekali siap sedia dan lengkapkan 5 panduan ni dulu sebelum terbang ke Langkawi.

Sebelum membeli tiket penerbangan pastikan perjalanan yang dibuat nanti selamat. Dalam persiapan untuk kembali terbang ke Langkawi pada 16 September ini, AirAsia memberi jaminan faktor kesihatan dan keselamatan penumpang akan menjadi keutamaan mereka.

Ini termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas serta membolehkan pelanggan memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi mereka untuk pengesahan segera melalui AirAsia Super App sebelum ke lapangan terbang. AirAsia memastikan prosedur operasi dilaksanakan dengan standard tertinggi termasuklah dengan menugaskan hanya kru penerbangan yang telah divaksinasi sepenuhnya untuk mengendalikan pesawat. Manakala ciri-ciri keselamatan pesawat itu sendiri seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi yang digunakan di dalam kabin juga menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.

Langkawi bakal menjadi tumpuan pelancong domestik.

Sebelum menempah tiket penerbangan AirAsia anda, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:

1. Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan

Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan untuk ke Langkawi dan destinasi lain. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.

Daftar masuk secara kendiri mengurangkan kesesakan dan sentuhan.

2. Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri

Langkah ini adalah untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang. Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ia boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.

Sila ambil maklum:

A. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri. B. Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.

Bagi mengelakkan kelewatan pastikan tiba awal di lapangan terbang.

3. Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang

Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.

4. Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan

Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia. Berikut adalah beberapa tip bagi anda mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan lancar bersama AirAsia.

1. Manfaatkan airasia Super App sepenuhnya

Bagi yang belum memuat turun aplikasi ini, disarankan berbuat demikian sekarang. Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan. Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka. (Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan terhebat dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain untuk gaya hidup anda.)

Semua krew juga sentiasa mematuhi SOP.

2. Cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang dan daftar masuk bagasi secara kendiri

Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan anda untuk menikmati penjimatan terbaik. Selepas mendaftar masuk secara kendiri, anda boleh mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik anda untuk mencetak tag bagasi di kiosk dan kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri.

3. Pelepasan secara berperingkat

Untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan sesama para tetamu dan dengan kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) dan akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1). Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan.

4. Terus berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan

Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta menikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan.

5. Pembayaran tanpa sentuhan

Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit. Sumber : Mstar

Cadangan kebenaran melancong ke Langkawi buat golongan ini bakal dimuktamadkan. Ini penjelasan dari PM.

Cadangan kebenaran melancong ke Pulau Langkawi terhad kepada individu yang telah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap akan dimuktamadkan melalui beberapa lagi siri perbincangan. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu kini sedang diteliti oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri atas saranan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar-pakar kesihatan. Beliau berkata, penelitian juga dibuat dengan mengambil kira kadar vaksinasi lengkap penduduk Pulau Langkawi yang perlu mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi.

“Kerajaan sedang meneliti pandangan serta maklum balas daripada pemegang taruh berhubung perancangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan. Perancangan ini penting untuk kerajaan merancakkan semula industri pelancongan selepas lebih setahun terkesan akibat pandemik,” katanya mengumumkan kemudahan sektor ekonomi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan pendekatan gelembung pelancongan di lebih banyak destinasi terutamanya yang mempunyai kaedah kawalan pergerakan keluar masuk pelancong yang baik seperti di pulau-pulau peranginan lain di seluruh negara. Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu masih di peringkat perancangan dan kerajaan akan melihat hasil projek perintis Pulau Langkawi terlebih dahulu. “Jika semua berjalan lancar, insya-Allah gelembung pelancongan akan dilaksanakan secara lebih meluas,” katanya. Sumber -K! ONLINE

Muncul pula dkwaan semua MP BN akan tetap sokong Muhyddin. Sekali Najib tampil siap minta senarai nama ini.

Satu lagi kenyataan bersama yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul, kali ini mendkwa bahawa mereka semua telah pun bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri.

“Ahli Parlimen BN” itu mengatakan bahawa keutamaan mereka sekarang adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara dan Muhyiddin meneruskan agenda “membela rakyat”. Kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan.

Bagaimanapun, FMT melaporkan bahawa pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kenyataan itu sebagai “sahih”. Beberapa ahli parlimen BN, seperti Annuar Musa (Umno-Ketereh), memberitahu bahawa jawapan yang tidak jelas.

Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan komen tidak berjaya. Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini mewakili semua ahli parlimen BN.

Zahid, dalam kapasiti sebagai presiden Umno, menyatakan bahawa majlis kerja tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Muhyiddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan dkwaan dalam kenyataan terbaru yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN”.

“Eh.. saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam? Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini? Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap ahli parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang ahli parlimen BN. Sila beri senarai nama,” katanya di Facebook.

Ini adalah kali kedua sejak 23 Jun di mana kenyataan yang mendkwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul. Kenyataan sebelum ini mendkwa bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Kenyataan sebelumnya pada mulanya dikaitkan dengan Ismail Sabri dan kemudian dikaitkan dengan “semua Ahli Parlimen BN”.

Majlis Presiden PH minta PM letak jawatan

Dalam pada itu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil maklum kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu sudah menarik balik dan menamatkan sokongan kepada Perdana Menteri serta merta. Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Peguam Negara berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media secara bersama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengingatkan Peguam Negara bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan warkah ketua parti politik yang menyokong beliau.

“Ini termasuk Presiden Umno, yang sudah dipersembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 29 Februari 2020. Maka apabila ketua parti terbesar itu mengumum menarik sokongan seperti yang berlaku sekarang, maka Perdana Menteri sudah hilang sokongan asas parti itu dan seterusnya hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. Jelas sekali Peguam Negara bertindak lebih sebagai ahli politik Perikatan Nasional (PN) daripada mempertahankan keluhuran undang-undang,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini. Justeru, mereka berkata Muhyiddin perlu meletak jawatan secara terhormat kerana sudah hilang sokongan dan keabsahan (legitimacy) sebagai Perdana Menteri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.