Panggung wayang akan dibuka pada orang ramai. Tapi ini antara SOP yang perlu dipatuhi.

Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri mengumumkan yang industri kreatif akan mula dibenarkan buka mulai esok bagi negeri fasa 1 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini termasuklah panggung wayang yang akan dibenarkan beroperasi mulai esok di seluruh negara bagi orang yang telah pun menerima vaksin lengkap dengan SOP yang ketat.

Ismail Sabri mengatakan, keputusan untuk membenarkan lebih banyak lagi sektor untuk beroperasi akan memberikan faedah terhadap lebih satu juta artis dan lebih 19,000 perniagaan. Industri kreatif telah menyumbang sebanyak 2% atau RM29 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2019. Selain itu, lebih dari sejuta aktivis, artis dan pekerja industri boleh mula bekerja dan menjana pendapatan serta kelonggaran ini juga dapat hidupkan semula industri kreatif negara.”

Selain panggung wayang, Ismail Sabri turut membenarkan penyiaran pra-rakaman atau langsung serta rancangan yang melibatkan penonton secara langsung dibuat pada 30% kapasiti. Busking secara indoor, bermain muzik secara langsung, teater serta persembahan lawak juga dibenarkan dengan kapasiti sebanyak 30%. Saya nak mengajak semua parti yang terlibat dalam pembukaan sektor ini untuk terus patuhi syarat dan prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelak risiko kepada kesihatan dan keselamatan lebih-lebih lagi ini merupakan usaha negara untuk masuk ke fasa endemik pada hujung Oktober ini.” Sumber : Lobak Merah

Cepat betul buat kerja. Kurang sebulan bergelar PM kini tugas Datuk Ismail Sabri mendapat perhatian warganet.

KUALA LUMPUR: Pujian seorang pempengaruh media sosial popular, Cik Yah mengenai kecekapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan tugasnya dalam tempoh kurang sebulan mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, pempengaruh popular itu memuat naik video animasi watak Cik Yah yang seronok dengan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu yang mula diterima rakyat Malaysia semalam.

“Terima kasih Cik Yah ucapkan kepada Perdana Menteri atas bantuan diberikan. Dapatlah kami tambah barang dapur yang serba berkurang ini. Kurang sebulan bergelar Perdana Menteri, cepat betul buat kerja. Tak tunggu lama untuk beri bantuan fasa satu kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Yang penting kerajaan menitik beratkan nilai ‘Keluarga Malaysia’,” tulisnya.

Video tiga minit yang mendapat tontonan lebih 15,000 turut dibanjiri komen netizen yang bersetuju dengan pendapat Cik Yah itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen terhadap video lucu terbabit adalah mereka terhibur dengan ayat Cik Yah mengenai keinginannya untuk muat turun semula aplikasi Shopee selepas dipadam kerana boros berbelanja.

Dalam erti sama, Cik Yah juga memuji ketampanan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Putrajaya bagi meninjau situasi semasa hari pertama pembayaran BKC kepada para penerima semalam.

Malah, secara berseloroh Cik Yah turut mempelawa Ismail untuk bersiar-siar di kampung halamannya dengan menaiki motorsikal.

Perdana Mneteri Rabu lalu mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 September dan dijangka selesai pada 10 September, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Ismail Sabri umum bantuan khas Covid 19. Sekali ianya boleh tampung sampai 10 juta penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan mula dikreditkan hari ini. Pengumuman tersebut dibuat Ismail Sabri menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya pada petang semalam (Ahad). Beliau juga berharap agar BKC sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Tambah beliau lagi, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC. “Mulai esok, 6 September 2021, proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula. Dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC. BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my. Sumber : Gempak

Lebih 1800 keluarga B40 dapat bantuan Tabung Warga TNB Prihatin. Sampai lebih 1 juta nilai agihan.

Lebih 1,800 keluarga B40 dari seluruh Semenanjung yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan wang tunai dengan nilai agihan melebihi RM1 juta menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP). Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Tabung WTP yang dilancarkan pada 9 Jun lalu adalah wadah untuk warga kerja TNB terus membantu rakyat yang memerlukan dalam suasana pandemik yang berlanjutan. Katanya, inisiatif itu selari dengan kesungguhan syarikat menerangi kehidupan penduduk negara ini.

“Selain warga kerja TNB yang menyumbang kepada tabung dengan nilai lebih RM1.52 juta setakat ini, terima kasih juga saya ucapkan kepada pemimpin kesatuan dan persatuan dalaman TNB yang bersepakat menubuhkan tabung. Tidak dilupakan pelbagai pihak yang membantu kami mengenalpasti penerima bantuan. Secebis bantuan daripada kami ini diharap mampu mengukir senyuman dan membawa rasa bahagia kepada penerima bagi menempuhi tempoh yang agak sukar ketika ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mahdzir berkata, sambutan baik warga kerja TNB menjayakan tabung ini adalah manifestasi nilai murni budaya syarikat iaitu, prihatin, kerjasama, mengutamakan pelanggan, integriti, profesionalisme dan berwawasan yang amat penting dalam usaha menyeluruh TNB membantu kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mahdzir berkata, TNB juga menumpukan empat aspek iaitu menyelamatkan nyawa, melindungi golongan rentan, menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan memacu pemulihan ekonomi dalam menyokong usaha PPN.

“Tabung amal ini memberi keinsafan kepada warga kerja kami untuk sentiasa berkongsi nikmat dalam suasana ramai yang tertekan akibat pandemik Covid-19 dengan ada yang kehilangan sebahagian punca pendapatan dan pekerjaan. Alhamdulillah, menerusi maklum balas penerima berbilang bangsa, rata-ratanya menyatakan bantuan Tabung WTP dapat meredakan kesusahan keluarga masing-masing,” katanya.

Selain Tabung WTP, pelbagai inisiatif dilaksanakan TNB tahun ini, antaranya menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada lebih 10,000 golongan B40 dengan peruntukan hampir RM9.5 juta termasuk membiayai pembinaan semula dan membaiki rumah, pengagihan bekalan makanan dan keperluan asas serta wang.

PM umum PKP tidak akan ditamatkan esok. Ianya akan tetap diteruskan sehingga capai sesuatu ini.

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan ditamatkan esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Berikutan itu, beliau berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes C0vid-19 kurang 4,000 kes sehari.

Muhyiddin turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini. Sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.