Lelaki ini sebak anak dah jumpa papa baru

Apabila hubungan sudah tidak lagi sehaluan dalam hidup berumah tangga, maka perplsahan adalah jalan yang terbaik. Tapi kebajikan anak-anak janganlah diabalkan seperti kisah lelaki bernama Muhd Shafiq menerusi perkongsian di aplikasi TikTok sejak akhir-akhir ini.

Bapa tunggal anak dua tak kisah kalau tak Iaku..

Meskipun rumah tangganya musn4h, namun dia amat bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa dengan 2 permata hati comel yang sangat comel. Malah bapa tunggal ini turut berjanji untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin walaupun cuma seorang diri.

Papa bagi ibu kamu bawa kamu berdua keluar & kenal dengan ayah baru..

Menerusi entri video terbaru pula, bapa tunggal berkenaan menghantar dua anaknya untuk berjumpa bekas isteri di sebuah mall. Bagaimanapun terdetik rasa s4yu di hati tatkala melambai kedua-dua anaknya. Difahamkan, wanita berkenaan telah meminta izin untuk membawa keluar dua anaknya untuk dikenalkan dengan ‘bapa baru’ mereka. Tidak berniat untuk menghaIang, Shafiq sebaliknya menitipkan doa agar bekas isterinya bahagia bersama pilihan baru.