Tular Papagomo digantung keahliannya daripada UMNO. Sekali dia tampil jelaskan apa punca sebenar sampai buat ramai terkedu.

Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata dia digantung keahlian daripada Umno kerana mengkritik tindakan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang didkwanya ‘bermasalah’ dan membelakangkan parti.

Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, kritikan itu terutamanya berkaitan dkwaan bahawa Ahmad Zahid menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya buat kritikan kepada presiden saya, yang mana saya melihat presiden memang bermasalah dan menjejaskan parti tapi akhirnya saya diambil tindakan. Jadi, bagaimana dengan presiden yang membelakangkan parti, membuat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hantar sokongan kepada Istana Negara, dengan rakaman telefon antara dia dan Anwar,” katanya.

Papagomo berkata, dia pernah diberi am4ran oleh Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi sekiranya dia masih berkeras, parti akan mengambil tindakan terhadapnya. “Dr Asyraf minta saya sokong presiden parti. Saya cakap, macam mana saya nak sokong kalau presiden ada buat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membelakangkan parti? Kalau presiden tak jujur pada parti, macam mana saya ni nak sokong presiden. Dr Asyraf tekan untuk minta sokong Zahid Hamidi. Katanya, Datuk Zahid berjiwa besar.

“Saya cakap, kalau Datuk Zahid berjiwa besar, dia perlu berundur. Sebab ini soal imej parti, bukan soal individu.”Ini kepentingan parti dan rakyat, dalam keadaan hari ini Umno terpalit dengan tindakan yang presiden buat dan saya maklumkan saya tidak akan sokong benda yang salah,” katanya.

Jelas Papagomo, tindakannya itu juga berasaskan seruan yang dibuat Asyraf sebelum ini, yang mana ketua pemuda itu menuntut sayap Pemuda menjadi ‘parti dalam parti’. “Dr Asyraf cakap Pemuda kena jadi parti dalam parti, kemudian kena berani kritik pemimpin, yang mana kes skandal ini kena berundur.

“Jadi, saya peganglah kenyataan Dr Asyraf sewaktu perhimpunan Agung Umno 2018 lalu Itu kenyataan yang dia buat sendiri dalam AGM Umno,” katanya.Namun menurutnya, perkara sebaliknya pula berlaku apabila dia digantung ekoran kritikan terhadap Zahid.

Sebelum ini bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendedahkan surat Umno yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Surat berkenaan didkwa ditandatangani Ahmad Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak.

Spekulasi kerjasama antara dua parti itu semakin kukuh setelah tular audio memaparkan perbualan dua lelaki yang suara mereka mirip dengan suara Anwar dan Ahmad Zahid. Dalam perbualan itu antara lain mereka memperkatakan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dan ucapan Ahmad Zahid semasa perhimpunan berkenaan. Kedua-dua mereka bagaimanapun menafikan ketulenan audio berkenaan namun tiada laporan polis dibuat oleh mereka. “Dr Asyraf kata nak buat laporan polis, namun sehingga hari ini pun tidak buatnya,” tambah Papagomo.

Umno memang nak gantung saya’

Mengulas lanjut, Papagomo berkata, tindakan Umno menggantung keahliannya tanpa memanggilnya untuk membela diri jelas menunjukkan parti itu memang mahu menggantungnya.”Saya tak akan merayu walaupun ada yang suruh saya merayu, sebab saya nak merayu macam mana? Saya dipanggil Lembaga Disiplin pun tidak untuk bela diri.

“Tahu-tahu saja keluar keputusan (penggantungan keahlian). Iyalah, ikut Perlembagaan Umno memanglah MKT putuskan tapi kalau pemimpin yang ada hari ini macam (presiden) Dr Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi (tidak memanggilnya) bela diri dulu apalah maknanya?” Kita bercakap soal rakyat, nak perjuangkan rakyat tapi benda-benda parti ini tak panggil bela diri. Panggillah bela diri dulu, kemudian buatlah keputusan. Ini keputusan dibuat tanpa bela diri. Jadi, tak perlulah untuk saya merayu. Sebab, nampak sangatlah memang nak gantung saya,” katanya.

Terdahulu, Umno menggantung keahlian Papagomo selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti bermula 27 Ogos lalu.Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 1 September dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Ahmad berkata Majli Teringgi Umno mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti.

MKT UMNO tampil dedahkan perangai buruk UMNO yang bakal jejaskan imej PM. Rupanya ramai yang tak puas hati dengan tindakan ini dan ini yang dia dedahkan.

Para pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak merosakkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengulangi ‘perangai lama’ mereka yang tidak disenangi rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, kunjungan Perdana Menteri ke lokasi banjir di Kedah semalam dengan diiringi ‘segerombolan’ pengikut menunjukkan perangai lama tersebut sudah kembali.

“Di Kedah sampai berpuluh buah kereta ikut Perdana Menteri, dalam kapal terbang lagi. Hendak ikut itu bagus tetapi ini imej lama. Imej ini yang menyebabkan orang marah dengan kita, jadi berpada-pada, boleh pergi tapi tak payah menunjuk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Gambar-gambar sekitar lawatan Ismail Sabri di kawasan dilanda banjir di Kuala Muda dan Yan, Kedah semalam memaparkan beliau diiringi pemimpin UMNO sejak dalam kapal terbang hingga ke lokasi sehingga mengundang kritikan rakyat. Turut dikritik, kewujudan papan iklan gergasi mengalu-alukan kehadiran Ismail Sabri dan ucapan tahniah kepada beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan yang dinaikkan di kawasan bencana.

Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, teguran tersebut bukan kerana beliau cemburu, sebaliknya kerana prihatin dan mahu semua pemimpin dan penyokong UMNO berganding bahu membantu Perdana Menteri membina imej yang baik dan disenangi rakyat.

“Orang akan kata, UMNO berkuasa macam itulah. Itu yang saya tegur sikit, bukan saya jealous, memang kita semua kena meraikan PM, tetapi bukan cara macam itu. Ini kerumun sampai begitu sekali. Jagalah imej Perdana Menteri daripada UMNO ini jika kita hendak bertahan lama,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu. MD. Alwi Che Ahmad bercakap kepada pemberita di luar sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Sumber  – UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.