“Partner saya dah arwah”- Azad Jasmin dedah sebab tolak tawaran sertai Raja Lawak

Pelakon dan pelawak Azad Jasmin telah berkongsi satu entri di laman Instagram miliknya mendedahkan sebab utama menolak tawaran untuk menyertai Raja Lawak.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Azad memberitahu bahawa niat untuk menyertai Raja Lawak telah terkubur setelah arwah adiknya meninggal dunia 10 tahun lalu.

Perkongsian Azad di laman Instagram miliknya

Azad berkata dia sering mendapat soalan bertanyakan sebab dia tidak menyertai Raja Lawak dan dia menjelaskan sebab mengapa dia menolak tawaran tersebut.

“Assalamualaikum semua, setiap kali saya tengok video ni saya akan rasa happy sangat dan dalam masa yang sama saya akan tersangat sayu dan sedih..

“Kenapa Pak Azad tak masuk Raja Lawak atau Maharajalawak Mega? Soalan yang selalu diajukan kepada saya.

“Bukan saya tak nak masuk, sebab partner saya takdak, partner saya dah arwah, saya pernah plan dengan Arwah adik saya nak masuk rajalawak tapi setelah arwah adik pergi meninggalkan saya makanya terkubur niat saya bersamanya…”- tulisnya

Pada akhir kapsyennya, Azad meluahkan rasa rindu terhadap Arwah adiknya Nizar Jeffri, yang juga merupakan seorang pelakon.

“Al fatihah to my arwah adik Nizar Jeffri, abang miss you brah..Anak Antoo Penang boboy the lagend”, tambah Azad.

Arwah adiknya meninggal dunia pada umur 31 tahun akibat paru-paru berair.

Entri tersebut banyak mendapat komen yang mendoakan arwah adiknya supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: mStar

Min pun mendoakan supaya Arwah Nizar Jeffri ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga Azad Jazmin terus tabah ya.