Pasar pasar malam minggu dan pasar tani akan dibenarkan dengan mengikut syarat ini. Sekali ada lagi yang bakal dibenarkan oleh kerajaan bermula Fasa Tiga PKP.

Aktiviti makan di restoran (dine-in) hanya dibenarkan pada Fasa Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah pula dibenarkan pada Fasa Tiga manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.