Pasal inai pun jadi isu. Lihat apa warganet buat kepada wanita yang bagi komen pedas pasal inai isteri harith.

Baru dua hari melayari bahtera rumah tangga, gambar kahwin Harith Zazman yang popular dengan video lucunya bersama Sterk Production jadi perhatian warganet .

Harith yang popular denga lagu Cute, telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “Alhamdulillah” selepas pernikahan mereka. Nampaknya foto tersebut mengundang kritikan segelintir pihak.

“Kotak inai tak sambung”

Selain wanita itu, seorang lagi pengguna turut mempertikaikan corak inai pasangan Harith yang dianggap tidak kemas kerana bahagian kotaknya yang tidak disambungkan.

“Henna pasar malam lagi kemas”

Walaupun ditegur oleh warganet lain kerana memberi komen yang ‘pedas’ , wanita tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.

“Yang burok tu kau”

Tweet yang mendapat 163 ulang ciap tu bagaimanapun dihentam oleh warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kelantangan komen wanita tersebut.

Setakat ini pengguna tersebut masih belum memadamkan komen kritik yang dilemparkan terhadap isteri penyanyi tersebut.

Harith yang telah sah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya telah bertunang bulan Mac lalu.Pasangan tersebut bagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memiliki zuriat pada masa ini memandangkan keadaan Covid-19 yang melanda negara, namun dia tidak menolak sekiranya jika dikurniakan rezeki itu.

“Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, tapi kami tak terlalu rushing untuk dapatkan anak”

Sumber: Twitter @harith_zazman, Nur Asyikin Mayudin/mstar online.

Majlis Berinai Elisya Sandha tarik perhatian warganet. Pilih tema baju kurung kedah dan berkain batik.

Pelakon Elisya Sandha menarik perhatian ramai apabila berkongsi foto pada malam berinainya yang disambut bersama ahli keluarga. Menurut Elisya, ibunya, Hatijah Teh Man yang meminta dia memakai inai merah di kuku sebagai kenangan sekali dalam seumur hidup. Menerusi laman sosial Instagram, Elisya memuat naik beberapa keping foto malam berinai dengan tema baju kurung Kedah dan berkain batik.

“Malam berinai 20/8/2021. A night to remember, dapat spend time dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kec0h satu rumah haha. Last-last mama kata ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kvku’ touching laaa,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.

Pada majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu, Elisya tampil manis dengan solekan tipis serta gabungan baju berwarna merah dan kain batik bunga kelabu. Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi positif daripada wargamaya apabila rata-ratanya memuji wajah Elisya yang jelas terpancar seri pengantin.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada Sabtu, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada jam 3.11 petang. Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Komen Warganet:

Elisya Sandha sah bergelar isteri anak lelaki Sheila Rusly. Terima hantaran sebanyak RM 22k dan ini sebab sampai terpaksa diawalkan.

Pelakon dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat dinikahkan dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 3.11 petang tadi. Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat sahaja.

Diadakan pada saat akhir.

Memetik laporan BH Online, pasangan dua sejoli ini telah dinikahkan berwalikan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Mohd Faisal Abdullah. Elisya Sandha telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Ujar Elisya, dia dan anak kepada Sheila Rusly itu sepatutnya ingin bernikah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi terpaksa diawalkan berikutan pandem1k C0vid-19.

Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandem1k COVD-19 yang tidak menentu. Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keramaian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi. Alhamdulillah… Melepaskan adik bongsu. Sumber : Lawak Malaysia

Kes Elizad jadi baualan ramai. Takboleh berdiam akhirnya Fasha Sandha tampil bongkarkan perangai sebenar Siti Elizad buat ramai yang tak sangka.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai orang termasuk rakan selebriti mempertahankan Siti Elizad. Tak terlepas juga pelakon, Fasha Sandha apabila dia mendedahkan perangai sebenar rakannya itu ketika bekerja bersama.

Fasha Sandha Jadi Saksi

Tinggalkan komen di Instagram Siti Elizad, Fasha mengatakan orang ramai tidak boleh sesuka hati menghukum seseorang terutamanya apabila isu tersebut berkait dengan soal ibadah. Malah Fasha juga mendedahkan rakannya itu tidak pernah tinggalkan solat ketika bekerja.

“Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia ada penggambaran”, komen Fasha. Pelakon tersebut juga meminta Siti Elizad untuk tabah menghadapi ujian dan tudhan warganet. Dia juga berkata rakannya itu tidak mandul dan pernah hamil pada sebelum ini.

“Baik mohon keampunan dari tuan badan”

Tambah Fasha, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk rakannya. Tegas pelakon itu, dia meminta individu atau sesiapa sahaja yang mendakwa rakannya mandul dan tidak solat untuk memohon keampunan kepada Siti Elizad.

“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat ijat. Love you yang be strong. Kami doakan yang terbaik. Hello dia tak mndul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan”, ujarnya.

Pada masa yang sama, Fasha juga berkongsi dia dan keluarganya sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti Elizad. Dikhabarkan Siti Elizad sudah memfailkan laporan polis berkaitan dengan isu tuduhan pelakon tersebut mandul dan tidak solat di Balai Polis Bukit Jalil.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.