Pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu siapa sangka kini beliau sudah berjaya lakukan ini.

Jika dahulu pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu, namun siapa sangka kini beliau sudah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam.

Terbaru, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi FB telah berkongsi video memperlihatkan dia sedang mengislamkan beberapa individu berbangsa Cina dan juga India.

Menerusi video sama beliau turut dilihat mengajar kedua-dua pasangan tersebut mengucap dua kalimah syahadah sambil disaksikan beberapa individu.

“Alhamdulillah, di hari Jumaat yang penuh keberkatan . Selamat kembali kepada fitrah wahai saudara-saudaraku..

“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” – (Al-Kahfi:10)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari Islam setelah Engkau beri hidayah kepada kami. Limpahkanlah keimanan kepada kami dari sisi-Mu. Engkau Maha Pemberi rahmat kepada orang-orang mukmin.” (Ali Imran :8 )” tulis beliau menerusi posting tersebut.

Video:

https://www.facebook.com/adamcorrieofficalpage/videos/262045735768177

Sebagai rekod Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika usianya 39 tahun. Beliau sejak bergelar mualaf pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat negeri Selangor pada 2017 lalu.

Komen Warganet :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Baru sahaja Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekali ini antara tugas pertama yang Ismail Sabri perlu lakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tinggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah. Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23 pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman. Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya. Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Sebaik disapa wartawan di luar bangunan, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan memaklumkan akan ke Kedah selepas ditanya wartawan. “Ya, saya akan ke Kedah,” katanya sambil melambai tangan ke arah petugas media. Sumber -K! ONLINE

Ismail Sabri buat sidang media tergempar bersama ahli parlimen UMNO. Ini antara ahli yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  menghadiri sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 11.30 pagi ini. Perkara itu dimaklumkan sumber kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan bangunan itu mendapati dua kereta yang mempunyai tulisan Menteri dan Timbalan Menteri pada nombor plat pendaftaran. Perkara itu sekali gus menguatkan sidang media itu bakal disertai beberapa anggota Kabinet yang cenderung kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, satu jemputan berkenaan sidang media itu diedarkan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi. Antara bakal menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kepada ahli-ahli parti bahawa mereka yang terlibat dalam sidang media pada Jumaat adalah pemimpin yang setia pada parti.

Ismail Sabri ketuai 31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong PN

Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong. Pendirian itu dinyatakan dalam satu sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen berkenaan, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri bakal dikena tind4kan?

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=856554715291465

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO diketuai Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendkwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal. Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan.

Negara berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19, kemunculan varian baharu

Dalam pada itu Negara kini berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19 dengan kemunculan varian baharu. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Shafiq Abdullah berkata demikian pada sidang media secara maya pagi Jumaat.

Sidang itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Dr Chong dalam taklimatnya berkata trend peningk4tan C0VID-19 kini adalah kes4n kumulatif daripada sesuatu yang berlaku sebulan lepas.

Kata Dr Chong, jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa kerana kadar kebolehjangkitannya yang berbeza. Tambah Dr Chong, negara telah menjalankan 1,668 jujukan genome virus C0VID-19 hingga 22 Julai, kesan 409 jujukan jenis varian yang membimb4ngkan (VOC). Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.