Pelakon veteran Harun Hashim dan isteri kini terlantar sakit. Sekali ada satu pertolongan yang dia ingin mohon pada orang ramai.

Pelakon era 80-an, Harun Hashim, 65 tahun kini sedang bertarung dengan sakit dr4h tinggi dan baru sahaja sedarkan diri setelah ditidurkan sejak beberapa hari yang lalu. Difahamkan isterinya pula menghidap barah ot4k. Menurut perkongsian seorang rakan pelakon, Azhan Rani, mereka berdua ditempatkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang. Harun dan isterinya, Sakinah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak empat hari lalu.

Sebelum itu, Exco Agama dan Muafakat Seniman, Salman al-Farisi telah berkongsi di media sosial mengenai apa yang menimpa pasangan suami isteri yang mempunyai enam cahaya mata itu. Menurutnya lagi, sakit dr4h tinggi pelakon veteran itu agak teruk namun Harun sudah menunjukkan tanda yang positif. Sakinah pula telahpun menjalani operasi sekitar jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, seorang rakan selebriti, Betty mendedahkan kesulitan yang dialami pasangan suami isteri itu. Pada 15 Ogos yang lalu, Betty telah menerima mesej di WhatsApp daripada Harun yang meminta bantuan untuk membayar sewa rumah. Walau bagaimanapun, Betty Banafee terlambat membalasnya kerana kesibukan bekerja. Menurutnya, Harun antara penerima bantuan dalam satu program infak artis bersama NGO yang telah disertai oleh Betty sendiri pada 25 Julai yang lalu.

Katanya lagi Harun membantu isterinya berniaga pecal di Batu Caves Centerpoint sejak mula pandemik akibat tiada penggambaran yang boleh dilakukan. Dia juga membuka cawangan kedua di Sentul dan turut berniaga secara atas talian. Tambahnya lagi, Betty atau nama betulnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe telah melihat sendiri mata Harun sudah bertukar warna akibat sakit Glaukoma. Jika dibiar berlarutan boleh menyebabkan bvt4.

Perkara itu diakui oleh Harun sendiri cuma tidak berkemampuan untuk membuat pemeriksaan lanjut di klinik. Seorang penerbit drama, Melissa Saila turut memuat naik mengenai status kesihatan Harun dan isterinya di Facebook dan meminta semua untuk mendoakan kesihatan bagi pasangan suami isteri itu.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

Tular tentang Azlee Senario niaga buah di tapak pasar malam. Terkejut bila tiba tiba Raza Azura masuk komen.

Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario. Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah. “Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu. Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi. Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.

“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi. “Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang. “Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee. “Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi warganet di laman Instagram. Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin..

Lokasi: tapak pasar SAUJANA UTAMA

Tular Gambar Azlee Senario Berniaga Buah Dekat Tepi Jalan. Ramai Yang Puji Bila Azlee Bersikap Macam Ni.

Ramai individu yang terkesan dengan situasi ketika pandemik Covid-19 melanda negara termasuklah golongan selebriti. Sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah selebriti mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu atau menjual produk makanan misalannya, untuk kelansungan hidup.

Baru-baru ini, viral sekeping foto di Twitter menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga menjual buah-buahan di tepi jalan. Foto terbabit dipercayai diambil oleh orang awam ketika Azlee sedang duduk sambil menunggu pelanggan di kedainya yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Jom sama-sama kita support perniagaan abang Azlee Senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. “Orangnya tak sombong”

Berdasarkan komen netizen di Twitter, Azlee memang berniaga buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama dan ramai yang mengajak untuk sama-sama memberi sokongan dengan membeli buah dijualnya. Sesetengah warganet dilihat memuji keperibadian Azlee yang tidak sombong dan mudah mesra selain gemar berborak dengan orang lain membuatkan dia disenangi.

“Jaga-jaga nanti ada kedai Mazlan buka dkt sebelah”

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang sempat berseloroh dengan menyelit tentang dialog mahu pun babak legend daripada filem Lagi-Lagi Senario lakonan Azlee serta rakan pelawak yang lain. Antara komen warganet adalah soalan sama ada Azlee sudah tidak menjual roti canai dan ada juga yang bergurau dengan berkata nanti Mazlan akan buka kedai di sebelahnya seperti di dalam filem tersebut.

Popular pada era 90-an, antara watak pernah dibawakan Azlee yang menjadi sebutan adalah ketika dia menjadi seorang pemuda terencat akal di dalam filem Senario The Movie, watak pemilik warung roti canai dalam filem dalam Lagi-Lagi Senario dan menerusi filem Senario Lagi sebagai suami kepada Syanie.