Hampir 50 pemandu bas yang terpaksa jual bas sekolah mereka. Rupanya ini golongan pemandu bas sekolah sampai terpaksa buat macam ni.

Kira-kira 50 pemandu bas warga emas terpaksa menjual bas sekolah di pusat besi buruk bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. Tindakan mereka kerana terhimpit masalah kewangan apabila operasi perkhidmatan bas sekolah terhenti sejak awal tahun lalu.

Presiden Persatuan Gabungan Pengusaha Dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia Muruga Malai berkata, mereka mula menjual bas sekolah yang sebelum ini menjadi punca utama pendapatan secara berperingkat awal tahun ini.

“Purata harga sebuah bas yang dijual di pusat besi buruk ialah RM7,000 dan wang itu digunakan secara cermat untuk perbelanjaan keluarga. Pada mulanya, memang mereka berat hati menjual bas itu, tetapi tiada pilihan memandangkan kebanyakan bas sekolah ini sudah berusia lebih 25 tahun,” katanya.

Muruga, 66, yang juga pemandu bas sekolah berkata, industri perkhidmatan bas sekolah sudah lumpuh dan sukar untuk bangkit semula. “Ada kalangan ahli mengambil langkah menukar kelas lesen kepada bas pekerja kilang demi mendapatkan wang menyara keluarga.

“Dua bas sekolah saya sudah lama tersadai di hadapan rumah dan saya kini melakukan kerja kebun sejak tidak memandu bas,” katanya. Menurut Muruga, ramai dalam kalangan ahli persatuan itu adalah ibu tunggal dan warga emas. Mereka juga melakukan beberapa pekerjaan termasuk berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga. Menurutnya, pemandu bas sekolah turut menghadapi satu masalah lain iaitu modal untuk memulakan semula operasi bas sekolah apabila dibenarkan kelak.

“Sebuah bas sekolah 44 penumpang memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 untuk kos penyelenggaraan selepas lama tersadai sebelum boleh beroperasi semula. Ini untuk penggantian bateri, tayar, pemeriksaan dan sebagainya. Kos itu membuatkan pemandu bas ‘pening’,” katanya.

Katanya, dia turut mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk kebenaran melanjutkan had operasi bas kepada 35 tahun, tetapi belum mendapat jawapan. “Ini kerana ramai pemandu bas sekolah adalah warga emas dan mereka tidak boleh membuat pinjaman bank untuk pembelian bas sekolah baharu,” katanya.

Sumber: hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Instafamous ini sebak kenangkan nasib Melaka. Rupanya ini yang berlaku.

Satu perkongsian video pensohor media (instafamous), Otam Blurr atau nama sebenarnya, Mohd Rustam Johari membuatkan ramai sayu hati apabila negeri kelahirannya, Melaka yang terkenal dengan aktiviti perlancongan kini boleh diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur.

Menerusi video yang dimuat naik, Otam yang terkenal dengan untaian video parodi itu mengalirkan air mata mengenang nasib negeri Melaka yang kini vakum daripada sebarang lawatan pelancong disebabkan wabak Covid-19.

“Jalan-jalan di sini tapi rasa sebak. Betul sebak.. (menahan nafas panjang). Sebab tak tahu nak cakap macam mana. Selama ini, kita di sini tengok pelancongan giat sangat di Melaka. Tapi, apabila tiada pelancong, sumpah weh sedih sangat,” ujar Otam dalam nada penuh beremosi seraya mengalirkan air mata dalam video yang dimuat naik.

Hantaran video lelaki itu turut mendapat perhatian aktres hebat, Nad Zainal yang menulis dalam ruangan komen: “Nanti habis dos kedua, aku datang ya Otam. Tunggu habis Covid ini.” Sebelum Covid-19 melanda, negeri bersejarah itu memang jarang lengang daripada aktiviti pelancongan.

Terkenal dengan juadah signatur asam pedas dan aktiviti malam bersukaria menghayati panorama Bandaraya Melaka termasuklah berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat menaiki beca berwarna-warni, kemeriahan itu kini hanya tinggal kenangan sehinggalah wabak Covid-19 benar-benar dapat dikawal sepenuhnya di negara ini.

Satu laporan media sebelum ini menyebut, berdasarkan jumlah pembaharuan keanggotaan dengan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) tahun 2021, 50 peratus pengusaha sektor pelancongan di negeri bersejarah tersebut telah menutup pintu perniagaan masing-masing.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mak cik ni ingatkan bila kibar bendera putih orang kaya yang akan datang bagi bantuan. Sebak sekali bila dia tahu siapa yang datang.

KUALA LUMPUR – “Mak cik ingat bila pasang bendera putih, orang kaya tak pun menteri yang datang beri bantuan tapi jiran sini yang keluarkan duit mereka tolong.” Video disediakan di akhir artikel.

Itu luahan warga emas, Halijah Naemat, 74,  salah seorang penghuni di Blok J, Pangsapuri Petaling Perdana, Sri Manja dekat sini yang mengibarkan bendera putih di tingkap rumahnya dengan harapan ada insan yang sudi untuk menghulurkan bantuan kerana kesempitan hidup kesan pandemik Covid 19.

Halijah yang mengetahui tentang kempen bendera putih selepas dimaklumkan oleh salah seorang jirannya di blok tersebut. “Mak cik tak tahu sebenarnya pasal bendera putih ini tapi ada jiran India beritahu gantunglah bendera untuk dapat bantuan jadi mak cik pun buatlah.

“Sebab itu, mak cik ingat orang kaya-kaya yang akan datang untuk membantu tapi sebenarnya jiran di sini yang sama-sama kutip duit dan berikan pada mak cik. alaulah mak cik tahu mereka (jiran-jiran) yang bagi, mak cik memang tak mahu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Halijah, keluarga kecilnya itu berdepan kesukaran hidup selepas suami, Mohd Rusni Khaman, 58, diberhentikan kerja ketika awal pandemik. Halijah kini hanya bergantung harap dengan anak lelakinya yang berusia 25 tahun untuk menyara keluarga selepas suaminya tidak lagi mampu untuk bekerja kerana kaki kanannya diptong akibat kncing manis.

Halijah berkata, anak lelakinya itu sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti sambil melakukan kerja sambilan. “Sejak Covid 19 mak cik terpaksa catu makanan, hanya makan pada waktu tengah hari dan malam sahaja, tak ada sarapan pagi. Terpaksalah begini sebab risau tak cukup makanan.

“Apa yang orang bagi seperti minyak dan beras terpaksalah jimat, guna sedikit sahaja. Kalau ada orang bagi ayam, seketul untuk anak dan seketul lagi untuk pak cik. Mak cik sekadar makan nasi dengan telur masin,” ujarnya.

Selain Halijah, seorang lagi penduduk, Puvaneswaran Veeran, 29, turut memohon sekiranya ada pihak berkaitan yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarganya. Puvaneswaran tidak bekerja sejak awal Jun lalu selepas diberhentikan oleh majikannya.

Penduduk, Puvaneswaran Veeran memasang bendera putih di hadapan rumahnya bagi membolehkan orang awam tampil menyalurkan bantuan susulan berdepan dengan kesusahan kesan pandemik Covid-19 ketika tinjauan.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai penghantar barang alat ganti di sebuah syarikat tapi sebab lockdown berterusan saya hilang kerja. “Bil elektrik rumah pun sudah tertunggak lebih tiga bulan. Nak cari kerja ketika musim Covid 19 ini pun susah. Kalau ada yang sudi bantu kami datanglah ke sini, bukan saya seorang sahaja tapi ramai lagi yang terkesan akibat Covid 19 ini,” kata bapa kepada seorang anak berusia setahun itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Neeta Sukumaran, 37, turut mengibarkan bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai tanda memohon pertolongan daripada orang ramai. Jelas Neeta, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu lori juga tidak menentu sejak Covid 19 melanda negara.

“Orang kata bila sudah dapat bantuan kena turunkan bendera putih, tadi saya ada dapat sedikit barangan asas lepas itu saya terus turunkan bendera. “Bukan saya sahaja yang terkesan tapi jiran di sekeliling juga sama. Macam jiran depan ini dia seorang ibu tunggal yang tinggal bersama dua anaknya.

“Dia sebelum ini hanya bekerja bersihkan rumah orang jadi sudah lockdown ini tak boleh ke mana-mana, tak boleh buat apa-apa kerja,” katanya. Ketika ditanya sama ada dia malu untuk mengibarkan bendera putih, Neeta berkata, itu sahaja cara yang ada buat masa ini untuk meraih pertolongan. “Memang rasa segan pada mulanya tapi saya yakin apa yang kami buat tidak salah, kami hanya mahukan bantuan sewajarnya jika ada yang sudi datang tolong,” katanya.

Kredit : MG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Belum reda lagi pasal isu bendera putih kali ni kecoh pasal bendera hitam pula. Rupanya bendera hitam tu untuk ini.

PETALING JAYA: Selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kempen mengibarkan bendera hitam pula hadir atas tujuan berlainan.

Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata rakyat diminta mengibarkan bendera hitam bermula esok di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat sesuai sebagai tanda kekecewaan mereka.

Ia juga meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik di media sosial secara serentak pada pukul tiga petang esok dan menggunakan tanda pagar #Lawn pada setiap hantaran.

Tidak diketahui sama ada kempen ini akan berjaya selepas kerajaan mengumumkan lapan insentif pemulihan dengan peruntukan ratusan bilion ringgit bagi membantu rakyat. Melalui insentif itu kerajaan turut memperuntukan RM300,000 kepada setiap ahli parlimen bagi menyediakan bakul makanan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan ekoran pandemik Covid-19.

Insentif terbaharu dan yang kelapan membabitkan peruntukan RM150 bilion bagi meringankan beban rakyat. Namun, Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, mereka kecewa kerana Parlimen yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengsaraan rakyat sehingga hari ini masih lagi gagal bersidang.

Kempen kibar bendera hitam muncul selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19. Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, inisiatif bendera putih adalah satu manifestasi daripada keterdesakan rakyat Malaysia untuk melangsungkan kehidupan.

“Rakyat terpaksa merayu demi sesuap nasi dikala kerajaan hari ini menggajikan puluhan jemaah menteri dengan bayaran yang tinggi. “Kelembapan pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan perkara baharu, sama sekali tidak boleh diterima rakyat,” katanya.

 

Terkini PerdanaMenteri putuskan untuk lakukan Sidang Parlimen sebelum 1 ogos. Rupanya ini sebabnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

Perkara ini diputuskan apabila pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut sumber juga, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun yang lalu.

Sebagai tambahan, parlimen sudah hampir 6 bulan tidak bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat untuk dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif bagi membendung wabak COVID-19 pada 11 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah pada 24 Februari lalu bahawa parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut menyatakan ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun lalu,  sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut SOP ditetapkan.