Syukur masih selamat. Sekali individu pemandu Myvi tampil buka cerita sebenar.

Lori pasir yang merempuh 5 buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh dua hari lalu sememangnya menggemparkan negara. Paling diingati sudah tentu keadaan sebuah Perodua Myvi berwarna kuning yang remuk teruk. Difahamkan, pemandu Perodua Myvi berkenaan berjaya dikeluarkan dari kereta atas bantuan orang ramai. Individu tersebut juga berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami luka ringan.

Video :

https://www.tiktok.com/embed/v2/7004824147448679706?lang=en-US

Alami luka ringan dimuka

Oleh itu, menerusi TikTok seorang pengguna dikenali sebagai @firdaushshm, dia telah memuat naik perbualan dengan individu tersebut yang menceritakan keadaannya sekarang. Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Nik Adlee, dia telah menerima rawatan di hospital dan mengalami sedikit luka namun telah dijahit. Dia juga mengalami patah hidung dan mukanya bengkak sedikit susulan airbag pecah disebabkan hentakan kuat.

Bersyukur saangat masih selamat

Nik Adlee mengakui sangat bersyukur umurnya masih panjang kerana kejadian tersebut begitu mengerikan. Dia sempat menafikan dkwaan keretanya tidak mempunyai airbag seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Lelaki itu memaklumkan berasa lega kerana keretanya tidak meletup walaupun Myvi yang dipandunya sudah remuk teruk.

Badan masih sakit2 kesan dari kejadian tersebut

Setakat ini badannya masih berasa sakit kesan daripada kejadian tersebut. Tambahnya, hanya bahagian pemandu sahaja yang tidak remuk kerana keretanya sudah total lost. Ia merupakan satu keajaiban dan sangat bersyukur Allah masih menyelamatkannya. Ditanya tentang pemandu lori yang dipercayai dibawah pengaruh dd4h, Nik Adlee memaklumkan yang dia tidak tahu lagi dan baru berpeluang untuk membuat laporan polis selepas discharge dari hospital. Sumber: TikTok @firdaushshm

Jadi tidak tenang setiap kali hujan kerana tidak dapat lupakan tragedi ini.

YAN – Seorang remaja perem­puan masih tidak dapat melupakan tragedi aliran puing yang meragut enam nyawa penduduk pada 18 Ogos lalu meskipun kejadian itu sudah seminggu berlalu.Menurut Chut Abeeyah Abu Bakar, 14, ketika kejadian, dia bersama bapanya, Abu Bakar Abd. Malik, 59, dan adik lelaki nya tidak putus-putus berdoa dan membaca ayat al-Quran kerana panik.

“Kami amat takut apabila melihat air melimpah dari Batu Hampar ke kawasan rumah dengan arusnya yang terlalu deras dan hanyut bersama batang-batang pokok dan batu besar.“Adik saya (Agam Muslim) juga ketakutan sampai mena­ngis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa di sini semalam.

Cerita pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) itu, dia sekeluarga terperangkap di dalam rumah sepanjang malam, manakala ibunya, Hameedah Abd. Latif, 52, yang bekerja pula tidak dapat pulang kerana jalan terputus.

Gadis itu bersyukur kerana dia sekeluarga terselamat dalam kejadian yang mengorbankan enam nyawa tersebut.Kejadian itu turut menyebabkan Chut Abeeyah dan adiknya yang berusia 10 tahun kini trauma setiap kali cuaca hujan di kawasan rumah mereka.“Saya dan adik berasa trauma selama seminggu dan Alhamdulillah sudah semakin beransur pulih,” katanya.Jelasnya, kakitangan Kementerian Kesihatan datang ke rumah untuk memberi kaunseling kepada mereka baru-baru ini. “Selain itu, guru kaunseling MRSM turut datang memberi kata-kata semangat kepada saya dan keluarga,” katanya.

Kosmo! pada 20 Ogos lalu me­laporkan tragedi limpahan air besar dan deras susulan fenomena aliran puing dari Gunung Jerai di empat pusat peranginan air terjun di daerah ini dan Kuala Muda dekat sini merupakan kejadian terburuk dalam sejarah negeri ini dalam masa 20 tahun.

Kawasan rumah jadi pulau.

YAN – “Kejadian mala petaka ini berlaku terlalu pantas, batu besar dengan pokok-pokok hutan seolah-olah ‘berlumba-lumba’ menuju ke arah kami.”

Begitulah cerita Syazwan Anas Abdul Mutalib, 39, yang memberitahu dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, rumahnya di tepi Sungai Batu Hampar hampir ranap dihentam kayu balak dan batu besar.Katanya, ketika kejadian, dia sedang mengalihkan beberapa barangan ke kawasan tinggi di halaman rumah, manakala datuk dan neneknya serta isteri bersama lima anak berusia dua hingga 11 tahun berada di dalam rumah.

“Kejadian berlaku terlalu pantas apabila Sungai Batu Hampar ini dilanda kepala air yang turut membawa sekali batang pokok hutan dan batu-batu besar.

“Air melimpah sehingga membentuk satu lagi aliran sungai menyebabkan kawasan rumah jadi seperti pulau dengan aliran deras air di kiri kanan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ceritanya, dia melihat dinding rumah roboh dan air melimpah masuk ke dalam rumah seterus­nya menghanyutkan anak lelaki, Muhammad Hadif, 11, dan neneknya, Kalsom Abdullah, 85. KEMUSNAHAN yang berlaku akibat kejadian kepala air di puncak Gunung Jerai, Yan kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

“Anak lelaki saya sempat berpaut pada sebatang pokok, manakala nenek yang masih berada di atas tilam tersangkut pada pagar, kedua-dua mereka sempat diselamatkan.

“Sehingga kini, datuk saya yang juga terlantar sakit masih hilang akibat dihanyutkan arus deras selepas tembok dinding rumah tersebut pecah,” ujarnya.

Lebih 5,000 penduduk terjejas dengan hampir 200 daripadanya ditempatkan di pusat penempatan sementara.Dalam pada itu, jirannya, Nasrullah Mujadidi Md. Zaini, 30, berkata, dia bersama kira-kira tujuh pekerjanya terpaksa mengikat tali pada badan untuk menyeberangi sungai dengan arus deras bagi menyelamatkan tujuh ahli keluarga tersebut.

Keadaan rumah penduduk yang dipenuhi lumpur. – SHAHIR NOORDIN
“Keadaan memang bahaya kerana limpahan air sangat laju beserta batang pokok dan batu besar yang bila-bila boleh menghentam kami,” ujarnya.Sementara itu, seorang penduduk Nasir Mad Rejab, 60, berkata, kejadian itu sangat menakutkan sehingga mengubah landskap kawasan pe­ranginan berkenaan.

Menurutnya, ribuan batang pokok hutan sebesar satu pemeluk hanyut melalui sungai berhampiran rumah dalam kawasan chalet ini.“Kita seperti tidak kenal lagi kawasan ini yang musnah macam tsunami akibat limpahan air dari Gunung Jerai,” katanya.

Sumber-K! ONLINE

Fenomena Kepala Air landa banjir di beberapa kawasan ini. Sampai macam ni sekali keadaannya.

Penduduk di lebih 10 kampung dan banyak taman perumahan di sekitar Yan, Gurun dan Tupah dilanda b4njir kil4t ekoran dari fen0mena kep4la air dari beberapa kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai,Kedah petang tadi. Difahamkan kawasan peranginan yang dimaksudkan ialah Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar. Menurut Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang kebetulan tinggal di kawasan itu, kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

“Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.” Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga mer0sakkan kawasan itu” katanya dipetik dari Awani. Video dan foto kejadian turut tular di media sosial dikongsikan penduduk-penduduk di kawasan berhampiran yang turut terjejas.

Menerusi laporan seorang penduduk di Kampung Perigi, Zamzurina Ab. Rahman, 45, memberitahu dia yang berada di ruamh secara tiba-tiba terdengar deruan air kuat dari kawasan Seri Perigi pada jam sekitar 3.30 petang. Dia kemudian bergegas ke kawasan tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah nya dan terlihat limpahan air akibat kep4la air yang turun dari air terjun. “Keadaan air deras yang turun dari kawasan air terjun itu sangat menakutkan yang mana air turut melimpah ke beberapa rumah dan chalet berhampiran,” katanya. Sumber : Buzzkini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.