Pemuda tampil dedahkan dengan kisah 20 sen beri kesan besar sampai buatkan ramai sebak. Tak sangka ini yang berlaku pada mak cik tersebut gara gara tak cukup duit isi minyak kereta.

Ada rezeki yang sudah ditetapkan Allah tanpa perlu dicari. Sebahagian orang, sekalipun dengan usaha yang sedikit, dia memperoleh rezeki yang banyak. Kadang-kadang, dia memperolehinya tanpa usaha pun. Kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini, menarik perhatian warganet sehingga ada yang mengalirkan alr mata. Meskipun nilai sedekahnya kecil, tetapi ia amat bermakna buat mereka yang berada di dalam kesempltan/kesvsahan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Semalam, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar. Di depan aku ada tiga orang. Di depan sekali ada seorang makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit RM5, syilling segadang di atas kaunter. Kemudian dengan muka serba salah dia berkata kepada pekerja itu,

“Dik, Kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen.” Pekerja itu hanya memandang slow pada makcik itu. “Erm, lagi 20 sen tak ada ke cik?” soalnya yang juga kelihatan janggal dan serba salah nak bertanyakan soalan itu. “Tak ada dik. Makcik ada tu je,” balas makcik sambil menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor di belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter. “Nah, ni RM10. Campur 9 ringgit 80 sen makcik itu dah jadi RM19.80,” katanya kepada pekerja berkenaan. Makcik itu terkejut sangat dan mukanya terharu habis. Mat motor itu cuma senyum.

“Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada. RM10 saya ada lebih,” katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata. Jadi aku ingatkan dah settle tetapi tiba-tiba seorang lelaki di belakang mereka menyeluk tangan dalam poket seluar jeans dan keluarkan 20 sen, letak atas kaunter. “Ini 20 sen, cukupkan yang mana tak cukup itu,” katanya. Kemudian mengambil beberapa keping lagi duit dari dompet dan letakkan di atas kaunter. “Tambah RM30 ni, cukupkan RM50. Minyak Kancil RM50, boleh tahan lama sikit cik,” katanya.

Makcik itu sudah tidak mampu menahan, matanya sudah berair. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih. “Terima kasih anak, terima kasih anak. Syukur Ya Allah,” sambil berjalan ke pam 4. It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta, air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu sebab beberapa malam sebelum aku menghadap isteri aku sambil mengadu. “Dalam empat bulan, habis ranap RM30,000. Susahnya. Rezeki kurang menjadilah nampaknya.” Tetapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan kepada aku tentang rezeki. Malunya rasa hati tetapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat. Syukur, terima kasih Allah. Sumber: Kuala Lumpur Viral

Syukur kini Atu Zero pula tampil bantu uruskan orang yang telah tiada secara percuma. Sekali dia ceritakan macam mana nak bawa orang yang telah tiada dari Tanah Besar ke Pulau.

Kira-kira dua tahun lalu, kunjungan pelawak Atu Zero, 29, ke Pulau Banggi, Kudat, Sabah sekadar menziarahi penduduk tempatan dalam misi dakwah diketuai Nazzri Abdul atau dipanggil Imam Nazzri. Namun, dalam lawatan itu, Atu atau nama sebenar, Sharid Kunal Doli Sharif menyedari wujud kelemahan dalam sistem pengurusan jenazah di pulau berkenaan.

Bertolak daripada itu, tercetus niat Atu dan kumpulan pengurusan jenazahnya, Pusat Tarbiyah Al Muhajirin, menawarkan khidmat secara percuma kepada penduduk setempat termasuk fakir miskin di Kudat.

“Kalau mahu diimbas semula, pada kunjungan pertama ke Pulau Banggi, saya hanya berniat mendedahkan penduduk tempatan mengenai Islam dan mengajar membaca al-Quran. Tetapi hendak dijadikan cerita, kami lihat kelemahan daripada segi pengurusan jenazah di pulau berkenaan yang dianggap antara kawasan terpencil di Sabah. Bapa saudara saya kemudian menasihatkan kami menawarkan khidmat pengurusan jenazah percuma sebagai saham akhirat,” katanya. Atas kesedaran dan saranan diberi bapa saudaranya itu, Atu berkata, mereka beroleh semangat untuk membantu penduduk tempatan menguruskan jnz4h perkampungan itu.

“Kali pertama, kami menguruskan kes di mana jnz4h dibawa dari Hospital Kudat ke perkampungan itu dengan menaiki bot. Jadi, proses pengurusan bermula dari darat hingga lautan di mana jnz4h diuruskan di Pulau Banggi,” katanya.

Atu berkata, pada peringkat permulaan, dia dan pasukan pengurusan jnz4h melakukan kerja pengurusan jnz4h secara kecil-kecilan. Kita menawarkan khidmat ini secara percuma dengan menggunakan sejumlah modal. Namun, dana yang disumbangkan insan pemurah membantu kami. Insya-Allah, perkara yang baik pasti dipermudahkan Tuhan. Bagaimanapun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu, perkhidmatan itu dihentikan sementara. Ketika itu, saya dan isteri memberi tumpuan kepada kerja menghasilkan pakaian pelindung diri (PPE) bagi membantu kerajaan mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam komuniti,” katanya.

Berkongsi pengalaman menguruskan jnz4h di Pulau Banggi, Atu berkata, pernah pada suatu ketika, van yang digunakan rosak. “Namun, pada PKP 2.0, ada individu menawarkan van miliknya untuk mengendalikan kerja pengurusan jnz4h. Isyarat daripada Tuhan cukup menjadikan kami lebih bersemangat. Hari demi hari, ada sahaja bantuan diberi bagi memudahkan urusan kami,” katanya. Atu berhasrat membeli ‘caravan’ bagi tujuan pengurusan jnz4h yang lebih sistematik.

“Saya berhasrat membeli ‘caravan’ yang lebih besar bagi mengurangkan kos penyelenggaraan van yang digunakan sekarang. Kenderaan ‘caravan’ itu dilengkapi kemudahan memandikan jnz4h termasuk sistem paip yang baik. Saya pernah tengok ‘caravan’ seumpama itu diusahakan bapa mentua Ajak Shiro di Kluang, Johor,” katanya. Atu berkata, ‘caravan’ sesuai digunakan mengambil kira saiz rumah di perkampungan itu kecil selain surau dan masjid jauh dari kawasan penempatan. Saya fikir ‘caravan’ yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan dapat mengatasi masalah pengurusan jnz4h. Mana tahu, andai impian membeli kenderaan itu dipermudahkan, kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,” katanya.

Atu berkata, selain membantu membawa jnz4h ke penempatan dan pengurusan, pihaknya juga menguruskan pelbagai perkara membabitkan tuntutan waris di hospital. “Tidak ketinggalan, isu dokumentasi sah seperti ketiadaan MyKad si m4t1. Ini menyukarkan waris menuntut menuntut khairat,” katanya. Atu berkata, dia turut menghantar ahli kumpulan terutama anak muda menjalani kursus pengurusan jnz4h.

“Kursus pengurusan jnz4h di bandar besar lebih terkini dan lengkap. Ini dapat menarik perhatian anak muda yang cenderung melakukan aktiviti tidak sihat. Contohnya, daripada melepak atau berseronok, mereka boleh dibimbing ke jalan betul. Terbaharu, saya dimaklumkan ada kanak-kanak berusia 12 tahun turut serta dalam kegiatan kumpulan kami,” katanya.

Atu bersyukur kelengkapan seperti kain kap4n dan kit jnz4h mencukupi hasil sumbangan beberapa individu. Setiap tahun, saya peruntukkan sebahagian daripada rezeki yang diperoleh untuk kerja murni ini. Namun, kita berusaha sehabis mampu dan Insya-Allah, ada jalannya,” katanya. Menganggotai kumpulan komedi, Zero bersama abangnya Syaiful dan Sharif. Isteri Atu menjual kek lapis di mana RM5 bagi setiap kotak terjual disalurkan bagi membiayai khidmat pengurusan jenazah di Kudat. Sumber: Hmetro

Siti Nurhaliza kini sasar golongan ini dan ingin bantu 1500 keluarga yang terjejas. Ini cara untuk anda mohon.

Katanya, inisiatif tersebut menyasarkan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Kelang.

“Bantuan ini memfokuskan kepada penyediaan barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah dan boleh dipohon keluarga memerlukan di Selangor dan Kuala Lumpur. Kami akan mengusahakannya secara berperingkat dengan menyasarkan kira-kira 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik ini supaya dapat dibantu sepanjang PKP dan PKPD dilaksanakan. Pihak kami berharap program bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang terjejas dalam situasi sekarang terutama yang mempunyai anak kecil,” katanya.

Pada masa sama, Siti yang juga pengasas merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn Bhd berterima kasih kepada beberapa syarikat yang sudi bekerjasama dan menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin. “Terima kasih buat syarikat yang menyertai program bantuan ini seperti Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn Bhd,  Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn Bhd. Saya berharap agar lebih banyak lagi pihak yang berminat menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin supaya program bantuan ini dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh,” katanya lagi.

Penyanyi itu tidak ketinggalan meluahkan perasaan terharu melihat keprihatinan seluruh rakyat yang sentiasa bersatu dalam berdepan sebarang dugaan. Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Hari ini kita terus kuat dan bersatu untuk menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” kongsi penghibur berusia 42 tahun itu.

Bagi mereka yang ingin memohon Bantuan Prihatin 2021, pihak berkenaan boleh berbuat demikian menerusi permohonan di aplikasi Google Form https://forms.gle/g4WzEVHYsTt9pC548. Ia dibuka kepada keluarga susah yang mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah dengan hanya diwakili sama ada suami atau isteri saja ketika membuat permohonan itu. Sumber – K! ONLINE

Ibu jakun siap cuba dekat Aafiyah. Ramai terhibur tengok gelagat CTDK dapat beli sesuatu ini.

Terdapat satu video telah menarik perhatian kami dilaman instagram officialsimply siti. Datuk siti sering merakam gelagatnya bersama dengan Aafiyah sering membuatkan warganet terhibur denganya.

Baru-baru ini Siti telah membeli dyson airwrap di shopee.Siti telah mengunakan rambut Aafiyah sebagai model barang tersebut. Datuk Siti juga turut menulis kapsyenya di video tersebut telah membuatkan warganet terhibur dengan dua beranak tersebut. Lama xnmpk Aafiyah.. rindu..

KOMEN WARGANET:

Sumber:K! Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.