Pemuda ini sanggup berenang hanya semata mata nak rentas daerah sebabkan ini. Sekali ibu tampil dedahkan sesuatu soal anaknya ini.

Foto tular mengenai seorang lelaki cuba berenang untuk ke Seberang Perai sebelum diselamatkan di Tanjung City Marina, Pengkalan Weld di Georgetown pada Isnin lalu. Georgetown: Terjun ke laut dan cuba berenang ke Seberang Perai, demikian tindakan nekad lelaki dalam kejadian di Tanjung City Marina, Pengkalan Weld di sini, pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan oleh kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selepas melihat terapung di laut. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 6 petang Isnin lalu berhampiran jeti di sini. Menurutnya, lelaki berkenaan cuba berpatah balik ke jeti dipercayai kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas PPSB.

“Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis dan siasatan mendapati lelaki terbabit mendkwa dia mahu berenang ke seberang kerana ingin bertemu dengan rakannya. Dia tidak mempunyai kebenaran polis untuk rentas daerah kerana tiada alasan munasabah untuk berbuat demikian,” katanya di sini, semalam.

Menurut Soffian, ketika diselamatkan lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya menyatakan nama serta butiran peribadinya secara lisan. Katanya, semakan mendapati lelaki berkenaan berasal dari Bayan Lepas di sini, dan tidak mempunyai pekerjaan.

“Ibu lelaki berkenaan ketika dihubungi mengatakan bahawa anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan serta disyaki penagih dd4h. Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami luka patah tangan kanan dan masih menerima rawatan lanjut ketika ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dibuat selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital. Video dan foto lelaki berkenaan ketika diselamatkan turut tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, PPSB menerusi kenyataannya menafikan bahawa lelaki berkenaan terjun ke laut kerana tidak dibenarkan menaiki feri. “Lelaki itu tidak memasuki atau melompat di terminal ini bagi menaiki feri seperti yang didkwa menerusi hantaran yang tular di media sosial,” katanya.

Niat nak mohon kebenaran rentas negeri dengan suami. Sekali boleh pulak polis hantar mesej macam cuba mengorat.

Kemarin viral di twitter tentang seorang remaja perempuan yang mendkwa dirinya cuba didekati oleh seorang abang polis yang ingin berkenalan dengannya..melalui aplikasi whatsapps. Dkwa wanita tersebut, sebelum itu dia ada ke balai polis untuk meminta kebenaran merentas negeri di dalam keadaan pandemik ini. Namun lain pula jadinya….

Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini. Ketva Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendkwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.

“Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota p0lis. Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat. Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Kau tengok la macam mana orang nak percaya polis? Aku pergi balai mintak kebenaran ke hospital, dia ambil nombor Whatsapp benda tak perlu. Motif? pic.twitter.com/vYFWTZBL6b

Ashari berkata, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. “Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline P0lis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai p0lis berhampiran,” katanya.