Penampilan terbaru Dato Awie tarik perhatian ramai peminat.

Siapa tidak kenal dengan lagenda r0ck negara, Dato’ Awie. Dato’ Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar ini sudah lebih 3 dekad mewarnai industri seni tanah air dan sehingga kini suara emasnya itu masih menjadi kesukaan ramai peminat.

Sekalipun Dato’ Awie sudah 53 tahun usianya, namun penampilan dan tubuh badannya kekal nampak sihat dan bertenaga. Untuk makluman juga, bekas vokalis Wing ini juga baru sahaja menimang cahayamata keenam pada Januari yang lalu.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Awie, telah dimuatnaik sekeping gambar terbarunya dengan kapsyen tertulis ‘ Hi I’m back ‘. Dengan imej berambut pendek, Dato’ Awie nampak kemas penampilannya. Berkasut hitam dan memakai baju kot berwarna biru gelap, memang berbeza penampilan Dato’ Awie sekarang.

“Saya potong rambut pasal saya kecewa dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda pandemik Covid-19,” kata penyanyi rock terkenal Datuk Awie mengulas penampilan terbarunya berambut pendek yang dimuat naik di media sosial, semalam.

Dalam masa sama, penyanyi kumpulan Wings ini berkata, dia juga baru sembuh dari penyakit, baru-baru ini.

“Saya tak berapa sihat hari itu. Saya ada buat pembedahan dan terlantar lama di hospital dan juga di rumah.

“Saya dah rasa macam tak bermakna semua ini. Kerja tak ada, lepas itu sakit pula. Rambut saya hari-hari banyak yang gugur. Kalau dulu rambut saya itu mahkota untuk saya bekerja dan saya rasa bangga berambut panjang, tetapi dalam situasi sekarang termasuk saya kerap sakit dan tak bekerja pula, saya rasa seperti kecewa dengan keadaan diri dan dunia yang dilanda sakit,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap hari dia terbaring dan melihat rambutnya gugur tidak bermaya.

“Tiga minggu saya tak boleh buat apa-apa, cuma baring dan jalan dalam rumah saja. Saya jadi rimas dan marah.

“Jadi saya berniat memotong rambut saya untuk membuang sakit-sakit yang ada dalam diri saya pergi bersama rambut-rambut itu dan berdoa serta berharap tumbuhlah rambut yang sihat dan baik-baik bersama rezeki dan kesihatan yang elok-elok.

“Insya-Allah, itu sahaja sebenarnya yang membuatkan saya potong rambut. Saya juga sedang mencari jalan penyudahnya. Doa- doakanlah saya,” katanya.

Posting Dato’ Awie ini telah meraih perhatian daripada peminat-peminatnya. Ramai yang mengatakan Awie 1994 sudah kembali. Tiada lagi rambut panjang, peminat juga mengatakan Dato’ Awie nampak lebih muda sebegini.

Dengan tubuh Dato’ Awie yang sado, sesuai sangat dengan imej berambut pendek. Seperti mengimbau kembali zaman kegemilangan Dato’ Awie di era 90an dahulu. Apa pun, semoga Dato’ Awie terus success dalam karier dan terus berkarya untuk para peminat.

Terdahulu, Awie pernah beberapa kali terkena sakit misteri dan berubat dengan beberapa pengamal perubatan Islam.

Dalam program sumbangan Misi Kemanusiaan Sayap-Sayap Wings serta Majlis Aqiqah & Berendoi anak keenamnya pada 17 April lalu, Awie memaklumkan dia baru keluar dari hospital.

Bagaimanapun, Awie enggan berkongsi mengenai penyakitnya itu.

Sumber: Harian Metro

Awie teruja timang anak keenam di usia 52 tahun kena jaga kesihatan supaya kekal fit . Nanti orang tanya tu atuk kau ke?

PENYANYI Datuk Awie berkata dia mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri sebagai persediaan menimang cahaya mata keenam yang dijangka lahir pada Januari depan.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik bagi memastikan dirinya mampu membesarkan anak kecil itu meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingannya.

“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan saya supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia… itu paling penting, nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu nanti!” katanya kepada mStar.

Awie ditemui semasa sidang media filem 10 Tips Tipu Bini yang diadakan di MaTIC, Kuala Lumpur pada Selasa. Pada 12 November lalu, vokalis kumpulan Wings ini berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, sudah hamil tujuh bulan.

Dalam pada itu, Awie memberitahu dia kini mementingkan penjagaan pemakanan bagi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil, saya banyak psiko diri untuk jadi positif. Saya kena jaga kesihatan, kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk kekal fit.

“Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la! Nanti kalau kita sakit dah susahkan isteri pula, jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup, ” ujarnya.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand dan ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.Sebelum itu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun pada tahun 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah, 11, Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Isteri Datuk Awie Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki.

Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mengesahkan isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Isnin lalu.Awie ketika dihubungi Gempak memberitahu isteri dan puteranya itu berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, terima kasih di atas doa semua. Ibu dan bayi kedua-duanya sihat. Terima kasih sekali lagi kepada yang telah memberikan ucapan tahniah dan selamat,” jawabnya ringkas.Terdahulu Awie berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keenamnya itu menerusi laman sosial Facebook.

“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu. Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.Di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat.Awie 53, dan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016.

Dalam pada itu Awie turut mengucapkan syukur filem pertama syarikatnya Rumah Produksi Merah berjudul 10 Tips Tipu Bini diterima ramai.“Rezeki berganda awal tahun. Dua-dua ‘baby’ saya lahir pada bulan Januari 2021. Semoga rezeki saya terus di permudahkan Allah SWT, Insha-Allah.“Sesungguhnya percaturan Allah SWT itu sangat hebat,” katanya.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!