Penat masak tapi lauk mertua buang. Wanita ini luah rasa sebak tidak dihargai.

“Aduh pening kepala betullah buat itu salah, buat ini serba tak kena mak mertua aku nak apa sebenarnya ini?”Sebagai menantu pastinya wanita akan cuba beri yang terbaik kepada mertua, tapi jika kamu menghadapi situasi seperti di dialog ini mungkin kamu perlu perhatikan sikap mertua terhadap diri kamu. Banyak perkara yang perlu dijaga agar hubungan kedua-dua pihak kekal harmoni tanpa menarik muka.

Tapi bagaimana pula sekiranya memiliki ibu mertua yang tidak tahu menghargai titik peluh si menantu perempuan? Itu dirasai oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok yang dikenali sebagai nana.

Wanita tersebut berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang menangis hiba selepas mengetahui ibu mertua sanggup membuang lauk sayur yang dimasaknya di belakang rumah. Menurt nana,selepas mengambil wuduk , dia ternampak kuali kosong dalam singki yang disangka lauk telah habis dijamah. Namun apa yang berlaku disebaliknya ialah apabila dia tergerak hati untuk memeriksa sebelum terjumpa sisa masakannya dengan penuh hampa.

Katanya “Selepas wuduk, aku ternampak kuali ada di singki,bila buka kosong. Lepas tengok di belakang sayur telah dibuang padahal masih banyak lauknya lagi” luahnya.

Nana menyifatkan perbuatan ibu mertuanya adalah satu pembaziran. Ini kerana jika orang tua tersebut ‘tiada selera’ untuk menjamah hasil tangan wanita itu maka dia sendiri boleh menghabiskan makanan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap nana dan meminta dia terus bersabar selain bersyukur dikurniakan mentua yang memahami sepanjang tinggal bersamanya.

Sumber: Tiktok (Deknana222)

5 Tanda Ibu Mertua Mula Tidak Suka Pada Anda. Kepada Bakal Pengantin, Hati-Hati Dengan Ibu Mertua Begini.

Daripada zaman cerita P. Ramlee, watak ibu mertua memang sangat menakutkan. Malah menjadi mimpi ngeri terutama kepada wanita di luar sana. Apabila berkahwin dengan pasangan, kita seperti telah masuk di dalam ahli keluarga mereka juga dan tidak boleh membuat hal sendiri. Mengambil berat tentang ahli keluarga pasangan adalah harus.

Jadi, apakah tanda-tanda bakal ibu mertua atau yang sudah menjadi ibu mertua mula tidak menyukai anda? Jom baca!

1. Ibu mertua menyisih anda daripada family gathering.
Insan mana yang suka disisihkan walaupun mereka single. Lebih terkilan jika kita baru hendak mengenali keluarga mertua, tetapi disisihkan pula. Dari sini lah, anda mencuba untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anda dengan keluarga pasangan. Tetapi apabila anda cuba untuk memulakan perbicaraan, ada sahaja kata anda di potong oleh ibu mertua.

2. Ibu mertua tidak suka keturunan keluarga anda.

Dengan jelingan mata, sudah tahu bahawa ibu mertua tidak suka dengan keturunan keluarga kita. Bukan sahaja tidak suka, malah gemar menghina depan-depan anda. Katanya, lebih elok jika anda tahu bahawa dia tidak menyukai keluarga dan saudara mara anda. Malah, ibu mertua juga seperti tidak gemar dengan cara keluarga anda melayan anak-anak atau cucu. Tidak mengikut tradisi keluarganya, katanya.

3. Ibu mertua tidak puas hati dengan kejayaan anda.

Sebelum berkahwin seperti bermanis muka. “Oh, okay la ada degree, lepas ni mesti dapat kerja bagus kan?”. Anda seperti dapat meyakinkan ibu mertua bahawa anda akan mendapat kerja yang bagus untuk menyara keluarga. Tetapi di sebabkan ekonomi zaman sekarang, anda susah untuk dinaikkan pangkat malah dengan kerja part time pun tidak dapat meyakinkan mereka.

4. Ibu mertua merendahkan diri anda.
Isu yang agak kontroversi.

Situasi 1: Bagi lelaki yang tidak dapat kerja yang bagus untuk menyara anak perempuan kesayangan mereka, ibu mertua akan membandingkan anda dengan anak-anak mereka yang lain.

Situasi 2: Wanita yang tidak dapat melahirkan anak, ibu mertua akan menyuruh pasangan anda untuk berkahwin lain.

5. Ibu mertua gemar menceritakan bekas kekasih hati pasangan anda.

Apabila anda bukan lah calon menantu yang mereka suka, sudah tentu ibu mertua gemar membandingkan anda dengan bekas kekasih pasangan. Ibu mertua seperti tidak berpuas hati, mengapa anak mereka memilih anda daripada bekas kekasih.

Namun sedemikian, kita harus berusaha dan bertawakal pada Allah supaya di kurniakan ibu mertua yang menyayangi kita. Jagalah mereka seperti mana kita menjaga ibu bapa kita. Kelak mereka akan mula menyayangi kita juga.

10 Tanda-Tanda Sebenarnya Mertua Tak Suka Kamu.

  1. Sering Terlupa Nak Masukkan Kamu Dalam Majlis Keluarga: Tiap kali ada majlis keluarga, kamu dapat tahu menerusi adik-beradik suami ataupun adik-beradik ipar kamu dan bukannya dari ibu mertua kamu sendiri.

2 .Tak Berminat Nak Dengar Dan Tahu Apa Hobi Dan Kerjaya Kamu: Bertemu dengan mertua pastinya kamu ingin berkongsi hobi dan perjalanan kerjaya kamu, dengan harapan hubungan kamu berdua jadi rapat.Tapi malangnya, ibu mertua kamu sering buat tahu dan menunjukan sikap yang dirinya tak berminat nak tahu apa hobi dan kerjaya kamu.

3.Tak Ada Gambar Kamu Dan Suami Di Rumah Mertua.:Kamu perasan dalam rumah mertua tiada langsung foto kamu dan suami tergantung di dinding rumah mertua, hatta dalam album gambar keluarga sekalipun.

4.Selalu Buat Tak Tahu Dengan Kamu:Yang ini mesti kamu perasan, tiap kali kamu cuba berborak dengan ibu mertua kamu dia akan cuba buat tak tahu dan berborak dengan orang lain.

5.Ada Cuba Kenalkan Wanita Lain Kepada Suami Kamu:Ini adalah perlakuan yang paling menyakitkan hati, bila mana kamu dapat tahu ibu mertua kamu cuba memperkenalkan wanita lain kepada suami kamu.

6. Sering Bercerita Tentang Bekas Tunang/Teman Wanita Suami Di Hadapan Kamu:Siapa yang nak dengar kisah suami kamu bersama bekas tunang atau bekas teman wanita suami bukan? Tapi ibu mertua kamu sengaja bercerita kisah silam suami di depan kamu, untuk membanding-bandingkan antara kamu dan bekas wanita sebelum ini.

7.Kerap Cuba Memalukan Kamu Secara Terang-Terangan:Mula-mula perkenalan antara kamu dengan mertua, mungkin kamu tak perasan cara ibu mertua cuba memalukan kamu.Tapi setelah kerap sangat ‘eksiden’ seperti ini berlaku di hadapan ramai orang dan secara terang-terangan, kamu dah boleh agak ibu mertua kamu sengaja memalukan kamu.

8. Anak Kamu Juga Sering Jadi Mangsa Mertua:Bukan saja ibu mertua menunjukan rasa tidak suka terhadap diri kamu, malah anak kamu juga terlibat sama dan merasai tempiasnya.

9.Selalu Buat Permohonan Maaf Palsu:Tidak kira di hadapan kamu atau suami kamu sendiri, bila ibu mertua memohon maaf kamu tahu ibu mertua kamu tidak ikhlas dan hanya memberi permohonan maaf palsu.

10. Megkritik Keturunan Kamu: Antara banyak-banyak tanda mertua tidak menyukai diri kamu, ini yang paling kejam dan tidak sepatutnya diucapkan iaitu mencaci keturunan kamu dan keluarga kamu.Walau sedalam mana pun rasa tidak suka atau benci ibu mertua terhadap kamu, isu keturunan tidak sepatutnya terlibat sama.

Jika kamu perhatikan tanda-tanda ini, memang sahlah sebenarnya mertua kamu tidak menyukai diri kamu dan hanya berpura-pura baik di hadapan kamu dan suami kamu sahaja.Kalau macamlah gayanya, kamu cuba berbincang dengan suami dan berjumpa dengan mertua untuk bercakap dari hati ke hati. Tiada siapa mahu keluarga jadi porak-peranda, dek kerana sikap mertua yang cengih seperti itu buka

sumber:Wanista

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.