Pengurus dedah Siti Sarah sempat beri sesuatu ini pada jururawat sebelum ditidurkan. Ini penjelasan dari Pengurusnya.

Penyanyi terkenal Siti Sarah, 37, memilih untuk mengisi hayat hidupnya dengan berkongsi rezeki kepada orang yang dalam kesusahan.

Pindah wang dari akaun peribadi

Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom memberitahu 4rwh Siti Sarah sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan sebelum bergerak ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM). Katanya lagi, dia juga ada meminta pembantunya untuk mengagihkan produk tudung miliknya kepada jururawat yang bertugas di hospital tersebut.

Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini… kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita. Yang terbaharu, sebelum dia memasuki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan. Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya untuk ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu.

Tak ada sebarang sakit

Ketika ditanya sama ada Siti Sarah menghidap sakit serius, Nana menyatakan pelantun lagu Kesetiaan itu seorang yang menjaga pemakanan. Malah katanya, sepanjang tempoh kuarantin di rumah, Siti Sarah berada dalam keadaan sihat namun pada hari kelapan 4rwh mula mengalami batuk.

Dia tak ada sebarang sakit.. dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi. Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okey sahaja dan minta saya jangan risau. Tapi pada hari kelapan, dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk. Dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari lagi untuk potong gelang.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat. Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin

Shuib minta orang ramai untuk hentikan penularan rakaman suara whatsapp keadaan Siti Sarah. Ini penjelasan Shuib.

Pelawak Shuib memohon orang ramai agar berhenti daripada menularkan satu rakaman suara dalam WhatsApp yang menyatakan keadaan isterinya, Siti Sarah sudah tiada harapan untuk hidup. Rakaman suara berkenaan dipercayai milik ibu Shuib, bercakap tentang keadaan kritikal Siti Sarah yang tiada harapan untuk hidup tular sejak pagi tadi. Shuib menerusi InstaStorynya menjelaskan, rakaman suara berkenaan sebenarnya menceritakan tentang keadaan isterinya pada Jumaat lalu, bukannya situasi hari ini.

“Berkenaan rakaman suara yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon, tolong hentikan kongsi atau padam hantaran tersebut dalam mana-mana platform media sosial. Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan. Saya mohon terus mendoakan Sarah diberikan kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan dan menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada Jumaat lalu. Bagaimanapun semalam, Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya yang sedang kritikal dalam Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumber – K! ONLINE

Lepas kongsikan keadaan terkini Siti Sarah Shuib dedahkan nama anak yang dipilih oleh isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. “Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertrng nywa menentang Covid-19. Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang. Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari.

Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti. Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak. “Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Pengurus umumkan Siti Sarah dah selamat bersalin. Tapi apa yang Shuib update buat ramai yang sebak.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu operasi untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi. “Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah teruk

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan teruk. Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan teruk.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini. Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan teruk. “Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak teruk.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertrng nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah “Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu” Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan.

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Kredit : HM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.