MKT UMNO tampil dedahkan perangai buruk UMNO yang bakal jejaskan imej PM. Rupanya ramai yang tak puas hati dengan tindakan ini dan ini yang dia dedahkan.

Para pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak merosakkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengulangi ‘perangai lama’ mereka yang tidak disenangi rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, kunjungan Perdana Menteri ke lokasi banjir di Kedah semalam dengan diiringi ‘segerombolan’ pengikut menunjukkan perangai lama tersebut sudah kembali.

“Di Kedah sampai berpuluh buah kereta ikut Perdana Menteri, dalam kapal terbang lagi. Hendak ikut itu bagus tetapi ini imej lama. Imej ini yang menyebabkan orang marah dengan kita, jadi berpada-pada, boleh pergi tapi tak payah menunjuk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Gambar-gambar sekitar lawatan Ismail Sabri di kawasan dilanda banjir di Kuala Muda dan Yan, Kedah semalam memaparkan beliau diiringi pemimpin UMNO sejak dalam kapal terbang hingga ke lokasi sehingga mengundang kritikan rakyat. Turut dikritik, kewujudan papan iklan gergasi mengalu-alukan kehadiran Ismail Sabri dan ucapan tahniah kepada beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan yang dinaikkan di kawasan bencana.

Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, teguran tersebut bukan kerana beliau cemburu, sebaliknya kerana prihatin dan mahu semua pemimpin dan penyokong UMNO berganding bahu membantu Perdana Menteri membina imej yang baik dan disenangi rakyat.

“Orang akan kata, UMNO berkuasa macam itulah. Itu yang saya tegur sikit, bukan saya jealous, memang kita semua kena meraikan PM, tetapi bukan cara macam itu. Ini kerumun sampai begitu sekali. Jagalah imej Perdana Menteri daripada UMNO ini jika kita hendak bertahan lama,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu. MD. Alwi Che Ahmad bercakap kepada pemberita di luar sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Sumber  – UTUSAN

PM dikritik selepas MP Umno ikut rombongan ke kawasan b4njir

Terdahulu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima kritikan selepas tersebar gambar memaparkan rombongan ahli-ahli parlimen turut serta dalam lawatan rasminya ke daerah dilanda banjir di Kedah semalam. Kritikan turut mempertikaikan papan iklan besar di Kuala Muda – salah satu kawasan dilanda banjir – yang mengalu-alukan lawatan perdana menteri itu.

Ismail Sabri terbang ke Kedah semalam menaiki pesawat kerajaan.

Antara ahli parlimen Umno yang dikatakan turut berada dalam perjalanan itu – seperti dalam gambar tular – ialah Mahdzir Khalid (Padang Terap), Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Hasan Arifin (Rompin) dan Mohd Salim Sharif (Jempol).

Ketua wanita Umno Noraini Ahmad turut dilaporkan antara yang berada bersama Ismail Sabri dalam lawatannya itu. Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Ismail Sabri dan beberapa ahli parlimen yang dikatakan terlibat, untuk mendapatkan maklum balas.

Seperti tiada simpati – AMK

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata lawatan berkenaan semalam seperti tidak mempamerkan rasa empati dan simpati terhadap individu yang terlibat, serta seperti tidak memahami derita dan kesengsaraan individu yang terlibat dalam bencn4.

“Tidak hairan apabila terdapat pandangan warganet di laman media sosial yang menganggap ini sebagai lawatan sambil belajar yang merugikan tanpa menghiraukan kesukaran rakyat. Selain itu apakah keperluan didirikan sebuah billboard besar yang tertera ayat ‘selamat datang dan tahniah YAB Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia ke-9’ di tengah-tengah kawasan bencana? Adakah ini program ‘gimik’ untuk beliau memperkenalkan diri kepada individu-individu bencn4 yang masih menanggung beban musibah bahawa beliau adalah perdana menteri Malaysia yang baharu?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal Nasir

Tambah ahli parlimen Johor Bahru itu, terdapat dkwaan bahawa rombongan Ismail Sabri disertai lebih 50 kenderaan dalam konvoi mereka. Juga katanya, terdapat satu rakaman video yang menunjukkan perdana menteri dan rombongannya gagal mematuhi penjarakan fizikal dengan kehadiran yang sangat ramai.

“Apakah ini contoh yang baik daripada seorang perdana menteri yang sebelum ini ditugaskan menyediakan serta mengumumkan SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan wabak Covid-19?” soalnya. Sebanyak kira-kira 1,000 rumah di Yan dan Kuala Muda terjejas akibat dilanda benc4na banjir. Benc4na itu meng0rbankan sekurang-kurangnya lim.a ny4wa. Sumber : Trending Sangat

Dulu sering dimulakan dengan ayat apa khabar semua dari Muhyiddin Yassin. Tapi kali ni lain pula bila dengan Ismail Sabri.

Siaran langsung ucapan sulung Perdana Menteri yang ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana hari ini. Jika sebelum ini kita selalu dengar ayat yang dikeluarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘Apa Khabar Semua’.

Dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau di luar kerajaan agar mengg3mbleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengenepikan perbezaan. Sehubungan itu, beliau mengajak semua penggubal dasar untuk bersama-sama bersepakat untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=638798497095141

“Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” kata Ismail Sabri dalam ucapan yang disiarkan secara langsung pada Ahad. Ismail Sabri, 61, yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat svmpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Hantaran Terbaru Di Facebook Ismail Sabri

Dalam usaha memulihkan negara kita, saya menyeru agar seluruh Ahli Dewan Rakyat baik di pihak kerajaan mahupun pembngkang untuk bersama-sama meng3mbleng tenaga dan mencari titik persamaan bukan perbezaan demi kesepakatan sebagai satu keluarga, Keluarga Malaysia.

Berasal daripada keluarga petani yang susah, saya menjiwai kesusahan dan keperitan rakyat dalam mencari mata pencarian di waktu sukar ini. Saya akan memastikan agar sistem kesihatan negara kembali stabil agar rakyat tidak lagi terbeban.

Program Imunisasi C0vid 19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung akan terus dirancakkan demi menuju sasaran imuniti kelompok. Kesungguhan para ‘frontliner’ dan kerjasama semua rakyat Malaysia amatlah saya hargai.

Sempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, kerajaan bersetuju untuk pembelian tambahan sebanyak 6 juta dos yang akan diterima menjelang September. Dalam usaha mengembalikan ekonomi rakyat dan menjana ekonomi negara secara menyeluruh, penglibatan anak muda amat diperlukan. Oleh itu, saya akan memastikan suara anak muda didengari dan dikaji secara terperinci.

Bukan itu sahaja, pendekatan kebersamaan yang saya bawa ini juga menjemput kepimpinan pemb.angkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani C0VID19. Inilah masanya kita bermuafakat demi negara tercinta. Saya berikrar menghasilkan yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat kepada pasukan saya tidak dipersiakan. Ke arah tekad yang satu, bekerja bersama rakyat!. Kredit : AS/Astro

Ismail Sabri buat sidang media tergempar bersama ahli parlimen UMNO. Ini antara ahli yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  menghadiri sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 11.30 pagi ini. Perkara itu dimaklumkan sumber kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan bangunan itu mendapati dua kereta yang mempunyai tulisan Menteri dan Timbalan Menteri pada nombor plat pendaftaran. Perkara itu sekali gus menguatkan sidang media itu bakal disertai beberapa anggota Kabinet yang cenderung kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, satu jemputan berkenaan sidang media itu diedarkan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi. Antara bakal menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kepada ahli-ahli parti bahawa mereka yang terlibat dalam sidang media pada Jumaat adalah pemimpin yang setia pada parti.

Ismail Sabri ketuai 31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong PN

Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong. Pendirian itu dinyatakan dalam satu sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen berkenaan, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri bakal dikena tind4kan?

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=856554715291465

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO diketuai Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendkwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal. Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan.

Negara berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19, kemunculan varian baharu

Dalam pada itu Negara kini berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19 dengan kemunculan varian baharu. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Shafiq Abdullah berkata demikian pada sidang media secara maya pagi Jumaat.

Sidang itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Dr Chong dalam taklimatnya berkata trend peningk4tan C0VID-19 kini adalah kes4n kumulatif daripada sesuatu yang berlaku sebulan lepas.

Kata Dr Chong, jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa kerana kadar kebolehjangkitannya yang berbeza. Tambah Dr Chong, negara telah menjalankan 1,668 jujukan genome virus C0VID-19 hingga 22 Julai, kesan 409 jujukan jenis varian yang membimb4ngkan (VOC). Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.