YAB Perdana Menteri jalani kuarantin mulai hari ini. Tidak akan hadir majlis angkat sumpah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19, kata Pejabat Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pada petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Kabinet baharu angkat sumpah hari ini.

PETALING JAYA: Seramai 69 ahli Parlimen akan mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri di Istana Negara pada pukul 2.30 petang hari ini.

Ini selepas barisan Jemaah Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah senarai anggota Kabinet menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lalu.

Secara tradisinya, pelantikan secara rasmi diadakan dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapn Seri Paduka.

Daripada 69 ahli Parlimen, 31 daripada mereka dilantik sebagai menteri manakala 38 lagi dilantik sebagai timbalan menteri, jumlah yang sama ketika kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daripada 31 menteri, 16 daripada mereka mengekalkan jawatan di kementerian yang sama manakala dalam 38 timbalan menteri, 22 daripada mereka kembali memegang jawatan yang sama daripada Kabinet sebelum ini.

Terdapat empat menteri kanan yang akan mengangkat sumpah iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Senator Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah dua muka baharu yang pertama kali dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Selain itu, Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Noh Omar, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid kembali dilantik sebagai menteri Prsekutuan setelah kali terakhir berkhidmat pada 2018.

Berdasarkan komposisi parti dalam Kabinet, 13 menteri daripada Barisan Nasional (BN), 13 Perikatan Nasional (PN) diikuti empat menteri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), seorang menteri Parti Bersatu Sabah (PBS) dan seorang menteri Bebas.

Selebihnya, 19 timbalan menteri adalah anggota PN berbanding 15 timbalan menteri BN dan baki empat lagi anggota GPS. –

Sumber: UTUSAN

Disebabkan ramai yang kecewa dengan keputusan perlantikan kabinet baru kali ini. Ku Li tampil bagi satu cadangan berkenaan gaji menteri.

“Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh Itu sahaja pilihan yang ada”. Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Sebagai menterjemahkan kekecewaannya, Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji mereka berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daipada mereka yang dipilih, kerana ini sahaja pilihan yang ada. Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah (Tan Sri) Muhyiddin,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat pagi, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu yang dilantik akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip  peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat. Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut. sumber:  astroawani

Umum tentang senarai ahli kabinet baru. Ini kata kata Dr Zulkifli bila dapat tahu nama tiada dalam senarai.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan. Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan. Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini. Dalam pada itu menteri Agama telah di ganti dengan Senator Idris Ahmad (PAS) dan Timbalan ialah  Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Mohon maaf jika terkasar bahasa – Zulkifli Mohamad

Meskipun tidak terpilih menganggotai kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Senator Zulkifli Mohamad mendoakan kejayaan buat mereka yang terpilih demi negara tercinta.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan kabinet, khususnya kepada Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan, Ahmad Marzuk Shaary selaku timbalan menteri.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat persekutuan di bawah menteri di jabatan perdana menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja. “Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut senarai kabinet baru mengikut parti politik:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub. Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu). Timbalan: Lim Ban Hong (MCA). Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno). Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu). Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu). Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Agama – Senator Idris Ahmad (PAS). Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS). Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS). Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi – Mustapa Mohamed (Bersatu). Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu). Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili. Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS). Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu). Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin (Bersatu). Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu). Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno). Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS).

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA). Timbalan: Henry Sum Agong (GPS) Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu). Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu). Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS). Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu).

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu). Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS). Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno). Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno). Menteri Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS). Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu) Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS). Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu). Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu).

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu). Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno). Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno). Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno). Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan. Timbalan: Ali Biju (Bersatu). Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid. Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican (Umno). Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno). Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS). Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu). Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique. Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)

Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu). Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator). Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC). Timbalan: Awang Hashim (PAS).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.