Perlis benarkan solat sunat aidiladha di kawasan ini. Siap sediakan sampai 2 sesi solat dan ini syaratnya.

Sedar tak sedar, dalam tempoh seminggu lebih lagi kita bakal meraikan Hari Raya Aidiladha untuk tahun ini. Walaupun tiada jemaah haji yang negara kita hantar untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 di Tanah Suci Mekah, kita boleh meraikannya dengan ibadah korban di sini. Tatkala kita masih dalam tempoh pandemik, SOP untuk mana-mana perayaan mestilah dipatuhi. Terkini, Perlis mengumumkan akan membenarkan Solat Sunat Aidiladha diadakan di tanah yang lapang.