Ismail Sabri baru je beberapa hari masuk pejabat sebagai TPM. Sekali ini pesanan dari Saifuddin.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, perlu menasihati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) supaya henti berpolitik, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin berkata kerajaan PN berkuasa penuh untuk membuat dasar bagi menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi sejak darurat diisytiharkan pada Januari lalu. Pun begitu, katanya, beberapa tindakan yang diambil kerajaan tiada kaitan dengan langkah membendung Covid-19.

“TPM berpesan usah berpolitik, tumpu lawan Covid. (Tetapi) Umno tarik sokongan (terhadap Muhyiddin) tak ada kena mengena law4n Covid. PM lantik Ismail jadi TPM tak ada kaitan lawan Covid. Bahkan sekelumit pun tak ada faedah kepada rakyat. Ini hanya langkah PM nak selamatkan diri bukan selamatkan rakyat. Pesan saya kepada TPM: halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN dan seangkatan,” kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Baharu dalam satu kenyataan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai lalu mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan menuntutnya meletakkan jawatan serta-merta. Umno pada masa ini mempunyai 38 ahli parlimen tetapi sebilangan besar mereka tidak bersetuju penyingkiran Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu. Beberapa jam sebelum sokongan Umno itu ditarik balik, Muhyiddin menaikkan pangkat Ismail Sabri, yang merupakan naib presiden Umno daripada menteri kanan kepada timbalan perdana menteri. Saifuddin berkata, kerajaan PN mempunyai lebih setengah tahun untuk memerangi wabak Covid-19 dengan memiliki kuasa yang luas apabila parlimen digantung.

“Parlimen tutup. Tiada lagi semak imbang. Dalam tempoh ini kerajaan boleh buat undang-undang tanpa perlu parlimen. Kerajaan boleh berbelanja tanpa perlu parlimen. Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara boleh buat apa sahaja. Rakyat hanya terima,” jelasnya.

Begitupun katanya, kes postif harian Covid-19 dan kehilangan akibat wabak itu terus meningkat. “Ekonomi terus melemah. Rakyat hilang kerja, hilang pendapatan. Anak-anak sekolah kelam-kabut dengan PdPR. Kes bahayakan diri makin meningkat,” tambahnya.

Semalam, Ismail menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat wabak Covid-19. “Sekarang ini fokus kita mestilah membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang Covid-19 ini perlu juga disokong oleh semua,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mula tugas TPM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan. Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Menerusi laman Facebook beliau, Ismail Sabri melahirkan rasa syukur atas pelantikan tersebut dan menyifatkan jawatan yang disandang itu sebagai amanah yang lebih besar. “Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai. Insya-ALLAH, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Ahli Parlimen Bera dan Naib Presiden UMNO itu.

Pasar pasar malam minggu dan pasar tani akan dibenarkan dengan mengikut syarat ini. Sekali ada lagi yang bakal dibenarkan oleh kerajaan bermula Fasa Tiga PKP.

Aktiviti makan di restoran (dine-in) hanya dibenarkan pada Fasa Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah pula dibenarkan pada Fasa Tiga manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.