PKPD bakal dilaksanakan di kawasan ini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah akan berkuatkuasa 12.01 malam ini, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.

• Merangkumi 3 daripada 5 kawasan di Aman Jaya (Kenanga, Melur dan Mawar) yang melibatkan kawasan perumahan.
• Melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (daripada jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.
• Kes positif dalam kalangan (1 Petugas hospital swasta, 6 murid dan guru sekolah (kes pada 24 Ogos 2020.)
• Melibatkan 22,360 orang, saringan 25,000 orang.
• Sekolah/taska, masjid/rumah ibadat ditutup, pembelian makanan secara ‘take away’, kedai runcit dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi. Pasar malam/tani dan perkhidmatan yang tidak utama tidak dibenarkan, manakala pasar harian dibenarkan.
• 1 orang sahaja dibenarkan sebagai wakil rumah untuk membeli barangan keperluan.
• Pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
• Sekatan jalan raya akan dilaksanakan oleh PDRM/ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
• PDRM memohon SOP PKPD diberikan dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan di lapangan.

– Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob –