Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.