Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Disebabkan rakam aktiviti hulur bantuan kepada golongan ini. Kini Alha Alfa dikritik teruk.

Alha memberikan buah pisang kepada seorang Orang Kurang Upaya. Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya  dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang warganet di laman sosial. Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

Warganet kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada orang kurang upaya.