Putera Sulung Didedahkan Dayah Bakar Sendiri Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran

Kisah perjuangan pengacara televisyen Dayah Bakar yang mengharungi proses kehamilan tanpa kehadiran suami disisi kerana tugas membuatkan ramai warganet terharu.

Walaupun terlihat ceria, namun jauh disudut hatinya pasti sayu kerana momen bermakna tersebut tidak dapat dirasai bersama suami yang jauh beribu kilometer di Australia kerana tuntutan tugas.

Dedah nama anak lepas 7 hari bersalin

Selamat bersalin anak sulung mereka pada 17 Ogos 2020 yang lalu, Dayah telah memaklumkan bahawa bayi lelakinya sihat dan memaklumkan nama bagi putera sulung itu selepas 7 hari

kelahiran.

Muat naik gambar putera sulung

Hampir dua minggu menjalani proses berpantang, Dayah akhirnya berkesempatan mendedahkan wajah anak tersayang, Achbar Muhammad Fahri di Instagramnya semalam.

Dalam muat naiknya itu, pengacara tersebut telah menitipkan nukilan khas buat puteranya dengan mendoakan agar pahlawan kecil itu membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti buat agama dan negara.

“Semoga pahlawan kecilku membesar dengar sihat dan kuat , menjadi anak yang soleh , berjiwa besar, merendah diri , dan sentiasa melakukan kebaikan dan berbakti pada agama dan negara.”

Dalam pada itu juga, Dayah sempat berharap agar dia dan suami mampu menjadi seorang ibu serta bapa yang terbaik buat anaknya nanti.

“Kehadiranmu mengalihkan dunia Baba & Ibu. Semoga kami juga sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untukmu wahai anak.”

Sehubungan dengan muat naik gambar putera sulungnya, rata-rata warganet telah membajiri Instagram Dayah Bakar dengan meninggalkan komen memuji kecomelan Achbar Muhammad Fahri.

Disamping itu, doa agar si comel itu terus membesar dengan menjadi anak yang soleh dan membanggakan orang tua turut dititipkan oleh warganet.

Anak yang berjuang bersama ibu

Anugerah yang terindah

Selamat hari lahir Dayah

Mereka juga sempat mengucapkan selamat hari lahir buat Dayah yang kebetulan menyambut hari lahirnya pada hari ini dan telah di muat naik kembali di IG story pengacara itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Bawang

Sumber: Dayah Bakar

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.