Kenali Puteri Bongsu Negeri Terengganu, YAM Tengku Puteri Daulath Cantik Seperti Bondanya

Jarang mendapat perhatian media, siapa sangka puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman ternyata cantik sepeti bondanya. Pada 19 April yang lalu, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-19.

Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Untuk info, Tengku Puteri Daulath merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin  dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Mari lihat beberapa foto Tengku Puteri Daulath yang diambil dari instagram @terengganu_royalfamily.

Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Kecantikan Tengku Puteri Daulath sememangnya mirip bondanya Sultanah Nur Zahirah sewaktu muda.

Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Pada tahun 2019 Tengku Puteri Daulath dikurniakan gelaran dan darjah kemuliaan daripada Sultan Terengganu.

Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Tengku Puteri Daulath mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23 dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.

Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Mungkin ramai tak tahu, pelakon Nafiz Muaz telah menjadi bapa saudara kepada Tengku Puteri Daulath. Ini kerana  Adinda Bongsu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu, Nur Diyana Mariam berkahwin dengan pelakon berusia 22 tahun itu pada 2 Januari 2021 yang lalu.

Foto: Instagram @synchronizestudio
Foto: Instagram @terengganu_royalfamily

Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja yang ke-19. Menjunjung kasih.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Bawang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: