Raissuddin mula luahkan sesuatu bersama media sebaik sahaja selesai tahlil. Dia akui sampai rasakan dunia ini begitu sepi buatnya.

‘Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya’. Selepas lebih sehari, itulah buat pertama kalinya, bapa kandung kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah membuka mulut berkongsi kedukaan kepada umum atas kehilangan puteri kesayangannya yang telah pergi buat selamanya pagi Isnin lalu. Raissuddin yang juga penyanyi popular sekitar tahun 1980-an itu juga mengakui hilang kata-kata saat mula-mula diberitahu menantunya, Shuib tentang kehilangan Siti Sarah.

“Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada, saya tidak tahu nak berkata apa. Saat itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya. Saya harap tuan-tuan lebih faham perasaan saya. Kalau diminta komen, saya tak tahu macam mana nak jawab.  Kalau dulu-dulu, sewaktu bersama dengan Sarah menyertai mana-mana pertandingan, apa sahaja pertanyaan wartawan, mudah untuk saya jawab. Tetapi yang ini, memang payah. Cuma yang saya harapkan, doakan Sarah agar tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang dan dia takkan kembali lagi,” jelasnya yang masih kurang sihat selepas turut dijangkiti Covid-19.

Sebagai seorang bapa, Raissuddin turut menyifatkan pemergian Siti Sarah yang juga ibu kepada empat orang cucunya itu ketentuan Ilahi. “Sebenarnya apa yang berlaku, apa yang terjadi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita bukan rancangan siapa-siapa. Ini yang dikatakan takdir, ini yang dikatakan ketentuan, ini yang dikatakan nasib. Tiga perkara, bunyinya berbeza. Apabila berlaku, saya tak tahu nak kata apa-apa,” katanya dengan suara bergetar.

Ditanya tentang kasih sayang semua yang rata-rata begitu terkesan dengan pemergian anak keduanya itu, dari kaca mata seorang bapa, Sarah disifarkan sebagai seorang yang sangat taat kepada orang tua.

“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah dan melawan cakap saya. Allahyarhamah juga seorang yang manja dengan saya. Banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya. Sebelum berkahwin, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Kami banyak bersama sampailah saya lepaskan dia untuk dijaga oleh Shuib. Sehari sebelum dia pergi ke hospital, semasa saya sedang baring di atas sofa, dia datang pegang tangan saya. Kami berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” ujarnya dalam nada beremosi,” cerita Raissuddin selepas bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahyarhamah Siti Sarah yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Majlis yang turut disertai Shuib bersama lebih 600 kenalan termasuk selebriti dan kenalan Allahyhamah Siti Sarah itu turut diserikan dengan kemunculan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Sumber – K! ONLINE

 

Lepas pemergian Siti Sarah Nurse kongsikan permintaan terakhir dia buat ramai yang sebak.

Pemergian penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah Raisuddin disifatkan sebagai pemergian yang dicemburui oleh semua umah Islam. Pemergian yang Husnul Khotimah itu adalah dambaan setiap umat islam yang beriman dan bertaqwa padaNya.

Terkini, jururawat yang bertugas menjaga Siti Sarah membongkarkan, rupanya permintaan yang terakhir kali adalah supaya membantu beliau mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh, sebelum beliau semakin teruk dan ditidurkan di wad tersebut.

Selain itu, jururawat bertugas turut berkongsi, beliau diminta untuk mengikat rambut beliau kerana Sarah merasa tidak selesa kelihatan selekeh. Permintaan tersebut ditunaikan penuh dedikasi memandangkan Sarah seorang yang sangat baik hati. Tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang membantunya.

Tambah jururawat yang bernama gelaran Missylia itu juga, Siti Sarah selalu bertanyakan bacaan paras oksigen beliau. Bila jururawat memberikan bacaan oksigen beliau, Sarah kelihatan begitu gembira. Pernah juga beliau menukarkan baju Sarah yang terkena cairan merah disebabkan “branula” yang “leaking”.

Warganet juga turut menyuarakan soalan apakah Sarah sempat melihat anaknya yang baru dilahirkan secara emergency c-section, namun menurut jururawat yang bertugas tersebut, dia merasakan bahawa Sarah tak sempat pun menatap bayinya, kerana beliau di “intubate” masa operasi c-section tersebut.

Sayu hati. Mengingatkan si kecil yang belum pun sempat membuka mata untuk melihat ibu tercinta yang bertrng nywa melahirkannya ke dunia, namun si ibu sudah pun dijemput Illahi. Semoga bayi lelaki arw4h membesar dengan sihat. Dan kepada suaminya Syuib juga, diharapkan tabah dalam mengharungi setiap dugaan.

komen warganet:

Sumber: Tiktok via Catatan Terakhir

Shuib dedahkan ada sesuatu yang jururawat pesan pada dia sebelum buat live.

Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dijangkiti C0vid 19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti v.irus berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu pergi menghadap illahi Jumaat lepas. “Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah snjta paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berblah gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid 19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini. Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung Live petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin. Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik. “Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital. Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid 19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan. “Saya ingat lagi, ketika dalam ambulan sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri. “Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid 19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid 19.

Jelaskan Pada Anak Anak Ibu Sudah Tiada

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini juga berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.

“Ketika Sarah pergimenghadap illahi, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu. “Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya. Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini. “Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada. “Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat. “Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya. Kredit : Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.