Tular rakaman ahli parlimen dedah perbualan dengan Agong. Siap nyatakan lagi sokongannya pada siapa.

Umum mengetahui bahawa di sebalik situasi pandemik ini, kita sedang berdepan dengan kemelut politik yang melanda negara ini. Perkara ini meruncing apabila perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Jemaah Menteri yang lain pada Isnin lalu. Sehingga kini, persoalan tentang siapa yang akan menerajui kerajaan masih menjadi tanda tanya oleh seluruh rakyat.

Kumpul undi majoriti

Sejak beberapa hari ini, beberapa buah nama telah disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 dan nama Ahli Parlimen Bera, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah dicalonkan oleh UMNO untuk mengisi kekosongan tersebut lapor The Star. Menurut sumber juga, pihak pembangkang telah mencalonkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut, dan hingga kini pengumpulan undian majoriti oleh Ahli Parlimen yang lain sedang dilakukan untuk menentukan siapa akan mengetuai kerajaan yang baru.

Dedah perbualan dengan agong

Walau bagaimanapun, tindakan seorang Ahli Parlimen baru-baru ini yang mendedahkan perbualannya menerusi panggilan telefon bersama Yang di-Pertuan Agong telah mendapat perhatian ramai. Menerusi klip video yang viral berdurasi 1 minit lebih itu, beliau dilihat sedang berbual dengan baginda Agong untuk menyatakan sokongannya pada ahli parlimen yang dipercayai untuk mengemudi kerajaan. Lalu dengan jelas dan rela hati, beliau menyatakan sokongannya terhadap Dato Sri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri yang baru.

“Kenapa sampai call siap loudspeaker?”

Hasil tinjauan di ruangan komen posting seorang warganet di Twitter, ramai yang seakan mengkritik tindakan Ahli Parlimen tersebut kerana seolah-olah tidak menghormati titah Tuanku.

Reak Ahli Parlimen Telefon Ydpa 3 Edit

Harap semoga cepat urusan ni diselesaikan, supaya kerajaan baru meneruskan usaha untuk melandaikan penularan wabak Covid-19 ni. Stay safe semua! Sumber : Lobak Merah

Pm baru je letak jawatan sekali tiba tiba Najib Razak nak saman Muhyiddin Yassin. Terkejut rupanya ini punca.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa menghina mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerusi peguamnya akan menfailkan saman berkenaan ekoran dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

Najib berkata, Muhyiddin sebaliknya lupa siapa yang bersikap seperti itu dengan sanggup menkm belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkhianat gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tidak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?

“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen? Ini bukan rakus kuasakah?,” soal Najib dalam hantaran di Facebooknya malam ini. Siang tadi, Wan Saiful berkata, Muhyiddin sejak awal lagi.

mendambakan kestabilan politik supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik Covid-19 namun keadaan bertukar malang disebabkan ada pihak tertentu yang rakus dan berniat untuk merosakkan kestabilan yang dikecapi.

4 Ogos lalu pula, Muhyiddin mendakwa menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan namun menegaskan, tidak melayan tuntutan itu dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sumpah jawatannya.

Untuk rekod, beberapa ahli Parlimen dari UMNO ada yang berdepan tindakan mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut berdepan kes mahkamah dan masih dalam perbicaraan.

Bagaimana, Muhyiddin tidak menyebut secara khusus berkenaan pihak yang dikatakan menekan beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan sesiapa yang terlibat dalam dalam kes mahkamah.

WAN SAIFUL WAN JAN

Wan Saiful pula dalam kenyataan Facebooknya sebelum ini mendakwa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kesnya di mahkamah manakala Najib pula didakwa pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuannya.

Mengulas lanjut, tambah Najib, Muhyiddin mendakwa jalan paling mudah untuk beliau mengekalkan kuasa ialah bersubahat dengan golongan kleptokrat’ tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Sedangkan, kata Najib, Muhyiddin lupa golongan itu jugalah tempat beliau meminta untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Langkah Sheraton, Mac tahun lalu.

“Tidak cukup dengan itu, beliau kata dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad). “Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014 untuk menumbangkan saya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri – jauh sebelum isu 1MDB lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bukan seorang yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas jauh sekali bermain propaganda kerana ia dilakukan melalui pembuktian, kebenaran, sains dan data.

Beliau juga mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan polis bahawa terdapat pihak yang ‘mengarahnya’ menganggu kes-kes utama namun tidak berani. “Sampai kita perlu buat untuk kamu (seperti lampiran). Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada,” katanya.

Semalam Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Ini luahan Najib Razak buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.

Berikut reaksi dari Bossku

“Hujan mencurah ke bumi. “Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti. “Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi. “Selepas derita, pasti ada kebahagiaan. “Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua. “InsyaAllah.

“Ada pihak rakus rebut kuasa…” – Muhyiddin reda berdepan hari terakhir sebagai PM

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan hingga ke saat akhir untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sekurang-kurangnya sehingga selesai tugas menguruskan pandemik, program vaksinasi dan pemulihan ekonomi negara, namun tidak berhasil.

Beliau berkata demikian selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan kehilangan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil disebabkan ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya,” katanya pada perutusan khas, petang Isnin.

Muhyididn yang juga yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, enam tahun lalu beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana mempertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah SWT mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik.

“Saya boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip saya untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi itu bukan pilihan saya.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” katanya,

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini selaras Perkara 40 (2)(a) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Beliau turut memberitahu bahawa baginda berkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.Terdahulu, Muhyiddin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada tengah hari Isnin.

Pagi Isnin, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri, selepas dipercayai hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini menarik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, namun sebahagian Ahli Parlimen Umno bertegas supaya kerjasama Umno-PN dikekalkan, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan untuk PIlihan Raya Umum (PRU) ke-15.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.