Tular rakaman audio Tajuddin yang persoalkan pendirian partinya. Sekali tak pasal pasal beliau digugurkan sebagai pengarah pilihan raya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan pendirian partinya terhadap pelantikan naib presiden mereka Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri. Tajuddin didkwa berkata demikian dalam klip audio yang dikatakan dirakam semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dimuat naik di Facebook oleh Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.

Sumber Umno mengesahkan bahawa rakaman yang dimuat naik oleh Annuar adalah asli. Tajuddin, dalam rakaman itu, mempersoalkan kenapa ahli MKT Umno tidak mengucapkan tahniah kepada Ismail berhubung pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri. Tajuddin berkata pemimpin Umno tidak boleh menganggap bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan Muhyiddin.

“Kerajaan sekarang bukan kerajaan Muhyiddin, entah-entah kerajaan Ismail Sabri. Kerajaan Ismail Sabri ‘look’ biar dia buat kerja, ‘we deliver’ saya ingat Muhyiddin pun akan memberikan tugas lebih banyak kepada Ismail Sabri. Dan ini masa Ismail Sabri nak tunjukkan Umno ini yang menguasai kerajaan, yang membela rakyat, yang membela parti,” katanya lagi.

Tajuddin, dalam klip video itu juga menolak keputusan Umno untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana masa tidak sesuai. Menurutnya, penarikan sokongan Umno ketika ini tidak memberi jaminan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang.

Sebaliknya kata pengarah pilihan raya Umno itu, PN mungkin boleh bekerjasama dengan DAP bagi mempertahankan kerajaan yang ada kini. Tajuddin juga berkata, semua pemimpin tertinggi parti tidak sama sekali ingin mengenepikan keputusan yang dibuat parti dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang lalu.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=189205356495287

PAU sebelum ini memutuskan untuk menyerahkan kepada presiden Umno dan MKT parti untuk menetapkan tarikh mereka menarik sokongan kepada PN.

‘Saya tak ada masalah dengan presiden, tapi kalau dia ada tak tahulah’

Walaupun disingkirkan secara tiba-tiba daripada jawatan penting parti, Tajuddin Abdul Rahman, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Zahid Hamidi. Malah Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata dia menerima keputusan dibuat presiden Umno itu dengan hati terbuka. Pun begitu dia tidak dapat memastikan jika penyingkiran itu disebabkan presiden Umno terbabit ada masalah dengannya.

“Saya tak ada masalah dengan presiden, (tapi) kalau presiden ada masalah dengan saya, tak tahulah. Kalau nak tahu, kena tanya presidenlah,” katanya. Tajuddin yang akhir-akhir ini bersikap teruk terhadap Ahmad Zahid hari ini diketepikan daripada jawatan pengarah pilihan raya Umno Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Tempatnya diganti Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Semasa mengumumkan pertukaran jawatan itu Ahmad Zahid berkata penyusunan semula struktur parti dibuat bagi mengukuhkan parti di semua peringkat. Tak rugi apa-apa. Kata Tajuddin dia yakin Mohamad dapat menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya dengan baik bagi membolehkan jentera parti bergerak dengan berkesan.

“Saya tak ada rasa nak marah atau geram, saya happy saja. Saya ada banyak kerja lain nak buat. (Apabila) ambil balik tugas, saya lega,” katanya. Ditanya sama ada pemecatannya sebagai pengarah pilihan raya dibuat selepas audio mengenainya tersebar semalam, Tajuddin menafikan ia ada kaitan sebaliknya menganggap ia sekadar satu kebetulan. “Jangan sangka yang bukan-bukan,” katanya lagi.

Semalam tular satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Tajuddin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno membantah keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Dalam rakam audio yang tular itu, Tajuddin memberitahu sekarang bukan masa sesuai untuk Umno menarik sokongan dan dia risau keputusan itu akan merosakkan parti.

Tajuddin juga berkata Umno berada dalam keadaan tidak bersedia jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang. Menurut Tajuddin sepanjang tempoh memegang jawatan pengarah pilihan raya Umno Malaysia, dia memberikan khidmatnya secara ikhlas demi parti.

“Saya tak kisah pun (disingkirkan), saya tak rugi apa-apa. Saya berkhidmat ikhlas kerana parti. Saya buat kerja sebelum ini pun guna duit sendiri, saya buat himpunan penyatuan ummah pun guna duit sendiri, saya berk0rb4n demi parti. Tok Mat (Mohamad) dah ambil alih, baguslah. Dia timbalan presiden tak ada masalah, harap dia boleh bantu jentera,” katanya lagi

sumber: mkini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.