Ramai yang terpegun dengan rakaman cara Che Ta belah buah durian. Siap mengaku sesuatu ini lagi.

Pelakon Rozita Che Wan mencvri tumpuan ramai apabila handal mengopek buah durian dengan bersahaja dan tanpa menggunakan sebarang kain alas. Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dialah yang paling ‘jantan’ dalam hal mengopek buah durian berbanding kaum lelaki yang ada di dalam rumahnya.

Video :https://www.instagram.com/p/CSLSvQ-FDvV/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Menerusi laman sosial Instagram, Che Ta berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksinya mengopek buah durian dengan sangat mudah dan cepat. “Siapa hantu durian macam kami? Pantang nampak terus nak rasa. Hampa jangan ingat kami tak reti kupas buah durian tau. Kat rumah ni kami paling jantan daripada jantan-jantan yang ada ni,” tulisnya di ruangan kapsyen. Pada perkongsian berdurasi 21 saat itu, Che Ta mengopek sebuah durian kampung dengan mudah menggunakan sebilah pisau tanpa bantuan sarung tangan ataupun kain alas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya kagum dan tidak menyangka cara Che Ta handal mengopek buah durian memandangkan dia sering memaparkan imej yang sentiasa elegan dan ayu. “Dia pegang durian tu macam pegang rantai emas. Buat biasa je macam PRO,” komen seorang wargamaya. “Che Ta belah durian macam kupas nyior ja haha,” kata seorang wargamaya.
“Sempoi Che Ta. Takdak terkemut-kemut nak bukak. Pegang durian pun tak pakai kain, memang sempoi,” puji seorang wargamaya. “Serba boleh hampa. Pandai jahit, pandai masak, pandai OOTD, pandai kopek buah durian,” tulis seorang wargamaya.
“Masyallah boleh pulak bukak durian pakai parang macam tu je. Serba boleh noo, kalau mai kat cek, habis calaq sana sini,” ujar seorang wargamaya. “Selalu tengok Che Ta mendiva ja. Sekarang baru tau Che Ta lagu mana. Terbaiklah Che Ta. Melawa pun melawa, tapi tang lain pun pro jugak,” kata seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada wargamaya. Sumber : Gempak

 

Sebelum ni tular kritikan dari Chef Wan soal busana kontinjen tersebut. Tapi kali ni Che Ta pula yang tampil suarakan pendapatnya.

Sejak semalam, ramai yang menyuarakan pendapat dan melemparkan kritikan terhadap rekaan pakaian perbarisan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 kelmarin. Tidak ketinggalan, pelakon popular Rozita Abu Bakar, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut mempersoalkan busana yang dipakai kontinjen negara tersebut.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut? Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory semalam.

Sehingga kini, masih ramai yang memperdebatkan rekaan dan corak pada busana tersebut. Ada juga yang menyamakan rekaan tersebut sama seperti warna dengan watak anime robot Jepun terkenal, Gundam. Semalam, turut melaporkan cef selebriti terkenal, Cef Wan turut menyamakan busana berkonsepkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan paduan warna kuning dan merah.

Difahamkan, pakaian kontinjen negara hasil rekaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu bertemakan bertemakan Laksamana Hang Tuah manakala warnanya pula diinspirasikan daripada empat warna Jalur Gemilang. Sumber – K! ONLINE

Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo. Sekali ini penjelasan Chef Wan yang buat dia rasa tak puas hati.

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan panduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya. Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah. Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya. Di sebalik ‘hentm4nnya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi membrv pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara. Sangat berbangga dengan pencapaian dan peng0rbn4n mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah. Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying. Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Sumber – K! ONLINE

Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan. Sumber : hmetro

Disebabkan rakam aktiviti hulur bantuan kepada golongan ini. Kini Alha Alfa dikritik teruk.

Alha memberikan buah pisang kepada seorang Orang Kurang Upaya. Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya  dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang warganet di laman sosial. Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.