Bukan Sorang Tapi Dah Banyak Laki Yang Gadis Ni Layan. Semua Laki Bagi Duit Kat Dia Semata Mata Dapat Tidur Sekali. Satu Hari Mak Ayah Dia Suruh Kahwin. Terkejut Dia Bila Dapat Tahu Perangai Bakal Suami Dia Macam Ni.

Salam semua pembaca, Cerite ni saya pendam dah hampir 13 tahun. Tiada siapa yang tahu termasuk suami sendiri. saya bukan nak bukak aib sndiri. Tapi saya kene luahkan juga. mungkin dengan meluah dan menulis tanpa orang kenal siapa saya. boleh meringan sikit rasa sakit dan bersalah di hati saya huhuhu.

Biarlah saya perkenalkan diri saya dulu… Saya seorang isteri yang bekerjaya. umur 35 tahun dan seorang ibu pada 2 orang anak pompuan yang comel2 dan sangat cerdik. berkahwinn 10 tahun dulu dengan seorang lelaki pilihan famly. yang bagi saya sangat2 tidak sepadan dan sekufu dengan saya.. Nape saya kate tidak sepadan? Sebab dia seorang lelaki yang sangat baik, penyabar, bertanggung jawab dan penyayang pada isteri dan anak2.

kami sangat2 bahagia, dan boleh di katakan dalam kalangan adik bradik saya. saya lah pasangan yang paling romantik dan bahgia. Bukan nak memuji Alhamdulilah saya di kurniakan Allah rupa paras yang cantik ,menawan dan sifat semulajadi manja dan comel. tapii malangnya sayalah manusia yang tak pandai menghargai kecantikan yang Allah kurniakan.

Kisahnya.. di alam remaja saya, bermula saya tamat study di sebuah Universiti. saya tersilap langkah. saya meggunakan kecantikan rupa paras ni untuk menggoda mane2 lelaki kaya yang saya nak waktu tu dunia ni syurga buat saya. hidup saya sangat2 mewah. di kelilinggi lelaki2 kaya yang silih berganti.. makan pakai saya semua mewah. ckp ape saya. semua saya dapat.

tapi saya kehilangan sesuatu yang sangat2 berharga, iaitu maruah diri saya. Ya Allah, bila saya kenang balik. saya rasa malu dan berdosa sangat2. betapa bongoknya saya dulu. hanyut dalam kenikmatan dunia. hanyut dlaam dosa besar. bukan seorang. bukan 2 orang.

tapi seingat saya 5 orang. smua lelaki2 kaya termasuk suami2 orang yang pertaruhkan wang yang ribu2 untuk mendapatkan perawan saya untuk dapatkan layanan saya Ya Allah berdosa sgguh rasa tapi saat tu langsung saya tak rasa berdosa rasa bahgia dan indah sangat2.

Sampai la 1 saat. orang tua kat kampung suruh cepat2 kawen sebab dah ada 2 hingga 3 orang datang bertanya nak meminang..orang tua saya termasuk adik beradik memang tak tahu siapa saya sbnarnya. Dari luaran memang orang tak percaya. dengan lemah lembut saya.

Dengan bertudung litup. dengan cantik saya. beradab saya, yang saya pernah terlanjur sejauh ituuu. memang sampai bila bila balik pun orang te gok saya ni macam perempuan melayu terakhir. huhuhu semua tertipu dengan luaran saya.

Ok berbalik pada ibu ayah saya suruh kawin tu. jadi saya pun tiada pilihan. saya terpaksa akur. sebab lelaki2 yang pernah meniduri saya tu. bukan diorang tak nak jadikan saya isteri yang sah. Dia orang nak. tapi saya yang tak nak sebab saya selalu berdoa selepas solat.

Walaupun saya ni jhat. tiap kali solat saya selalu doa ni. ” Ya Allah….aku ni pompuan yang kotor. yang jijik. yang dah tak suci. Tapi aku mohon padaMu Ya Allah….temukan lah aku dengan lelaki yang baik. yang beriman. yang dapat membimbing aku ke jalan yang lurus. aku betui2 nak nak jdi isteri yang baik nanti.

Itulah doa yang selalu saya baca tiap kali solat dan Alhamdulilah Allah makbulkan.. dan saya rasa malu sangat2 dengan Allah walaupun saya dah bertaubat nasuha.. Bukan saja Allah bagi saya seorang suami yang baik dan beriman. tapi anak2 yang sangat2 baik. Cerdik dan minat pada agama. tak seperti ibunyea dulu huhuhhu..

Tapi yang menjadi saya di hambat rasa bersalah sampai saat ni ialah. suami saya sampai sekarang dia tak tau pun. siapa saya yang sebenanya. bagi dia saya adalah seorang isteri yang baik dan taat pada dia sebagai somi. Dan seorang ibu yang sangat2 penyayang dan prihatin pada anak2. Yang menjdi masalahnya sekaramg smpai saat ni. saya rasa berdosa dan bersalah pada somi sebab dapat isteri yang dah tak suci macam saya huuhuh.

Pernah hari tu. Ada la cite pasal dara2 ni semua tiba2 dia cakap. “Kaluu abang. kalau boleh abang tak nak kawen dengn pompuan yang dah tak ade dara. walauuu cantik macam mana pun. sebab abang jaga teruna abang jadi mestilah abang nak yang ada dara tapi kalau dah jodoh terima jelah janji dia btaubat.

Saya terkejutt sangat2 dia cakap camtu. Rasa nak berterus terang je tapi memang tak mungkin. sebab saya sayangkan dia. Sayang sayangkan keluaga saya. saya tak nak kehilangan dia dan anak2 yang sangat2 rapat dengan saya…

Tapi dalam masa yang sama. Saya rase besalah dan berdosa sangatt2. betapa bongoknya dan murahanye saya dulu. rase nak je di putarkan masa ni kembali huhuh. Jadi saya nak tnya. Ape yang perlu saya buat. sebab seorang isteri yang pernah ada kisah macam ni. perlu ke saya ceritakan pada suami. kalau tak cerita. saya rasa bersalahhh sangat2. andaii cite saya mungkin kehilangan dia tidak pun. hati dia kecewa dan tawar hati dengan saya dan mungkin dia rase menyesal.

Tiap kali pandang wajah anak2 pompuan saya saya selalu sayu. Rase bersalah. tapii dalam hatii saya selalu nekad untuk jaga elok2 maruah diri anak2 dara saya. jangan dia jadi seperti saya ibunyer huhuhu. Sebenarnyer ape yang patut saya buat. saya betuii2 dah insaf. perlu ke berterus terang dengan suami?

Artikel lain : Gadis Ini Geram Tengok Suami Orang Hensem Sangat. Selalu Datang Ke Kedai Makan Dia. Akhirnya Gadis Ini Tekad Nak Goda Suami Orang Itu. Tapi Cara Dia Sangat Mengejutkan Dan Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Asalamualaikum .. semasa saya berumur 24 tahun, saya jenis yang ramah dan suka bergaul, saya juga akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yang saya mahu.. saya juga serius cantik, putih gebu, tinggi ala2 model, dan ramai lelaki yang ingin mendekati saya, dengan berbekalkan plajaran dan segulung degre yang saya ada.

saya ditawarkan bekerja sebagai pegawai kerajaan, Alhamdulillah juga, bisnes restoran saya semakin maju, saya mampu mengupah beberapa orang pekerja untuk membantu saya kerana saya juga sibuk bekerja,, Kisah bermula apabila saya bercuti kerja selama sebulan, saya mengabiskan masa yang ada untuk restoran saya, saya melayan pelangan saya, beramah mesra dengan mereka,, ada sepasang keluarga yang menjadi pelangan tetap saya, setiap malam seminggu mesti mereka datang ke sini, saya suka tengok pasangan bahagia ini, suami,isteri dan seorang anak mereka yang sangat comel dan isterinya tunggu hari untuk melahirkan anak..

Saya bawa mereka berbual2, rupanya suaminya dari negeri borneo, isterinya pula dari selatan, setiap kali mereka dtg, setiap kali kami berbual, lama2 kami seperti sahabat, masa birthday saya, mereka turut hadir kerana saya menjemput mereka.. semakin hari, hubungan kami semakin rapat, saya sering kerumah mereka dan mereka juga sering bertemu dan melepak dengan saya….

Ya saya tahu, saya dah mula jatuh cinta pada suami dia, sebab saya tengok suaminya sangat bertangungjawab, selalu hadiahkan isteri, pegang tangan isteri, tolong isteri buat kerja, jaga anak.. yang pasti lelaki ini cukup sempurna di mata saya, saya mula mengoda dia, tapi dia menolak saya..

saya lebih banyak kelebihan dari isteri dia, isteri dia tua dari saya, bertudung labuh macam nenek nenek, suri rumah pula. Sedangkan saya, seribu kali lebih baik, saya bekerjaya, saya ada kereta,ada rumah dan penampilan saya sgt menarik…

Saya minta maaf kat suami dia, saya bg tahu pdnya yang saya tidak mengodanya lagi, tapi dengan satu syarat kami mesti bersahabat macam biasa.. namun dalam hati saya bertekad, saya tetap akan dapatkan dia dengan cara apa sekalipun.. dalam diam Saya mula mendekati lebih mendalam pada isterinya, saya nak tahu apa yang suaminya suka, apa yang dia tak suka, perkara wajib bagi saya adalah berjumpa mereka..

saya juga menawarkan isterinya bekerja dengan saya. Saya bagi gaji yang cukup besar.. tapi suaminya tidak setuju isterinya bekerja..Walau apa cara sekali pun suaminya tetap setia dengan isterinya, saya sangup jadi isteri kedua, tp suaminya langsung tidak berminat pada saya, sampai satu tahap saya jumpa bomoh..

saya nak bomoh tu buat sampai dia bersjud ke pangkuan saya, bila mereka datang ke sini, saya yang layan, air yang mereka order saya yang buat.. dalam air suaminya, saya meletakkan cairan merah period saya yang telah dibuat oleh bomoh..

Alhamdulillah Lama kelamaan, suaminya mula terkejar2 saya, terbaik lah bomoh yang saya jumpa ni, sekarang dia mula2 mendekati saya, semakin mereka dtg kesini, semakin saya letakkan banda kotor saya ke dalam minumannya.. akhirnya di sujud di kaki saya, dia sendiri dtg bertemu saya, peluk cium saya, katanya dia tak boleh lupakan saya, sayang saya sangat2..

Saya beritahu kepada dia, kalau sayang saya, kawinlah dengan saya, saya terima jika menjadi isteri kedua… namun isterinya menolak, isterinya memarahi saya, katanya saya perosak rumah tangga, perampas dan perempuan murahan.

Saya tak rampas laki dia, saya cuma nak menumpang kasih, isterinya malukan saya, aibkan saya.. akhirnya saya suruh dia memilih, saya atau iserinya.. Alhamdulillah dia memilih saya… Selepas saja siap urus kes perpisahan mereka, kami terus kawin, masa tu dia tak cukup duit, demi sayang dan cinta pada dia, saya keluarha duit untuk berkahwin.. akhirnya dia jadi hak milik saya, selepas kami kawin, perempuan tu melahirkan anak, dia suruh suami melawat, tp saya menghalang suami dan suami menurut semua kata saya..

Dan akhirnya saya mengandung, Alhamdulilah, tapi kebahagiaan kami hanya sementara, suami saya di sah kan sakit tahap 4. Saya buntu tak tahu nak buat apa, dokor cakap nyawa suami hanya tingal 1 tahun, kenapa Allah beri ujian ini?

Saya tak nak kehilangan suami saya, dia hak milik saya.. selama suami sakit, saya stop beri dia makan benda kotor saya, tapi kalau saya berhentikan, suami saya akan tercari cari isterinya.. jadi saya terpaksa berikan.. perempuan tu ada dtg melawat. Tp saya tak beri dia jumpa suami saya.. dan saya terpaksa beri uabat tu pada suami walaupun dia sakit.. saya tak mahu cinta pada saya beralih arah.. saya sayngkan keluarga saya, dan saya bakal melahirkan anak. Doakan kami.. doakan agar suami saya cepat sembuh.. terima kasih..