Dr Hisham ramal Malaysia akan capai 24k kes positif sehari bermula bulan September. Ini penjelasan dari Dr Hisham.

Malaysia diramal bakal mencapai tahap kemuncak jangkitan Covid-19 pada pertengahan September depan dengan jangkaan 24,000 kes positif dalam sehari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan (RT) berdasarkan unjuran pada ketika itu adalah 1.2.

“Keberkesanan vaksin pula berada pada 75 peratus sekiranya kapasiti pemberian dos kedua adalah 100,000 sehari dan 80 peratus penduduk telah divaksinasi”, jelas beliau dalam satu kenyataan.