Ratasya rupanya nama istimewa buat Allahyarhamah Siti Sarah. Admin berkongsi secebis rahsia disebalik nama yang sering meninti di bibir arwah.

Pejam celik dalam tak sedar sudah sebulan Allahyarhamah Siti Sarah pergi meninggalkan keluarga tercintanya, pada hari lahir arwah pada hari ini, admin yang menjaga akaun Instagram Allahyarhamah berkongsi secebis rahsia disebalik nama Ratasya yang sering meniti di bibir arwah.

Ratasya Nama Timangan Siti Sarah

Admin yang menjaga Instagram arwah menjelaskan, bahawa nama Ratasya sebenarnya merupakan nama timangan arwah dikalangan peminat dan dunia industri. Sebab itu kadang-kala arwah akan membahasakan dirinya dengan nama Ratasya.

“Ramai tanya kenapa Sarah, orang panggil Ratasya.. Kenapa Ratasya? Siapa Ratasya ni sebenarnya?

Senang cerita, Ratasya ni macam nama timangan arwah Sarah di kalangan orang industri dan peminat. Kalau kau orang perasan, Sarah pun selalu bahasakan diri dia Ratasya.”

Tercetus Idea Lahirkan Ratasya Cosmetics

Bukan itu saja, rupa-rupanya dari nama timangan itulah tercetusnya idea arwah Siti Sarah untuk menghasilkan Ratasya Cosmetics yang mana kini produk kecantikan tersebut menjadi rebutan ramai wanita Malaysia.

“Bermula dari nama tu, tercetuslah idea untuk melahirkan baby istimewa Sarah iaitu Ratasya Cosmetics. Projek ni dari hari pertama lagi memang dapat tempat istimewa dalam hati Sarah.

Sarah memang sangat teruja nak memulakannya. Dari pemilihan produk, warna, kualiti, konsep foto shoot, packaging dan macam-macam lagi, semua ada sentuhan peribadi Sarah. Kini yang tinggal hanya kenangan sahaja.”

Shuib, Rakan Industri & Peminat Beri Ucapan Hari Lahir

Video memori Allahyarhamah yang dimuatnaik admin di Instagram Siti Sarah sempena ulang tahun kelahiran, mendapat ucapan dan doa dari suami arwah, rakan-rakan industri dan juga peminatnya.

“Selamat Hari Lahir Sayang. Hadiah U selepas ni I akan bagi semuanya bila kita jumpa di Syurga nanti. InsyaAllah @sitisarahraissuddin” – Shuib

Foto – Instagram @sitisarahraissuddin

“Selamat ulang tahun bidadari… al-Fatihah” – Baby Shima

“Virgos rock. Kalau kau ada, umur kau 37 dan aku akan hantar mu mesej sama “Virgos Rock Jah”. Moga damai di alam abadi” – Catriona Ross

“Selamat ulang tahun insan terbaik” – Wani Kayrie

Selamat ulang tahun Siti Sarah dan semoga tenang di sana. Al-Fatihah.

Sumber: Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Shuib syukur bakal jumpa Ayash Affan. Sekali dia teringat satu pesanan Sarah buat ramai yang tumpang sebak.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Malah, Ayash juga menunjukkan perkembangan yang baik selepas keluar dari inkubator.

‘Allah SWT hadiahkan berita gembira’

Menerusi perkongsian di Instagram semalam (12 September 2021), Shuib meluahkan rasa syukur kerana hari ini dia bakal bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Menurut Shuib yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-37 semalam, berita gembira yang diterimanya itu merupakan satu ‘hadiah’ yang sangat bermakna buat dirinya. “Alhamdulillah, di hari kelahiran, Allah SWT hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok (hari ini) akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan.”

Lebih menyentuh hati apabila Shuib memaklumkan hari ini merupakan hari dan kali pertama dia bakal melihat dan menyentuh Ayash Affan yang kini sudah berusia 39 hari. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya hati Shuib dan keluarga apabila bakal menyambut kepulangan insan tercinta ke rumah.

Posting terbaru

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham Siti Sarah kepadanya. Allahyarham pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik. “Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’ InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

Terdahulu, Shuib memutuskan untuk menjadikan sepupunya sendiri sebagai ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu.

Sumber: Shuib Sepahtu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.