2 bulan tak jumpa ibu gara gara PJJ. Sampai macam ni sekali reaksi anak sampai buat ramai sebak.

PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan buat ramai rindukan keluarga diorang lagi-lagi yang sudah lama berjauhan sejak beberapa bulan lalu dan ada yang hampir setahun tak jumpa. Sama la, dah lama tak jumpa mak ayah dekat kampung tu. Lebih menyedihkan bila anak yang sudah lama tak berjumpa dengan ibu dia yang duduk berjauhan.

Nak jumpa ibu

Menerusi perkongsian oleh Afiqqah Sani di Facebook semalam, wanita itu berkongsi reaksi seorang kanak-kanak yang menangis sebab terlalu rindukan ibu dia.

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu dipercayai sudah 2 bulan tak berjumpa dengan ibunya, siap tanya dekat si ayah mana ibu dia pergi. Weh, nak nangis bila dia tanya tu. “Ibu… ibu pergi mana?” Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga cuba nak mengelak pandang muka ibu dia bila video call tapi tangisan kanak-kanak itu makin kuat sebab tak dapat berjumpa ibunya.

Si ayah cuba pujuk kononnya cakap nanti dia bawa pergi jumpa ibu tapi tangisan kanak-kanak itu tetap tak boleh berhenti menangis. Wanita berkenaan faham yang larangan rentas negeri ini adalah untuk kebaikan rakyat demi mengurangkan jangkitan Covid-19 tapi dia juga berharap agar syarat rentas negeri ini diperhalusi untuk pasangan PJJ seperti mereka.

Di ruangan komen, rata-rata warganet rasa sebak dan sedih bila tengok reaksi kanak-kanak itu yang menangis sebab terlalu rindukan ibu dia.

Harapnya kes Covid-19 dekat Malaysia ni makin kurang dan dibolehkan rentas negeri dengan cepat. Tak sanggup nak tengok budak tu menangis rindu ibu dia. Dengan kita pun rasa nak menangis juga.

Sumber: Afiqqah Sani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Banyak dah kes yang membahayakan diri terjadi masa pkp ni. Sekali Catriona Ross tampil bersuara khas untuk perdana menteri.

Mencetus kebimbangan orang ramai termasuk pelakon, Catriona Ross ketika ini adalah kes membahayakan diri di Malaysia yang semakin tinggi. Perkongsian pelakon itu di story Instagram mengatakan kes tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ada yang kehilangan tempat tinggal dan dibuang kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang sedang berlangsung.

“PRN Sabah Tak Patut Berlaku!”

Ujar Catriona, keadaan negara yang mengalami PKP bagi tempoh yang lama seperti sekarang berlaku disebabkan oleh kerajaan sendiri. Katanya keadaan ini tidak akan terjadi sekiranya pihak kerajaan tidak melakukan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah pada tahun lalu.

 

Apa yang berlaku di Sabah tahun lalu, tidak seharusnya berlaku. Perkara tersebut yang membuatkan kita terpaksa menghadapinya pada tahun 2021. Sama ada anda (kerajaan) mahu mengaku atau menafikan, fakta tetap menjadi fakta”, kongsinya. Tegas pelakon tersebut, peningkatan kes harian COVID-19 yang membimbangkan orang ramai ketika ini berlaku disebabkan oleh PRN Sabah.

Sediih Dengan Peningkatan Kes membahayakan Diri 

Tak dinafikan jumlah kes membahayakan diri dalam negara berada di paras yang membimbangkan. Pelakon drama “Pujaan Hati Kanda” ini berkata kes yang semakin meningkat naik itu tidak patut berlaku.

“Kes membahayakan diri semakin tinggi dan saya menjadi sangat sedih apabila mendengar tentang hal ini. Tiada siapa yang layak pergi seperti itu. Saya dah tak mampu dengar kes membahayakan diri macam ini. Kalau anda kenal sesiapa yang ada masalah, bantulah mereka”, tulisnya di story Instagram. Catriona berkata dia sering berasa sedih dan terkesan apabila mendengar ada beberapa individu memilih untuk bvnuvh diri sebagai jalan penyelesain mereka ketika PKP.

Catriona ‘Bengang’ Dengan Perdana Menteri

Dia juga berkongsi kebanyakan kes membahayakan diri pada ketika ini berlaku disebabkan oleh depresi. Depresi yang terjadi itu berpunca daripada ramai pihak yang terkesan terutamanya dalam hal kewangan apabila ramai yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal.

“Adakah anda (Perdana Menteri) sedar apa yang berlaku di sekeliling anda sekarang ini?”, tanya pelakon tersebut. Menurut Catriona, pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin perlu sedar akan hal-hal yang berlaku dalam kalangan rakyat, terutamanya kes membahayakan diri.

Pelakon itu juga berharap agar rakyat peka dan menolong orang sekeliling mereka yang mempunyai masalah. Kongsinya, mereka yang mempunyai masalah ini hanya perlukan seseorang untuk bercakap dan mendengar masalah mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber : murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan. Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan Pm akan umumkan pakej bantuan covid 19 berskala besar tak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan pakej bantuan covid-19 dalam skala besar. Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

“Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan mengumumkan perkara ini,” katanya memetik laporan The Star. Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diadakan secara maya pada Khamis.

Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan ekonomi ketika pandemik COVID-19.

Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh. Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas Hospital Sg Buloh kali ni Hospital Ampang pula dijadikan Hospital khusus untuk covid 19 di Selangor. Rupanya ini punca.

Meskipun selepas 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kes harian masih 4 angka dan tidak menunjukkan penurunan yang banyak. Makin membimbangkan lagi apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi terus meningkat sekali gus membuatkan kadar penggunaan katil untuk merawat pesakit Covid-19 melebihi 100 peratus.

Terbaru, Hospital Ampang dilaporkan telah diubah menjadi hospital khusus Covid-19 berkuat kuasa semalam, 23 Jun dan menjadikan ia hospital Covid-19 penuh yang kedua di Selangor selepas Hospital Sungai Buloh.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menukar status hospital itu daripada Hospital Hybrid Covid-19 kepada Hospital Covid-19 bermula serta merta semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Sha’ari Ngadiman berkata, “Keputusan ini diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya yang melibatkan pesakit kategori 3 dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.”

Jumlah kes harian yang tinggi di Selangor menyebabkan purata penggunaan katil hospital sedia ada melebihi tahap maksimum. Keadaan itu turut menyebabkan pusat kuarantin berisiko rendah MAEPS sukar untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Dengan penukaran status Hospital Ampang itu, kini semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari kemudahan lain ke hospital berkenaan harus dihentikan buat sementara waktu. Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh terlebih dahulu dijadikan hospital khusus Covid-19 utama di Selangor pada bulan Mac 2020, ketika awal penularan wabak ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.