Reen rahim berjaya mencuit hati warganet lagi dengan memuatnaik gambar ini. 

Buat peminat drama Pujaan Hati Kanda pasti sangat mengemari watak dilakonkan oleh selebriti jelita, Reen Rahim sebagai watak bernama Kak Su.

Drama yang menjadi fenomena dalam industri hiburan itu hangat dibualkan sekitar tahun 2019 dan oleh kerana pengaruh lakonan Reen Rahim sebagai Kak Su yang sering mencuit hati penonton dalam setiap episod nampaknya sehingga kini dia semakin menjadi perhatian.

Menerusi Instagram bagaimanapun terhibur lagi warganet dibuatnya apabila dia memuat posting terbaru yang melucukan ramai sehingga gelak besar rata-ratanya yang melihat.

Mana taknya, boleh pula Reen Rahim memuat naik sekeping foto rambut botak yang mana diselitkan pula dengan pelawak, Achey lalu dikatakan oleh warganet sangat seiras.Ada juga yang merasakan, Reen Rahim yang dilihat rambut botak itu dan Achey sebagai Upin dan Ipin yang telah ditemui.

Di ruangan komen nampaknya telatah Reen Rahim itu berjaya mencuit hati warganet lagi sehingga ada yang ketawa besar dan merasa ‘pecah’ gara-gara dirinya yang lucu.Disamping itu, posting Reen Rahim diruangan Instagram peribadinya menerima ribuan tanda suka oleh warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Doktor dedahkan ibu Achey kini bergantung pada tahap oksigen tertinggi. Sekali ini luahan Achey buat ramai yang sebak.

Pelawak Achey baru-baru ini ada memberitahu bahawa ibu kesayangan, Ngaisah Hassan,73, masih lagi dirawat di Hopsital Segamat dan bergantung kepada tahap oksigen paling tinggi untuk bernafas. Achey yang dihubungi sebuah media berkata, keadaan ibunya itu dimaklumkan doktor yang merawat di mana dia tidak boleh bernafas jika disalurkan oksigen bertahap rendah.

Doktor beritahu sekarang emak menggunakan tahap oksigen paling tinggi untuk bernafas. Namun, doktor cuba juga nak turunkan tahap oksigen itu tapi mak mungkin tak mampu nak bertahan. Dia dalam pada itu berharap agar ibunya terus kuat berjuang meskipun keadaanya stabil kerana sudah lebih 20 hari dia dirawat di hospital.

Tambahnya lagi, dia berhasrat untuk merawat syurganya itu sendiri di rumah dan telah menyiapkan peralatan perubatan lengkap seperti mesin oksigen untuk kegunaan bondanya kelak. Terdahulu, sekitar awal Ogos lalu, Achey berkongsi berita sedih apabila ibu, kakak serta abangnya telah disahkan positif CVD-19 setelah membuat ujian saringan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Sumber: Beautifulnara

Achey luahkan rasa syukur dan siap kongsikan perkembangan terkini ibunya. Segala perkembangan akan diberitahu oleh kakak dan kakak iparnya.

Sebelum ini, pelawak Achey memberitahu bahawa ibunya, Ngasiah bte Hassan berada dalam keadaan tidak baik dan meminta agar orang ramai mendoakan ibunya kembali pulih. Terbaharu, Achey meluahkan rasa bersyukur apabila ibunya semakin stabil walaupun masih ada jngkitan kvman dalam dr4h.

Kesihatan ibunya semakin baik

Menurut Achey, segala perkembangan mengenai ibunya itu diketahui daripada kakak dan kakak iparnya yang bertugas sebagai jururawat. Ibunya juga lebih selesa bercakap dengan kakaknya kerana sudah biasa menjaganya di rumah sebelum ini. Walau bagaimanapun, dia bersyukur dengan perkembangan kesihatan ibunya yang semakin baik walaupun laporan kesihatan yang diterimanya berubah-ubah setiap hari.

Untuk hari ini, alhamdulillah keadaan emak semakin stabil kerana mengikut kata doktor dan jururawat di hospital memaklumkan emak sangat kuat semangat untuk mel4wan v1rus itu. Emak sudah sedar dan tiup s4luran kenc1ng yang dipakai sebelum ini pun sudah ditangg4lkan. Malah, bantuan oks1gen emak pun tidak terlalu tinggi lagi dan dia juga sudah boleh tidur mengikut keselesaan selain meniar4p seperti disar4nkan doktor.

Berharap agar ibunya cepat sembuh

Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah mengatakan bahawa ibunya senang diurus serta mendengar kata doktor dan jururawat yang berada di hospital berkenaan. Ujarnya, dia berharap agar ibunya cepat sembuh dan dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mend0akan kesihatan ibunya.

Terima kasih atas doa-doa ikhlas kalian semua terhadap emak serta ahli keluarga saya yang lain untuk mereka kuat melaw4n jangki1tan pndemik ini. Pada masa sekarang, keadaan kesihatan emak saya bertambah stabil. Namun, untuk hari-hari seterusnya saya tidak pasti lagi tahap kesihatannya bagaimana pula. Apapun, saya mohon teruskan doa kalian untuk kesmbuhan emak saya termasuk semua pesak1t Covid-19 yang kini bert4rung di hspital. Sumber : Harian Metro

Keadaan ibu Achey sangat tak baik. Sekali ini permintaan Achey pada orang ramai.

Kisah mengenai pesakit Covid-19 seakan-akan satu episod hitam buat ramai orang kerana kadar jangkitan yang dilihat semakin tinggi saban hari. Begitu juga buat pelawak tanah air, Achey yang bimbang akan keadaan ibunya di Hospital Segamat selepas dijangkiti virus itu pada tahap 3. Menurut Achey ibunya kini sudah dimasukkan antibiotik selama 14 hari oleh doktor di hospital tersebut.

“Mana-mana yang dapatkan vaksin tu, dapatkan vaksin”

Menerusi Instagram (IG) live yang dibuatnya malam tadi, Achey sempat meminta orang ramai untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin, serta mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak ini.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSetPlxJrPR/?utm_source=ig_embed&ig_rid=05b1a28f-f16e-4910-9b64-323a0067c377

Achey juga sempat menjelaskan kekeliruan mengenai kesihatan ibunya yang disarankan untuk tidur secara meniarap oleh doktor dan bukan ditidurkan.

“Selitkan doa untuk mak saya”

Awal pagi tadi, Achey sempat memuatnaik satu posting baru memohon diselitkan doa buat ibundanya yang dikatakan berada dalam keadaan yang tidak baik.

Selain ibunya, adik ipar serta anak saudaranya berusia 2 tahun turut disahkan positif virus itu. Sumber: Instagram @acheykintangkintung

Kini keluarga Achey pula positif Covd 19. Ini keadaan terkini ibu Achey.

Pelawak Achey memberitahu ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit COV1D-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor. Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit COV1D-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.

“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi. Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” katanya.

Jelas Achey, keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan. “Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital. Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif COVID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” tambah Achey.

Kata Achey lagi, kejadian yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantarkan barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.

“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (COVID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan. Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng.

“Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif. Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya. Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti COVID-19. Sumber : Gempak

Kali ni Achey diuji keluarga termasuk ibu Achey disahkan positif covid19. Terkedu ini keadaan terkini Ibu Achey.

Pelawak, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar duka apabila ahli keluarga termasuk ibunya, Ngaisah Hassan telah disahkan positif covid19. Meski berat untuk menerima dugaan ini, namun pelawak berusia 35 tahun yang kini muncul menerusi single Yang Terindah ini tetap kuat dan tabah mengharungi ujian.

Dia pada masa sama turut memohon semua untuk menitipkan doa buat ahli keluarganya agar sembuh daripada wabak penyakit tersebut. “Bismillah… Satu persatu datang, tk sempat aku usahakan vaksin untuk korang. Tapi takpa aku tau ALLAH sayang.

“Kuat atau tidak kita usaha habis habisan, erti #Iwan yang sebenar. Doakan mereka, kami dan kita kuat,” tulisnya di Instagram. Bintang kelahiran Segamat, Johor ini sempat menasihati semua moga sentiasa menjaga diri.

“Korang semua jaga diri tau, time to redha and fght… #covid l9 #covidisreal,” tulisnya lagi. Sementara itu menerusi satu posting yang dikemas kini, Achey turut berkongsi rakaman yang dilakukan secara panggilan video bersama ibu tersayang.

Terdahulu beberapa minggu lalu, Achey mengalami kelukaan selepas motorsikal yang ditunggangnya hilang kawalan sewaktu ingin mengutip buah durian.

Sember: mediahiburan

Sebelum ini, pelawak dan penyanyi, Achey Bocey, 35, mengalami patah tangan kiri dan retak tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kejadian tak diingini akibat hilang kawalan di kebun buah ketika mencari durian, awal pagi semalam.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah dihubungi berkata dia baharu selesai menjalani operasi memasukkan besi di tangan kiri yang patah, manakala tangan kanannya pula disimen. “Sekarang ini, ujian saya apabila kedua-dua belah tangan mengalami kelukaan. Saya pun tak sangka jadi sampai macam ini disebabkan impak kuat dari kemal4ngan yang dialami itu.

“Saya tunggang motosikal macam biasa dan tk laju pun sebab dalam kawasan kebun buah. Tapi, itulah dugaannya perkara dah nak jadi apabila motosikal ditunggang hilang kawalan, terbabas dan saya jatuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Achey, dia ke kebun itu untuk mencari dan mengumpulkan buah durian kerana mahu menjualnya bersama-sama seorang rakan sebagai usaha mencari pendapatan tambahan mereka.

“Apabila malang tk berbau dan keadaan saya pun dah jadi macam ini, nampaknya rakan itu yang kena berniaga sendiri. Apapun, saya bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang baik dan suka membantu.

Achey yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor, berkata dia juga bersyukur kerana isteri, Nur Hassanah Yahya atau Anne ada di sisi menemaninya di hospital sejak semalam.

“Walaupun kena bebel juga dengan Anne, tapi dia tetap jaga dan temankan saya di sini. Saya juga nak ucap terima kasih kepada semua orang yang mengikuti saya di media sosial dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Bercerita ringkas mengenai kejadian kejadian itu, Achey berkata ia berlaku di lereng bukit dan motosikalnya hilang kawalan serta terbbas hingga masuk ke dalam parit. Sumber : harian metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.