Baru je Fauziah Nawi luah tak puas hati pada sesetengah produksi. Sekali Che Ta pula bertegas tak nak lakukannya dan ini respon Che Ta.

Selebriti terkenal Rozita Che Wan tetap dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berlakon sekiranya ada pelakon atau krew yang enggan mengambil v4ksin Covid-19. Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, setiap pelakon perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Jika ada yang masih degil, saya rasa orang macam tu tidak bertanggungjawab. Tidak bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain. Macam saya pun, saya punya production nak roll drama ni tapi after meeting, kena make sure semua dah lengkap v4ksin. Kalau belum lengkap, kita mintak maaflah, tak boleh ambil. Kami terpaksa ikut peraturan Finas, tak mau hanya kerana dia seorang then akan libatkan orang lain. Kita kena adil, kena bertanggungjawab,” katanya sebagai mengulas tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran hingga mengundang kem4rahan aktres Fauziah Nawi.

Tambah Che Ta, dia juga membantah sekiranya ada pihak produksi yang masih mengambil pelakon tidak vaksin hanya semata-mata alasan kontrak. “Tak tahulah macam mana boleh lepas kalau belum dua dos dapat berlakon. Sebab kita kena hantar dua dos tu ke FINAS. Kalau FINAS tahu, memang lesen akan kena tarik. Macam saya, saya tak mahu ambil risiko, sebab saya ada anak kecilkan kat rumah,” katanya tegas.

Che Ta berkata demikian ketika sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya), hari ini. Che Ta selaku duta memperkenalkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose yang turut dijayakan sempena kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.

Sekadar info, Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).

Ini respon Fauziah Nawi

Pelakon Fauziah Nawi menempel4k tindakan pelakon dan produser yang terang-terangan mengaku tidak menerima svntikan v4ksin tapi mahu memulakan penggambaran tidak lama lagi. Jelas Fauziah, tindakan itu seolah-olah tidak menghormati keputusan yang dibuat untuk penggiat seni dan menganggap ia satu kenyataan yang angkuh.

“Sekarang dah ramai mula mendapat tawaran dan kerja dengan SOP yang sangat ketat. PM macam nak m4ti nak dapat dapatkan kebenaran itu. Semua orang ikut SOP, kena v4ksin, kena sw4b test dah habis sh00ting kena sw4b test lagi sebelum balik. Ramai lagi yang belum dapat kerja. Ramai lagi yang tengah s3ksa hidup ini. Tolonglah. Siapa yang tak nak v4ksin its up to you, its your choice. Itu hak individu, hak asasi manusia. Tapi janganlah berlagak, somb0ng. Tak ada siapa nak jealous dengan you all sh00ting lah. Memang kita tahu ini rezeki Allah tapi boleh tak jangan cakap? Diam-diam sudahlah kenapa perlu buat macam ini? Tak baiklah macam ini. Selfish, you so bl00dy arr0gant,” kata Fauziah menerusi hantaran video di Instagram.

Teguran Fauziah itu disambut oleh pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang yang enggan nama industri kreatif tercemar gara-gara tindakan degil segelintir pihak. “Wahai manusia luar sana dengar la nasihat @fauziahnawi. Kerajaan baru bagi kelonggaran untuk anak seni mencari rezeki tapi dah ada pelakon dan produser buat hal. Tolong la jangan sebab keangkuhan kau orang satu industry kena tutup balik. Tak payah tanya I siapakah dia orang sebab I pun tak tahu siapa pelakon dan producer itu. Love you all and be safe and be v4ccinated. Kalau belum. Anyway kerajaan bagi sh00ting pada yang dah v4ccinated. So please la ikut rules dan jangan sebab kau orang satu industri kena tutup balik,” tegurnya.

Perdana Menteri menerusi sebuah kenyataan pada Selasa memaklumkan semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos v4ksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok (9 September 2021). Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.