Difitnah sedang menjalani penggambaran .Rita Rudaini percaya rezeki Allah kerana semua orang mempunyai rezeki tersendiri.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Rita Rudaini memberitahu ada rakan industri mendakwa dia sedang menjalani penggambaran walaupun belum mengambil vaksin Covid-19.

Tidak mengambil pusing terhadap dakwaan tersebut, pelakon itu percaya dengan rezeki yang akan diberikan Allah kerana semua orang mempunyai rezeki tersendiri. Malah, Rita memberitahu dia kini masih berada di rumah menjalani kehidupan seperti biasanya.

“Sudahlah itu menggelupur sangat dengan rezeki orang lain fasal apa… semua itu Tuhan sudah tulis untuk sekian hambanya. Kalau kau menyalak dengar sampai ke Perlis pun, jika Allah dah kata itu rezeki orang itu, rezeki dia lah.

“Ada rakan industri fitnah saya, dia cakap saya tengah menjalani pengambaran tetapi tiada vaksin. Kecoh ini tengah menjaja, alahai sabarlah wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dan saya berbeza.

“Tuhan sudah asingkan. Tidak perlu nak berebut wahai teman. Saya di rumah sahaja, tidak pergi ke mana-mana pun. Saya percaya dengan rezeki Tuhan dah tetapkan,” katanya di Instastory.

Mengulas lanjut, dia menyifatkan dirinya sentiasa bersangka baik dengan kurniaan yang Maha esa.

“100 episod nama saya digugurkan pun okey. Sebab bagi saya, Allah dah tulis macam itu. Saya sentiasa bersangka baik dengan Dia.

“Sebab apa yang Dia tidak beri itu, ada sebabnya. Malah, Dia tidak pernah menghampakan hamba-hambanya.

“Jadi, percayalah. Apa yang dengki sangat saya? Tak rileks ke?” tulisnya.

Rita Rudaini persoalkan kenapa warga emas pun wajib terima suntikan vaksin. Sekali tak pasal pasal kena balik dengan warganet.

Tindakan pelakon jelita, Rita Rudaini yang didkwa memberikan pendapat mengenai v4ksinasi bagi mengekang penularan w4b4k C0vid-19 di InstaStory miliknya mengundang perhatian warganet di laman Twitter. Menerusi dua InstaStory tersebut, pelakon berusia 45 tahun itu mendkwa sesebuah keluarga akan melalui jurang perbezaan dan boleh menjadi ‘berpuak-puak’ kerana terdapat golongan v4ksin dan anti-v4ksin. Sekarang umat Islam dah jadi berpuak2.

“Yang tak nak v4ksin tak semestinya dia anti-v4ksin. Hak masing-masing kan, hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ni je,” tulis Rita. Malah, pelakon filem Kerana Korona itu turut mempersoalkan mengenai golongan warga emas yang perlu dipaksa oleh orang sekeliling mereka untuk menerima suntikan vaksin. Menurut Rita, golongan berkenaan terutama yang menggunakan kerusi roda sudah tidak berdaya untuk kemana-mana. Jadi mengapa perlu ‘diangkut’ ke pusat v4ksinasi, adakah ‘larat’ untuk melancong ke luar negara selepas div4ksin? Apa agenda? Paksa orang tua2 v4ksin.

“Mereka dah tua nak jalan pun tak boleh, jadi nak v4ksin pergi mana? Paris? Milan? Daftar mak bapak yang dah uzur. Otak mana? Korang nak cucuk, cucuklah. Tak payah nak risikokan mak pak. Kalau boleh pergi melancong pun, korang bawak ke mereka?,” soal Rita. Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @HermyRahim memuat naik semula tangkap layar InstaStory tersebut yang membidas kenyataan ‘tidak masuk akal’ ibu kepada dua cahaya mata berkenaan.

“Nanti bila ada artis lain perli dia mer0yan lima hari lima malam kata tak anti-v4ksin lah apa lah. Followers ramai-ramai pun gila. Dia ni ingat kita atau orang tua kita pergi v4ksin sebab nak suruh travel ke apa? Bo.doh gi.la. Membaca malas lepas tu sebar bukan bukan. Gi.la!,” kata @HermyRahim. Warganet lain turut mengkritik pendapat Rita dengan tingg4lkan kata-kata k3sat dan tidak memahami apa yang ‘bermain’ dalam fikiran pelakon tersebut. Hak masing2 jugak nak pergi v4ksin!Masalahnya bukan sebab melancong, nak elakkan dapat virus la!

Kena C0vid, baru sedar diri kot. Menerusi laporan media sebelum ini, Rita meluahkan rasa bengang apabila pengacara Fara Hanim Razak mendkwanya seorang anti v4ksin dan menganggap C4vid-19 adalah ilumin4ti.

Semua bermula apabila pengacara terbabit memuat naik ciapan di Twitter dengan menulis ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti v4ksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak C0vid dan serta C0vid adalah ilumin4ti’.

“Begini kah sikap seorg muslimah..org muslim…dtg la jumpa depan2..bukan xpernah sembang pon kan… Sisturr lg lama duduk kawasan ni berjiran dgn schawal,lutfya..xpernah plak jumpa jiran mcm ni..elok je kita org…klau xpuas hati mai la sembang…kita org islam kn brjiran…apa masalah hang ni? Sisturr pon xpernah tulis sisturr antivac..pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka,nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la..xpernah kacau hidup org pon…Eh nampak sgt tidak bijak,pasal v4ksin sj pon nk pandang serong kt org…islam plak tu…ayooo org mcm ni xle buat jiran…suka ckp belakang …dpn bukan main manis mulut…belakang busuk jugak ye…xyh la tulis RR LL..tulis je la nama…apa salahnya…klau nak cari publisiti… lps ni naik la follower ..jahat juggk mulut awak ye sis”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.