Dah 12 tahun bergelar ibu tunggal. Sekali Rossa dedahkan statusnya sekarang.

TEMPOH 12 tahun bergelar ibu tunggal tidak membuatkan popular seberang, Datuk Rossa terlalu serius memikirkan statusnya sebagai ibu tunggal. Rossa yang terkenal menerusi lagu Ayat-Ayat Cinta berkata, dia belum menemui calon terbaik untuk dijadikan peneman hidup.

“Tidak untuk waktu sekarang, tetapi saya mungkin akan bernikah suatu hari nanti. Namun, sejujurnya saya belum memikirkan hal itu. Saya tidak tahu sama ada berasa trauma atau takut kerana banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Walaupun sudah 12 tahun hidup sebagai ibu tunggal, jujur saya belum ada calon lagi,” katanya yang kerap digosipkan menjalin hubungan dengan penyanyi Afgansyah Reza.

Tambah Rossa, dia yakin jodoh yang terbaik pasti hadir dalam hidupnya dan menyerahkan soal itu kepada Yang Maha Esa. “Saya selalu berdoa agar Allah berikan jodoh yang terbaik, namun tidak pernah terburu-buru. Saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir Ilahi,” kata bekas isteri gitaris popular Yoyo itu. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15. Sumber : K!Online

Tular ramai yang tertanya hubungan Rossa dan Afgan. Sekali boleh pula Afgan terlepas cakap soal kahwin.

Memang tidak dinafikan, ramai yang mengetahui hubungan akrab antara penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa dan Afgan. Terbaharu, Rossa dikatakan panik setelah Afgan terlepas cakap mengenai perbincangan perkahwinan mereka di LIVE.

Rossa panik Afgan tiba-tiba tanya

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh _afross di akaun TikTok, kelihatan Rossa dan Afgan begitu mesra di sebuah restoran dan secara tiba-tiba Afgan bertanya mengenai siapa yang akan memberi ucapan jika meraka bernikah nanti. Bu (nama panggilan Rossa) kalau kita bernikah siapa yang akan bagi speech.

Susulan daripada itu, Rossa kelihatan terkejut dan dia seolah tidak tahu hendak membalas soalan berkenaan sebelum Afgan menyedari bahawa percakapan mereka itu telah dirakam. Akibat panik dengan kecuaian yang dilakukan Afgan, Rossa kelihatan seperti ingin memukulnya. Lebih menarik lagi apabila mereka dilihat turut berkongsi pinggan ketika sedang menjamu selera di restoran berkenaan. Momen romantik itu berubah apabila salah seorang daripada pelayan telah menawarkan mereka untuk diberikan pinggan yang baru.

Walau bagaimanapun, penyanyi Jodoh Pasti Bertemu itu menolak untuk mengambil pinggan tersebut sambil berseloroh memberitahu dia memang sengaja menggunakan pinggan yang sama. Rossa turut mengatakan bahawa pelayan berkenaan tidak bersifat romantik kerana ingin memberi mereka pinggan yang baru. Mas tak romantik lah.

Video penuh 1 :

https://www.tiktok.com/@_afross/video/6986929928302284058?sender_device=pc&sender_web_id=6967154741160019458&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Video penuh 2 :

https://www.tiktok.com/@_afross/video/6986657532395654427?sender_device=pc&sender_web_id=6967154741160019458&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Sumber : Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bukan senang nak tengok seorang duda yang macam ni. Peminat puji sikap Sharnaaz Ahmad.

Comel! Siapa sahaja tidak jatuh hati jika melihat gelagat si kecil menari-nari bersama sang ayah, bagaikan sesuatu yang mustahil untuk disaksikan kerana selalu yang biasa kita lihat adalah apabila seorang bapa lebih mesra untuk melayan aktiviti sedemikian jika bersama anak perempuannya.

Malah apa yang lebih menarik lagi, status “duda popular” yang diberi  tidak sesekali membuatkan aktor ini kekok untuk menjaga anak tunggalnya, Sharnaaz Ahmad tetap berpegang pada pendiriannya untuk sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti bersama cahaya matanya.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sharnaaz berkongsi video menari bersama anak lelakinya, Jebat Jayden yang terlihat begitu gembira sekali, gelagat seorang bapa yang sempoi tentu sekali dapat mengeratkan ikatan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CQqnXL_hBpo/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ab96b2da-baf0-4804-abad-2f8dcb0e1b5e

Mengetahui bahawa Sharnaaz ini mungkin mempunyai sisi wajah yang bengis apatah lagi kerana sering memainkan watak yang ganas mahupun s4mseng dalam bidang lakonan namun sifat penyayangnya juga sudah tentu dapat membuatkan ramai orang cair tatkala melihat selebriti ini bersama anaknya. Hal yang demikian membuktikan keakraban selebriti ini dengan anaknya sememangnya tidak dapat dinafikan malah mengetahui bahawa berapa ramai bekas suami dalam dunia ini yang masih mahu mengambil peduli perihal keperluan anak selepas berpisah dengan bekas isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tanggungjawab selebriti ini sebagai seorang bapa meskipun terpaksa mengakhiri status rumah tangganya dengan perpisahan pada 9 Julai 2020. Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, tiada jejaka yang berharap untuk menjadi duda apatah tika di usia yang masih muda.

Malah tidak ada celanya untuk bergelar duda, tetapi tidak semua mampu untuk menggalas tanggungjawab selepas memegang status berkenaan apatah lagi jika mempunyai zuriat yang harus dijaga.

Mengetahui bahawa tiada definisi khusus untuk mengasuh anak-anak kecil secara semula jadi, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup yang dipamerkan oleh ibu bapa bersama anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan nilai kasih sayang yang mencukupi. Malah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membesar bersama melalui tanggungjawab sebagai bapa yang bergelar duda, melakukan pelbagai hal bersama adalah sangat penting untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan.

Dengan melakukan aktiviti menyeronokkan, ia bukan sahaja memberi detik indah yang positif, tetapi dapat mengeratkan ikatan kemesraan, malah meluangkan masa berkualiti bersama juga memberi peluang kepada seorang bapa dan anak lebih menghargai waktu terluang dan berinteraksi.

Alahai comel je kan “anak bapak ni” berjoget, jarang sebenarnya nak tengok Sharnaaz ni menari-nari. Apa-apa pun, semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini sentiasa berkekalan selalu ya.

Sumber : klmetro.pw & Fiona

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hubungan cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin hangat diperkatakan. Sekali Shukri tampil dedahkan sesuatu soal hubungan mereka.

Shukri tidak pasti sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira. GELAGAT pelakon Shukri Yahaya dengan Sharnaaz Ahmad setiap kali mereka berbual dan bergurau ketika sesi Instagram Live (IG Live) sering menarik perhatian warganet. Malah, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya dilihat gemar menyakat rakan baiknya itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktres dan penyanyi Azira Shafinaz.

Biarpun rapat dengan Sharnaaz, namun Shukri berkata dia tidak mengetahui sejauh mana hubungan mereka berdua namun mendedahkan aktor tersebut dan Azira masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

Shukri suka menyakat Sharnaaz dan Azira ketika IG Live.

“Memang saya dengan Sharnaaz selalu juga buat IG Live bersama. Kalau dia tengah IG Live, saya akan join sekali… sebab saya suka kacau dia. Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa mereka masih berkawan. Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain… belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan kekasih,” kata Shukri kepada mStar. Sebelum ini beberapa video IG Live Shukri dan Sharnaaz mendapat perhatian ramai apabila Azira turut menyertai mereka.

Belum ada kata putus yang mengatakan mereka (Sharnaaz dan Azira) ini pasangan kekasih.

Sharnaaz dan Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas aktor itu memuat naik foto mereka bersama dan kerap berbalas komen di Instagram. Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga berkongsi mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Mengakui berasa paranoid melihat kes Covid-19 yang semakin meningkat, Shukri mengambill langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan orang tersayang.

Shukri bersama isteri dan dua orang anak mereka.

“Macam biasa la, sepanjang tempoh PKP ini tak ada penggambaran. Jadi saya luangkan masa bersama keluarga. Selain itu saya tetap dengan hobi saya membuat leather, main games dan melukis kadang-kadang. Melihat kes setiap hari meningkat ini, memang buat saya jadi paranoid juga la. Nak keluar pun takut, sebab kita dekat rumah ada anak-anak kecil. Saya memang sangat berjaga-jaga. Saya berharap sangat dan berdoa supaya saya tak leka dengan keadaan sekeliling… SOP sangat penting, kalau tak ada benda penting, saya memang tak keluar. Demi menjaga orang tersayang,” ujarnya. Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aira Ameena, 5 dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 11 bulan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.