Hanya dapat raikan secara online. Rosyam Nor syukur anak gadis dah tamat ijazah setelah 4 tahun di luar negara.

Pelakon hebat dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya Nurlisa berjaya menamatkan pengajian dalam satu majlis konvokesyen di Universiti Curtin, Perth semalam. Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkongsi beberapa tangkapan skrin ketika gadis berusia 24 tahun itu menerima skrol ijazah di atas pentas.

Pelakon berusia 54 tahun itu berkata, beliau tetap gembira menyaksikan majlis tersebut secara dalam talian meskipun tidak dapat hadir bagi meraikan kejayaan anak ketiga daripada lima beradik itu.

“Alhamdullilah, papa mama dan seluruh keluarga ucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah empat tahun berada di sana. Walaupun tidak dapat bersama. Hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi. Dah dua tahun tidak berjumpa,” tulisnya.

Difahamkan, Nurlisa yang tampil mengenakan kurung songket berwarna kelabu itu memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan dan pemasaran. Malah dia juga tidak lupa membuat dedikasi istimewa kepada ahli keluarga dan kenalan di Instagram.

Terima kasih semua atas sokongan!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian Nurlisa serta mendoakan urusan gadis itu dipermudahkan kelak.

Tahniah Datuk & keluarga!

Dah boleh balik Malaysia

Hebat, merantau cari ilmu

Untuk makluman, Rosyam mendirikan rumah dengan Datin Runika Mohd Yusof dan dikurniakan lima anak perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam. Sumber: Instagram Rosyam Nor & Nurlisa

Rosyam Nor selamber menanyakan soalan ini pada suami selebriti popular Neelofa dalam satu temu bual siaran langsung. Ini jawapan ringkas Haris Ismail.

PETALING JAYA – “Bunga-bunga (anak), Insya-Allah ada, doakan yang terbaik.” Itu jawapan ringkas suami selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail apabila diasak soalan berkaitan kehamilan isterinya oleh aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual siaran langsung, Sembang Viral malam ini. Temu bual yang membicarakan tajuk mengenai hijab dan hijrah mencuri perhatian umum apabila Rosyam bertanyakan soalan adakah Haris dan Neelofa bakal menimang cahaya mata. “Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Rosyam kepada Haris secara spontan.

Tidak menafikan atau mengesahkan pertanyaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu hanya memohon orang ramai mendoakaan dirinya dan isteri. “Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris ringkas. Walaupun tiada pengesahan, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dengan jawapan Haris sekaligus ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Neelofa.

Sebelum ini, khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP berkenaan sedang hamil bertiup kencang selepas terdapat dakwaan ‘baby bumpnya’ mula kelihatan dalam beberapa foto yang dikongsi. Sehingga kini, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ramai tersebut. Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendirikan rumah tangga dengan Haris di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Sumber – K! ONLINE

Neelofa terus kunci mulut. Walaupun warganet sudah yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.

Status kehamilan Noor Neelofa masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini. Terbaru, netizen mendakwa mereka yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.

Menerusi sebuah posting di Instagram, warganet mendakwa sosok tubuh Neelofa kelihatan ketara berbeza daripada sebelum ini. Ujar warganet, ‘baby bump’ Neelofa juga semakin terlihat ‘besar’ dan teka-teki mengenai status kehamilannya mungkin bakal terjawab tidak lama lagi. Pada masa yang sama, warganet turut memerhati cara pemakaian Neelofa yang lebih selesa memilih jubah sejak belakangan ini.

Meskipun tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya, rata-rata netizen khususnya para peminat tetap mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suaminya.

Nampak macam dah hamil. Ramai yang ucapkan tahniah lepas Neelofa muat naik gambar nampak macam mengandung.

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai. Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak beriisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua. Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bvmp’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri. “Baby bvmp. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut. Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamiil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisii tu,” tulis seorang pengikut. Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamiil telah hAngat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya. Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan svcinya bersama pengacara Next To Neelofa itu. Sumber : KOSMO ONLINE

Lama menyepi ingatkan dah selesai kes Neelofa. Rupanya ini punca kes perbicaraan Neelofa dan suami ditunda.

Pengurusan membabitkan kes selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau sinonim digelar PU Riz yang didakwa tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ditunda kepada 15 Julai ini, lapor Harian Metro pada Jumaat. Peguam M Haresh yang mewakili pasangan terbabit berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pihak mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya dihubungi hari ini. Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di pusat perniagaan Nilai 3 dekat sini, 2 Mei lalu. Mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau ditahan hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. Noor Neelofa, 32, pula ditvduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh yang sama. Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.