1 Syawal saksi segalanya, isteri buka mulut bila Da’i Farhan rujuk kembali

HARI Raya Aidilfitri tahun ini disambut lebih bermakna oleh pendakwah bebas Da’i Nik Farhan Nik Mohamad, 31, apabila kembali disatukan dengan bekas isteri Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal, Khamis.

Wanita itu menerusi Instagram memuat naik foto persandingannya dengan doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

“Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

“Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat, ” ujarnya.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

Pada November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Makkah.

Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isterinya Fatin yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.

Kemudian, pendakwah itu mengejutkan dunia hiburan apabila menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Hasil perkahwinan dengan Fatin, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini berusia tiga tahun dan 15 bulan.

Bagaimanapun, hubungan dengan Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak berpanjangan apabila pasangan itu akhirnya berpisah pada April tahun lalu selepas enam bulan berkahwin.

Pasangan ini naik pelamin buat kali kedua.

Sementara itu, Fatin turut bersyukur dua cahaya matanya dapat menyambut hari raya dengan bapa mereka selepas setahun terpisah.

Menurut Fatin, dia sudah berada di kampung halamannya sejak melahirkan anak kedua mereka pada sekitar Februari 2020.

“Rezeki tahun lepas daripada awal berpantang sampailah raya PKP memang lama duduk di kampung.

“Tahun ni merasalah beraya di sini. Alhamdulillah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar, ” ujarnya.

Sementara itu, Instagram Nik Farhan tidak memuat naik sebarang foto berkaitan perkahwinan tersebut.

Dalam pada itu netizan tampil mendoakan pasangan ini dan meminta apa yang berlaku sebelum ini di jadikan sebagai pengajaran

Dr Erin Nafi Gil4 T4lak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin, didakwa menegur netizen kerana memuat naik video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu.

Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah bercer4i.

Berbaik dengan semua bekas suami

Akak yang ditu.duh perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu sifat saya.

Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. Rata-rata netizen menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/