Safiey Ilias Dedah Jumlah Yang Beliau Kena Bayar Bila Dia Mengaku Atas Pertvduhan Pertama Dan Kedua

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Ddah dan Kosmetik 1984 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah memerintahkan Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias membayar dnda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM18,000 bagi pertuduhan kedua.

Jadi Pengajaran

Safiey yang juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, dia berharap bahawa itu menjadi pengajaran buat semua pihak.

Saya mengaku bersalah dan alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah menjelaskan kesemua denda RM23,000 tadi.

“Apa yang boleh diperkatakan, saya harap perkara ini menjadi pengajaran bukan saja diri sendiri tapi orang lain juga.

Tidak Mahu Panjangkan Lagi

“Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini demi menghormati undang-undang,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai dakwaan dirinya disabotaj pihak tertentu, Safiey enggan mengulas lanjut.

“Macam dikatakan, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya mahu ia selesai cepat dan sebab itu saya mengaku bersalah.

“Terima kasih atas doa dan sokongan yang berterusan diberikan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan wran tngkap sudah dikeluarkan ke atas Safiey ekoran dia dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

Sumber : HMetro