Noor Nabila Sah Bercer4ii Dengan Shaarnaz Ahmad,Sekali Neelofa Tampil Buka Mulut Cerita Sikap Sebenar Bekas Abang Iparnya

Umum mengetahui kisah pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor sejak tahun lalu.

Malah Sharnaaz sendiri mengakui dirinya sudah tidak sebumbung dengan Nabila. Ketika itu, Sharnaaz masih cuba berusaha mempertahankan rumahtangga mereka.

Bagaimanapun hari ini, Sharnaaz tampil menjelaskan dia dan Nabila bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perkara tersebut turut disahkan, Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa ketika dihubungi Harian Metro dan menyifatkan ia keputusan dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi.

Susulan dari itu, media telah mendapatkan reaksi dari Neelofa sendiri berhubung berita percer4ian kakaknya itu.

Respon Neelofa dan komen tentang sikap Sharnaaz

Neelofa kagum dengan sikap profesional kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam berdepan percer4ian dan membesarkan putera tersayang.

Neelofa berkata, sikap mereka wajar menjadi contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama.

” Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai percer4ian mereka.

” Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercer4i, mereka sangat profesional.

” Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung.

” Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.

” Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus.

” Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain,” katanya.

Neelofa turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz.

” Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Nabila dan Sharnaaz sah bercer4i secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.

Terdahulu Sharnaaz dan Nabila sepakat untuk bekerjasama dan sama-sama membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Mereka berdua mahu berlapang dada dan kini saling bertukar pendapat serta berkawan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily