Akhirnya mereka selamat diijabkabulkan, Neelofa, PU Riz sah jadi suami isteri.

Selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz sekitar pukul 11.44 pagi tadi.

Proses ijabkabul tersebut disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Pada majlis tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu hanya dihadiri sekitar 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tetamu yang diundang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Suasana majlis berjalan sederhana dengan semua tetamu memakai serba putih dan tetamu wanita menutup aurat.

Pelamin pasangan ini dihiasi tema bunga segar putih yang cukup indah hasil sentuhan Reka Teemor yang turut menjadi perancang perkahwinan majlis kakak Neelofa, Noor Nabila yang bernikah dengan Engku Emran sekitar minggu lalu.

Terdahulu tarikh pernikahan Neelofa dan PU Riz menjadi tanda tanya sejak awal minggu ini selepas pelbagai persiapan dilakukan oleh ahli keluarga dan pengantin sendiri.

Antaranya, Lofa sudah memakai inai seperti kebiasaan persiapan calon pengantin selain ahli keluarganya melakukan persiapan seperti mahu menjamput hari bahagia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.